Saturday, May 12, 2012

LATEST UPDATE #JDAB2012 : Penduduk Kuala Selangor Kena Tiau Dengan Student #UiTM ??

Pelajar yang join Jelajah Destini Anak Bangsa tiau penduduk Kuala Selangor? Biar betul??? Takkan kot??

Jangan salah anggap pulak.. Dan jangan sesekali risau.. Mereka bukan seperti yang ditulis diatas.. Mereka ialah pelajar-pelajar yang sedang 'berjuang' untuk menempatkan kaum bumiputera yang tidak berkemampuan supaya dapat sambung belajar di universiti secara percuma. (sasaran/misi)

Tadi skuad JDAB ni baru saja selesai 'walkabout' di sekitar Tesco Kuala Selangor dan Pasar Besar Tanjung Karang. Program juga turut dihadiri oleh ADUN Sg Burong, Dato Mohammad Shamsudin sebagai tanda sokongan.

Untuk pengetahuan semua, bagi program di dua tempat ini sahaja, diorang telah berjaya mengesan hampir 200 sasaran baru. Kalau tak salah aku, jumlah total sasaran terbaru yang dicapai sekarang dah lebih dari 3,000 orang setelah 4 hari menjelajah. Alhamdulillah.. Don't worry beb.. Kalau kita buat benda baik, kita akan dapat balasan yang baik. InsyaAllah.

Aku harap semua usaha JDAB diberkati Allah S.W.T... Amin..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive