Tuesday, May 29, 2012

MUZAKARAH : DEDAH!! NIK AZIZ BERJAYA 'KENCING' KITA HIDUP-HIDUP.. ASALKAN BUKAN UMNO!!


Seperti yang dijangkakan, PAS sudah semestinya tidak akan bermuzakarah ataupun sama sekali 'berjabat-tangan' dengan UMNO. Hal ini kerana pemimpin dan pengikut telah dikuasai oleh sifat takbur dan busuk hati mereka. Walhal, dengan DAP dan PKR, PAS boleh pula bergabung atas nama PAKATAN RAKYAT asalkan dapat meraih undi secara BONUS. Sudah-sudah lah PAS, berhentilah jadi KELDAI PKR & DAP. Jom kita baca pendapat individu ni.

Dipetik dari blog Citra Bangsa :

Bagi orang PAS, apa sahaja Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat buat, semuanya betul. Seolah-olah Nik Aziz ni “maksum”. Terlepas daripada melakukan kesalahan dan terlepas dari melakukan kesilapan. 
Hakikatnya, Nik Aziz adalah orang politik yang suka bercakap ikut sedap mulut & demi kepentingan politik PAS yang sesat dan sempit. PAS sesat jalan, walaupun orang PAS nampak jalan di depan mereka lurus. Dalam hal muzakarah antara PAS dengan UMNO, ternyata Nik Aziz suka berlawak. 
Mula-mula dia berkata, percayalah kepadanya. Kalau Presiden PAS, Haji Abd Hadi Awang tak mahu, Nik Aziz tetap mahu. Tiba-tiba, buat pertama kalinya, dia akur dengan kehendak Hadi Awang, mengatakan dia tak jadi muzakarah kerana mahu menghormati Presiden PAS. Orang Umno kena ucapkan terima kasih Nik Aziz. 
Selanjutnya... [KLIK!!]

P/S : ISLAM HANYALAH KOSMETIK SEMATA-MATA BAGI PAS, ASALKAN UMNO DAPAT DIBENCI DAN MEREKA BOLEH MEMERINTAH NEGARA DENGAN BEBAS.

[VIDEO] GEMPAR!! Kelemahan PKR Didedahkan!! @anwaribrahim Terus Lari Keluar Negara!!?


Bekas Exco Pergerakan Pemuda Parti Keadilan, Hidhir Khalid mendedahkan kelemahan PKR.Beliau berkata demikian pada Ceramah Kelab Tolak Individu Benama Anwar Ibrahim (TIBAI) Di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur Pada 21 Mei 2012 lepas. Selamat Menonton!


P/S : Video ni buatkan aku teringat ayat keramat housemate aku.. : "Segala yang baik segalanya datang daripada Allah S.W.T dan segala yang buruk datangnya daripada Anwar Ibrahim !!" :)  

Monday, May 28, 2012

[VIDEO] Kejadian Tembak-Menembak Di #HBN2012 Kelmarin

Kat sini aku sharekan video aksi-aksi kamikaze oleh Bee Ant Blues Crews masa kat 'paintball battlefield' time Hari Belia Negara 2012 (HBN2012) berlangsung. Jom layan video dulu..... Baru boleh sambung cerita...


Kalau nak tau, acara paintball ni adalah acara yang paling hangat mendapat sambutan di Bee Ant Blues Port sepanjang HBN2012  berlangsung. Maklumlah, bukan senang nak tembak orang kan? Time ni la nak lepas geram betul-betul. Terbaikkk...


P/S : Memang tak takut mati depa ni..