Tuesday, May 22, 2012

#JDAB2012 TERKINI!! @JelajahDestini Bantu 800 Anak Terengganu Masuk #UiTM !!


Tadi baru sahaja selesai Jelajah Destini Anak Bangsa Di negeri Terengganu. Program telah diadakan di perkarangan rumah Dato Wira Rosli Hasan (Ketua UMNO bahagian Dungun). Seramai 800 rayuan telah diterima pada hari ini. Tahniah kepada semua.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.jelajah-anak-bangsa.blogspot.com atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#JDAB2012 : @JelajahDestini Terima 200 Orang Lagi Anak Negeri @nikabdulaziz. Terima Kasih @datosahol & @NajibRazak !!

Tadi baru sahaja selesai Jelajah Destini Anak Bangsa sekitar negeri Kelantan. Program telah diadakan di tiga tempat hari ini iaitu di Dewan Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Ketereh, SMK Tok Janggut, pasir Puteh dan SK Pasir Puteh (Lelaki). Hampir 200 lagi pelajar MDAB berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM melalui program MDAB ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jelajah-anak-bangsa.blogspot.com atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012 untuk update terkini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, May 21, 2012

#JDAB2012 : 468 Anak Negeri @nikabdulaziz Ditawarkan #UiTM !! Thanks @NajibRazak & @datosahol !!

Hari ini seramai 468 anak kelantan ditawarkan ke UiTM melalui program Jelajah Destini Anak Bangsa.

Program ini amat membantu di negeri Kelantan kerana ianya dapat mengatasi masalah kemiskinan dalam jangka masa panjang selain dapat mengembangkan sayap intelektualiti di sini.

Untuk makluman, keseluruhan yang membuat rayuan setakat ini ialah 5,342 dan JDAB sudah berjumpa 36,441. orang sepanjang penjelajahan sehingga kini.

Jelajah hari ini bermula di Jeli, Tanah Merah, Rantau Panjang dan Tumpat. Tahniah kepada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM hari ini dan tak lupa juga kepada skuad JDAB serta barisan artis MASC yang turut sama menjayakan program pada hari ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jelajah-anak-bangsa.blogspot.com atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012 untuk update terkini.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone