Kompilasi rakaman video kejadian yang berlaku semasa perhimpunan Bersih, 28 April lepas, akan siap dalam sehari lagi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin berkata, video itu akan diedarkan kepada media dan dimuat naik ke dalam laman web kementerian itu sebaik ia siap.
Rakaman video itu mengandungi visual “baik, buruk dan jelek”, yang diterima hasil sumbangan banyak pihak yang merakamkan kejadian itu.
“Ia merupakan rakaman yang sah. Tiada teknik pertindihan atau (visual yang diambil hanya) dari sudut-sudut tertentu.
“Saya mahu orang ramai melihatnya dari perspektif yang betul kerana ada video yang dihasilkan (daripada peristiwa ini) yang molek-molek belaka pada masa dan tempat tertentu, untuk memberikan gambaran yang dimahukan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau sebelum itu menerima kunjungan Ketua Operasi Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Alain Aeschlimann.
Katanya, terpulang kepada orang ramai bagaimana mereka mahu menerima video itu kerana beliau “tahu ada mereka yang begitu taksub dan prejudis, apa kita cakap pun takkan dipercayai.”
Tetapi Hishammuddin yakin majoriti rakyat di luar sana yang cintakan keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam, akan menerimanya dengan baik.
Ditanya sama ada siasatan yang dijalankan Suruhajaya Hak Asasi (SUHAKAM) akan mengelirukan orang ramai kerana telah ada panel ditubuhkan untuk menyiasat perhimpunan itu, Hishammuddin berkata beliau tidak bimbang kerana apa jua saluran yang digunakan, ia perlu memberitahu orang ramai apa yang sebenarnya berlaku.
“Yang saya mahu lihat dalam konteks Bersih ini ialah mereka yang salah tetap salah, dan akan dihadapkan ke mahkamah dan muka pengadilan, tapi pada masa yang sama kita mahukan pembelaan pada sesiapa sahaja yang teraniaya.
“Kita tak boleh ubah fakta dan hakikat dan itulah yang kita hendak ketengahkan. Kalau tidak, ia dipesongkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka,” katanya. — Bernama
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/06/01/video-perhimpunan-bersih-siap-sehari-lagi/#ixzz1wdTXj7dW
Saturday, June 2, 2012
Harakah Sengal !! Kantoi Menipu Lagi!!
Nampaknya semakin dekat dengan PRU, semakin kuat kesengalan harakah untuk menipu rakyat demi memperkasakan PAS. Der, nak menipu pun agak-agakla....
Dipetik Dari Kulaan Niring :
Sekali lagi lidah rasmi Pas, akhbar HarakahDaily penipu, pembohong pasal kehadiran penyokong Pas ke Program Himpunan Hijau ke Putrajaya bila kata berjaya menghimpunkan 100 ribu ahli Pas dalam Stadium Darul Aman malam tadi.
Wei! Nak menipu pun agak2 ler. Lu tunjuk gambar "super impose" boleh ler. Cuba korang fikir ngan akal yang waras bukan macam penyokong Pas yang buta hati tuli telinga benda depan mata pun boleh buat-buat tak nampak.
Stadium yang kapasitinya 40 ribu celah mana korang nak sumbat 2 1/2 kali ganda manusia. Macam mana 40 ribu nak sumbat jadi 100 ribu. Agak-agak la Harakah ngan blogger-blogger pakatan kalo nak menipu. Gua dah cakap kalo bab-bab menipu ngan "super impose" ni bagi ler kat puak pakatan memang depa terror macam depa dok gambar "super impose" Bersih kat Dataran Merdeka hari tuh.
Bukan gua yang kata tapi Mahfuz Omar yang kata sebagai Pengarah Program yang gua petik kat Harakah Daily "Dan malam ini kehadiran keseluruhan saya kira hampir 100,000 orang di dalam stadium dan tak sempat masuk ke stadium" katanya selepas program berakhir kira-kira 11.45 malam tadi.
Wei! Malaysiakini pun kata yang datang ke stadium tu 50 ribu orang jer seperti yang dilaporkan wartawan Malaysiakini, Susan Loone "as if to challenge the big crowd at the recent 66th UMNO anniversary at Bukit Jalil 4tadium, PAS managed to attract more than 50,000 supporters at its gathering dubbed "Himpunan Hijau ke Putrajaya" tonight."
Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!
Nak pecah rasanya perut aku ni dengan citer pembohongan dan penipuan Harakah serta blogger-blogger pembangkang. Kalo dengan penyokong tegar korang yang buta kayu tuh boleh la korang 'kencing' kata 100 ribu. Gua sendiri yang dok ada kat dalam stadium dicelah-celah penyokong korang. Ini gambar sebagai bukti. - KN
P/S : Maaf der, gua tak sempat nak update blog secara normal.. gua tengah busy dengan Aman Kampus Kenyalang sekarang.. Line internet sini kureng....
[FOTO] : @AmanKampus Bergaduh Dengan Penduduk Julau?
Aman Kampus bergaduh? Aiyak, jangan risau lah.. Diorang takkan buat macam tu lah.. Sebab diorang bawakan mesej keamanan.
P/S : diorang bukan mcm adam adli and the gang..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
P/S : diorang bukan mcm adam adli and the gang..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Subscribe to:
Comments (Atom)