Showing posts with label JDAB2012. Show all posts
Showing posts with label JDAB2012. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

@NajibRazak Payung Anak India Masuk Poli.


Kejayaan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAM) dan Mengubah Destini Orang Asli (MDOA) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi aspirasi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan sebuah program serupa terhadap kaum India yang dinamakan Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM).

Program itu akan melibatkan kerjasama Special Implementation Task Force on the Indian Community dan Politeknik di seluruh negara dengan menyasarkan pengambilan seramai 1600 pelajar kaum India daripada keluarga miskin tegar setiap tahun.

Aspirasi itu juga mengambil kira atas semangat Keadilan Sosial dalam prinsip 1 Malaysia di mana, semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.

Perdana Menteri juga percaya bahawa pendidikan merupakan alat paling berkesan untuk mengubah kedudukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa, kumpulan atau komuniti.

Hari ini sudah pasti menjadi satu lipatan sejarah di dalam pendidikan negara, kerana Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) di Politeknik Port Dickson jam 3.00 petang.  - Laman Rasmi JDAB

Friday, May 25, 2012

#JDAB2012 : Hari Terakhir Jelajah Bersama @datosahol Dan @Mohd_Ali_Rustam .. #UiTMSentiasaDihatiku


Petang tadi, Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) baru sahaja selesai di sekitar negeri Melaka. Untuk makluman anda, program ini telah pun TAMAT bagi peringkat semenanjung. Bagi yang terlepas untuk membuat permohonan, jangan risau kerana program MDAB ini TIADA TARIKH TUTUP kerana program ini akan sentiasa berterusan dari semester ke semester.  Oleh itu, satu majlis penutupan telah diadakan dengan gilang-gemilang di negeri terakhir yang disinggah oleh JDAB sepanjang penjelajahan mereka. Berikut adalah sedikit kronologi majlis hari ini :


Pada pukul 2 petang tadi, skuad JDAB telah selamat tiba di Dewan Dato' Deman Hussin, Bukit Katil untuk Majlis Penutupan JDAB. Program ini telah dihadiri oleh 2 orang tetamu khas iaitu :



  • Ketua Menteri Melaka - Dato' Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.
  • Naib Canselor UiTM - Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. 


Selain itu, majlis hari ini turut diselitkan dengan Slot Penyerahan Surat Tawaran Program MDAB kepada pemohon yang berjaya bagi sesi Mac lepas. Disini, sebanyak 210 surat tawaran telah diserahkan kepada lepasan SPM di negeri Melaka.


Setelah sempurna semua atucara majlis, Dato Sahol telah menawarkan diri untuk meluluskan segera rayuan bagi sesiapa yang layak dan mengikut syarat. Beliau sendiri yang menyemak kelayakan dan beliau sendiri yang putuskan keputusan. Hebat! Inilah kali pertama saya tengok seorang Naib Canselor yang bersikap ambil berat sepertinya. Pendek kata, beliau sanggup buat apa sahaja untuk lihat anak bangsa sendiri berjaya ke menara gading.


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Keluarga JDAB yang sama-sama penat lelah menjayakan Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia ini. Selepas ini JDAB akan ke Sabah dan Sarawak pula untuk 'menyelesaikan masalah' disana pula. Jadual program akan menyusul dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog rasmi JDAB [klik!] atau follow Twitter @JelajahDestini atau follow hashtags #JDAB2012 untuk update terkini.

Thursday, May 24, 2012

#JDAB2012 : WAJIB BACA!! WALKABOUT @JelajahDestini DI PAHANG DAN JADUAL DI MELAKA!! ESOK HARI TERAKHIR MDAB?? Cc @datosahol @NajibRazak @mohd_ali_rustam @SaifuddinAbd


Tadi Jelajah Destini Anak Bangsa baru sahaja selesai 'menerjah' negeri Pahang. Walkabout ialah sebuah program santai iaitu 'ronda' sambil mengedarkan risalah agar lebih ramai sasaran baru baru dapat dikenalpasti selain untuk memberi pendekatan dan penerangan kepada masyarakat tentang program MDAB ini. Berikut adalah kronologi program pada hari ini :

Skuad JDAB telah bertolak ke UiTM Kampus Kuantan untuk menyambut sukarelawan dan telah pergi ke daerah-daerah berikut untuk program walkabout :

KUANTAN - PEKAN - TEMERLOH - BERA - MELAKA

KUANTAN : Sekitar Pasar Besar Kuantan. Disini hampir 100 sasaran baru dikenalpasti dan terdapat hampir 20 rayuan telah diterima. 

 

PEKAN : Bertapak di Wisma UMNO Pekan, yakni Parlimen PM kita, DS Najib Razak. Disini Setiausaha UMNO bahagian telah hadir. Skuad telah disambut baik oleh warga Pekan dan telah berlegar di Bandar Kuantan. Sebanyak hampir 250 sasaran baru telah dikenal pasti.




TEMERLOH : Walkabout diadakan sekitar Terminal Bas Temerloh. Hampir 300 sasaran baru dikenalpasti. Disini, masih ada lagi penduduk setempat yang hadir untuk mengemukakan rayuan. En Faizal Daud (Pengerusi MDAB) dan EN Aizuddin Datuk Mohd Ghazali (Pegawai Khas Dato Sahol Hamid) telah menerima hampir 20 lagi rayuan disini.



BERA : Sekitar Dataran Bera selama hampir 2 jam, kerana ramai yang terlepas di Kuantan, Pekan, Temerloh dan Bentong telah hadir disini untuk membuat rayuan di sini. Sambutan hangat oleh masyarakat setempat. Menurut info, disini sebanyak 110 rayuan telah diterima dan 300 lagi sasaran baru telah dikenalpasti.


Gambar Hiasan
Setelah selesai, skuad JDAB telah berangkat ke Melaka pada pukul 5.30 petang untuk bermalam di UiTM Lendu sebelum menyambung jelajahan mereka sekitar negeri bersejarah ini esok (24/5/2012). Jangan lupa esok sebuah program khas bersama Ketua Menteri Melaka, DS Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam (gambar) akan diadakan sebagai penutup Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia bagi peringkat semenanjung. Selepas ini JDAB akan ke Sabah dan Sarawak pula. Siapa yang nak masuk UiTM ayuh sertai kami disana!! Pihak JDAB sentiasa mengalu-alukan kedatangan semua. Video akan menyusul kemudian. Dalam proses 'editing'. Berikut adalah jadual sepanjang jelajahan esok :

Dato' Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam
Jadual Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) di Melaka (24/5/2012)
  • 8.00 Pagi : Masjid Tanah
  • 9.00 Pagi : Rembia
  • 10.30 Pagi : Melaka Sentral
  • 2.30 Tengahari : Dewan Dato Demang Hussin, Bukit Katil (Bersama DS Ali Rustam)


Untuk maklumat lanjut sila layari blog rasmi JDAB [klik!] atau follow Twitter @JelajahDestini dan follow hashtags #JDAB2012 untuk update terkini.

P/S : Program ini dapat membuka mata masyarakat tentang keprihatinan kerajaan terhadap golongan miskin yang tercicir supaya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Jika nak dibandingkan dengan 'belah sana', mereka mahu membebankan dan mengsisihkan golongan kurang berkemampuan ini secara 'jalan gelap' dengan pemansuhan PTPTN dan mahu menjatuhkan bangsa kita secara terancang. 

Tuesday, May 22, 2012

#JDAB2012 TERKINI!! @JelajahDestini Bantu 800 Anak Terengganu Masuk #UiTM !!


Tadi baru sahaja selesai Jelajah Destini Anak Bangsa Di negeri Terengganu. Program telah diadakan di perkarangan rumah Dato Wira Rosli Hasan (Ketua UMNO bahagian Dungun). Seramai 800 rayuan telah diterima pada hari ini. Tahniah kepada semua.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.jelajah-anak-bangsa.blogspot.com atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 19, 2012

#JDAB2012 : Tangan Ajaib @datosahol Ubah Nasib 3781 Bumiputera. Cc @JelajahDestini

Hari ini Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) melanjutkan lagi jelajahan mereka ke negeri Kedah dan Perlis pula. Hari ini agak istimewa kerana Dato Prof Ir Sahol Abd Hamid selaku Naib Canselor UiTM turun padang pada setiap program yang dijalankan hari ini dan beliau sendiri telah MELULUSKAN rayuan serta-merta kepada sesiapa yang layak. Siapa sangka seorang yang sudah lanjut umur seperti beliau masih bertenaga dan bersemangat membantu anak bangsa kita. Bukan semua Naib Canselor yang sanggup berkorban seperti beliau.


Lokasi Pertama di Kedah ialah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bakar Bata, Alor Setar. Program ini telah dihadiri hampir 200 orang penduduk setempat. Program ini telah dihadiri oleh Ketua UMNO bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah. Semasa disana, Dato Sahol telah meluluskan 39 permohonan. Setelah selesai program disina, skuad JDAB telah berangkat ke Tandop (Pasar Nelayan) Kubang Rotan, Kuala Kedah pula.

Semasa di Kuala Kedah, skuad JDAB dan Dato Sahol telah ditemani oleh Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua UMNO Kuala Kedah) sebagai penyeri majlis. Program ini agak unik kerana telah diadakan di tengah-tengah pasar. Disana, seramai 39 orang lagi lepasan SPM diberikan tempat untuk ke UiTM. Setelah selesai program disana, skuad JDAB telah ke Kangar dan solat jumaat disana sementara menunggu program yang seterusnya bermula.


Semasa di Kangar, program telah diadakan di SMK Putra. Menteri Besar Perlis, YAB Dato' Seri Md Isa Sabu telah hadir sebagai tanda pengiktirafan kepada JDAB. Program ini dihadiri hampir 400 orang dan seramai 23 lagi ditempatkan di UiTM. Semasa Dato Sahol memberikan ucapan, beliau telah mengumumkan bahawa seramai 3781 lepasan SPM kurang berkemampuan telah diterima mengikuti program MDAB di UiTM sepanjang penjelajahan yang diadakan setakat ini. Tahniah saya ucapkan kepada semua bakal mahasiswa ini.

Sila layari blog rasmi (klik!) atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012 untuk update terkini Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia.  

P/S : Gunakan peluang sebaiknya, belajar rajin-rajin. Jangan jadi Khalid Ismath :)

Friday, May 11, 2012

#JDAB2012 : Hebat!! Artis Juga Turut Serta Memberi Sokongan Buat #UiTM !!

Tasha Shilla

Hari ini jelajah akan diteruskan lagi disekitar Kuala Lumpur.. Yang menarik disini ialah ramai artis yang turut sertai Jelajah ini bersama. Ini adalah hasil kerjasama Malaysia Artist Sport Club (MASC).

LOKASI : Danau Kota
MASA : 9.00 malam

Antara Artis yang turut serta ialah :

Syed Aiman & Linda Rafar

Zamarul Hisham & Diana Rafar
Gambit
Syahir AF8

Danny X-Factor
Fida
Aida AF9
Follow Twitter Jelajah Destini Anak Bangsa Atau Follow Hashtags #JDAB2012 untuk 'LIVESTREAM' Update. Klik SINI untuk ke blog rasmi JDAB2012.

#JDAB2012 : Sambutan Luar Biasa Oleh Orang Johor.. Terbaik Beb!!


Tadi baru sahaja selesai Jelajah Destini Anak Bangsa untuk hari kedua di Johor. Program ini disambut meriah oleh masyarakat disana. Mungkin semua pasti akan fikirkan disana ialah kubu kuat UMNO. Kann? Honestly aku nak tekankan kat sini PELAJARAN BUKAN ANASIR POLITIK TETAPI IANYA ADALAH HAK SEMUA. So, tak kisahlah sama ada kamu ni pembangkang atau kerajaan.. Ayuh! Sertai program ini...

Tadi semasa disana, mereka sempat singgah di sekitar bandar Segamat, Muar, Pagoh, dan juga sempat melawat tapak kampus UiTM Pasir Gudang untuk hadiri program bersama Menteri JPM. Untuk foto-foto sekitar program hari ini sila klik SINI.


Sokongan penuh telah diberikan oleh setiap hadirin yang hadir. Mereka berjaya mengesan ramai masyarakat yang berkelayakan supaya apply program ni. Tahniah aku ucapkan!

Meh aku citer skit penerangan pasal program ni :


Program ini memberikan pendidikan percuma kepada yang berkelayakan dan memenuhi syarat. Salah satu syarat yang paling simple ialah Sekiranya keputusan SPM pelajar tersebut tidak cemerlang tetapi pendapatan keluarga dibawah RM2,000 dan sanggup mengikuti program ini.. Maka, pelajar tersebut LAYAK. Selanjutnya di SINI.

PM kita telah ilhamkan program ini agar tiada bumiputera yang tercicir dalam pelajaran. Sape yang nak masa depan yang cerah, aku syorkan korang join program ini. Sekian....

Wednesday, May 9, 2012

#JDAB2012 : Kronologi Hari Pertama


Hari ini telah berakhirlah sudah program Jelajah Destini Anak Bangsa Fasa 2 (JDAB 2012) untuk hari pertama pada hari ini.

Pada pagi tadi lebih kurang jam 9.00 pagi, telah diadakan sidang media dan 'flag-off' oleh setiausaha politik menteri pengajian tinggi, Tuan Haji Khairy Malek di Bangunan Canselori UiTM Shah Alam.

Konvoi memulakan perjalanan ke checkpoint pertama di Terminal 1, Seremban untuk mengedarkan 'flyers' supaya dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kemudahan yang telah diberikan oleh MDAB ini.


Sesi fotografi bersama Skuad Sayang Wanita UMNO Kuala Pilah

Wakil dari Skuad Sayang memberikan taklimat sebelum membuat 'terjahan' memasuki kampung-kampung berdekatan

Skuad Sayang menyambut meriah kedatangan peserta Jelajah Destini Anak Bangsa di UiTM Kuala Pilah.

Seterusnya konvoi meneruskan perjalanan lagi ke SMK Dato Mohd Yusoff, Linggi. Ini bertujuan untuk memberi pendekatan kepada calon-calon SPM di sekolah tersebut.

Kemudiannya, jelajah diteruskan lagi ke Dewan Sri Rembau untuk program bersama ADUN Chembong.

Untuk pengetahuan anda, JDAB2012 telah menerjah kawasan perkampungan sekitar Kuala Pilah. Yang lebih mengharukan ialah ianya disokong padu oleh Skuad Sayang Wanita UMNO. Tahniah diucapkan buat semua yang menjayakan program ini!

Lagi gambar-gambar sekitar program hari ini :


Program di Dewan Sri Rembau bersama ADUN Chembong.

Peserta baru sampai di SMK Datuk Yusoff, Linggi.

Gelagat calon SPM yang diberikan pendedahan tentang JDAB.

Reaksi pelajar di Terminal 1, Seremban.

Peserta baru tiba di Terminal 1, Seremban.

Sidang media di Bangunan Canselori, UiTM Shah Alam.



Untuk maklumat lanjut : www.jelajah-anak-bangsa.blogspot.com atau follow Twitter @JelajahDestini

Tuesday, May 8, 2012

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang #JDAB2012 ??


Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan satu siri jelajah ”Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia” ke seluruh Malaysia bermula esok sehingga 26 Mei 2012.

Program yang dinaungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bertujuan menterjemahkan aspirasi beliau dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan.



Ia juga bertujuan membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar untuk menyambung dan melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.



Sejak jelajah pertama (video di atas) yang dilancarkan pada 8 Julai 2011 GDAB dengan kerjasama UiTM telah membantu hampir 10,000 anak-anak yang tidak berkemampuan melanjutkan pengajian mereka di UiTM.

Konvoi yang disertai tenaga kerja dan mahasiswa-mahasiswa UiTM ini bakal dilepaskan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Tuan Haji Khairi Malek di Dewan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam jam 9.00 pagi esok.

Maklumat lanjut mengenai program ini sila hubungi En. Aizuddin Mohd Ghazali di talian 03-55442727 atau 012-6262956.

Maklumat perjalanan program juga boleh dilayari di :

Blog : jelajah-anak-bangsa.blogspot.com

Twitter : @JelajahDestini

MY SLIDESHARE UPLOAD