Sunday, May 13, 2012

[VIDEO] #JDAB2012 : Artis Pun Nakkan Anak Bangsa Sendiri Berjaya. Mana Pi Yang Lain? Takkan Nak Senyap Jer?


Ini adalah video semasa di Danau Kota 2 hari lalu. Seperti apa yang aku nyatakan dulu di SINI .

Artis yang sibuk dengan kerjaya depa pun nak sudi luang masa untuk tengok anak bangsa sendiri berjaya. Sempoi....

Untuk maklumat lanjut : Follow Twitter atau layari blog rasmi SINI JDAB 2012 untuk maklumat lanjut. 

Saturday, May 12, 2012

LATEST UPDATE #JDAB2012 : Penduduk Kuala Selangor Kena Tiau Dengan Student #UiTM ??

Pelajar yang join Jelajah Destini Anak Bangsa tiau penduduk Kuala Selangor? Biar betul??? Takkan kot??

Jangan salah anggap pulak.. Dan jangan sesekali risau.. Mereka bukan seperti yang ditulis diatas.. Mereka ialah pelajar-pelajar yang sedang 'berjuang' untuk menempatkan kaum bumiputera yang tidak berkemampuan supaya dapat sambung belajar di universiti secara percuma. (sasaran/misi)

Tadi skuad JDAB ni baru saja selesai 'walkabout' di sekitar Tesco Kuala Selangor dan Pasar Besar Tanjung Karang. Program juga turut dihadiri oleh ADUN Sg Burong, Dato Mohammad Shamsudin sebagai tanda sokongan.

Untuk pengetahuan semua, bagi program di dua tempat ini sahaja, diorang telah berjaya mengesan hampir 200 sasaran baru. Kalau tak salah aku, jumlah total sasaran terbaru yang dicapai sekarang dah lebih dari 3,000 orang setelah 4 hari menjelajah. Alhamdulillah.. Don't worry beb.. Kalau kita buat benda baik, kita akan dapat balasan yang baik. InsyaAllah.

Aku harap semua usaha JDAB diberkati Allah S.W.T... Amin..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#UMNO66 : Kehadiran 120,000++ Peserta #GelombangMerah Adalah Bukti #UMNO Ialah Pilihan Rakyat!! @NajibRazak

"Nak tunjuk hebat, tak perlu merusuh. Buat mcm UMNO & kumpul 100ribu dlm stadium secara aman" - Presiden UMNO

Itu adalah kata-kata yang dilafazkan dari mulut DS Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Gelombang Merah di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam. Aku dapat info mahal ni dari Twitter anak Tun Mahathir, Mukhriz.

Bagi aku, kata-kata ini tersangat pedas didengar dan tersangat kuat impaknya untuk diterima oleh puak pembangkang, khususnya demonstran perhimpunan 'aman' Bersih yang telah merosakkan keamanan dinegara kita ini.

Walaupun aku tak berkesempatan untuk bersama-sama dalam perhimpunan ni semalam, tapi aku dapat rasakan kekuatan aura gelombang ni. Seriously! Kalau korang ahli UMNO sejati, confirm korang akan rasakan apa yang aku rasakan semalam. Aku tengok ramai ahli gelombang merah tak berkesempatan untuk masuk stadium semalam, sebab stadium dah betul-betul packed! Hebat! Final bola pun tak macam ni!

Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada semua sahabat seperjuangan. Dengan kehadiran lebih 120,000 orang semalam, ianya berjaya membuktikan bahawa tohmahan pembangkang adalah tipu semata-mata. Ini merupakan satu bukti kukuh bahawa UMNO ialah pilihan di hati majoriti rakyat kat Malaysia ni! TAHNIAH!!!

P/S : Terima kasih UMNO kerana membela rakyat selama 66 tahun ini!! Selamat ulangtahun UMNO!!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone