Kompilasi rakaman video kejadian yang berlaku semasa perhimpunan Bersih, 28 April lepas, akan siap dalam sehari lagi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin berkata, video itu akan diedarkan kepada media dan dimuat naik ke dalam laman web kementerian itu sebaik ia siap.
Rakaman video itu mengandungi visual “baik, buruk dan jelek”, yang diterima hasil sumbangan banyak pihak yang merakamkan kejadian itu.
“Ia merupakan rakaman yang sah. Tiada teknik pertindihan atau (visual yang diambil hanya) dari sudut-sudut tertentu.
“Saya mahu orang ramai melihatnya dari perspektif yang betul kerana ada video yang dihasilkan (daripada peristiwa ini) yang molek-molek belaka pada masa dan tempat tertentu, untuk memberikan gambaran yang dimahukan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau sebelum itu menerima kunjungan Ketua Operasi Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Alain Aeschlimann.
Katanya, terpulang kepada orang ramai bagaimana mereka mahu menerima video itu kerana beliau “tahu ada mereka yang begitu taksub dan prejudis, apa kita cakap pun takkan dipercayai.”
Tetapi Hishammuddin yakin majoriti rakyat di luar sana yang cintakan keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam, akan menerimanya dengan baik.
Ditanya sama ada siasatan yang dijalankan Suruhajaya Hak Asasi (SUHAKAM) akan mengelirukan orang ramai kerana telah ada panel ditubuhkan untuk menyiasat perhimpunan itu, Hishammuddin berkata beliau tidak bimbang kerana apa jua saluran yang digunakan, ia perlu memberitahu orang ramai apa yang sebenarnya berlaku.
“Yang saya mahu lihat dalam konteks Bersih ini ialah mereka yang salah tetap salah, dan akan dihadapkan ke mahkamah dan muka pengadilan, tapi pada masa yang sama kita mahukan pembelaan pada sesiapa sahaja yang teraniaya.
“Kita tak boleh ubah fakta dan hakikat dan itulah yang kita hendak ketengahkan. Kalau tidak, ia dipesongkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka,” katanya. — Bernama
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/06/01/video-perhimpunan-bersih-siap-sehari-lagi/#ixzz1wdTXj7dW
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MY SLIDESHARE UPLOAD
Blog Archive
-
▼
2012
(357)
-
▼
June
(55)
- RAFIZI SAMAN NAJIB RAZAK ATAS TUDUHAN RASUAH!
- Rayuan Pembatalan Saman Bukti Perlaksanaan HUDUD o...
- PANAS!!! CERITA LENGKAP SKANDEL RM3 BILLION ANWAR!
- SAH!!! PM Beri Rasuah Demi Raih Undi PRU13 !
- GEMPAR!!! Bayi Lahir Dari Otak?!!
- PANAS!! [FOTO] Kedutaan Singapura DISERANG!! #BERS...
- PART 2 : Dear @PapaGomo , Siapa Nak Jawab Ni? Betu...
- MALAYSIA RANKING NO 1 NEGARA PALING RAMAI MENTERI ...
- PANAS! PENDEDAHAN NAMA 3 PEGAWAI DIPLOMAT SINGAPUR...
- Jamuan Makan Malam bersama Anwar Hidang BABI dan A...
- Part 1 : Dear @PapaGomo , Jangan Rasa Diri Sudah C...
- LYNAS IS SAFE!
- HOT! PULAU PINANG MINTA BANTUAN KEWANGAN DARI BN!!
- TPM Luluskan Pembinaan Semula Pasar Changkat Jerin...
- Tabung Untuk Damia.. Ayuh Sama-Sama Kita Hulurkan ...
- Program Fiqh Mentaati Pemimpin : Jika Kita Mahukan...
- PERGH! SEBAB TAKSUB NAK JADI PM SANGAT, @anwaribra...
- NAH!! SYABU 14KG KANTOI!! PENGEDAR DIHUKUM MATI!! ...
- SENARAI TOP 167 RANKING BLOG PRO-KERAJAAN TERBARU!!
- PANASSS!! MUSLIMAH PAS KANTOI TAYANG BODY?? OMG!!!
- GEMPAK!! @Khairykj Dekati Anak Muda Dan Buatkan Ke...
- FLASHBACK : Mengapa Anwar Ibrahim Bebas Dari Kes L...
- #PTPTN : TERBAIK!! Rafizi Kena 'Canai' Dengan Khal...
- CHERITERA KAPAL SELAM SCORPENE YANG ANDA SEMUA KEN...
- [VIDEO] : KENYATAAN TPM TENTANG #PTPTN .. APA LAGI...
- LORI SAMPAH DI SELANGOR TAK JAGA MAINTAINENCE. PAT...
- #PTPTN : GEMPAR!! KENYATAAN @khalednordin BUATKAN ...
- AKHIRNYA... VIDEO KEGANASAN 18SG PERUSUH #BERSIH D...
- HARGA MINYAK RON 97 DITURUNKAN..
- Astaghfirullahalazim.... Bertaubatlah.........
- Student #UNISEL Merana, Hang Sibuk Tuduh UMNO... S...
- #Bersih 3.0 : JANGAN RISAU, IANYA BERSESUAIAN DENG...
- HIBURAN : ARTIS INI DICERAIKAN MELALUI TELEFON SEL...
- Khalid Ismath Dibicara Jumaat Ini.. Mampoihhh!!
- KAN AKU DAH CAKAP, NIZAR MEMANG TAK SIUMAN.......
- 10 KELEBIHAN SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN. PAKATAN J...
- Anwar - "Hampa Semua Toksah Bayaq PTPTN!!''
- BUKTI ANWAR TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA!!
- MELETUP! BLOG MIM HILANG DARI CARIAN GOOGLE!!
- Nah!!! Nizar Lilin Spin Jawab Isu Plat WWW1!!
- SAH! Mahasiswa @AmanKampus Dituakkan!! Baca Dulu.....
- POLITIK DAP : Lim Guan Eng Ialah PM Malaysia Ke-7 ??
- GEMPAR! Nalla Dedahkan Bukti Kukuh Bahawa Anwar Ad...
- PANAS!! @khalidibrahim Pun Kaki Massage Tegar??
- [VIDEO] : Selangor Darul Massage!!!!
- HOT!! @NajibRazak Bersama @AmanKampus Terjah Rumah...
- [VIDEO] : Bertakbir Demi Tok Guru Adalah Menyangga...
- Blogger Tegar PAS @Addin77 Kantoi Beradap!!
- [VIDEO] : #AmanKampusKenyalang Buat Anak Yatim Sar...
- Aishah Nak PAS Jadi Pembimbing Artis? Kenapa PAS?
- PANAS!! VIDEO KEBENARAN #Bersih AKAN DIPUBLISHKAN ...
- Harakah Sengal !! Kantoi Menipu Lagi!!
- [FOTO] : @AmanKampus Bergaduh Dengan Penduduk Julau?
- @NajibRazak , Jom Jumpa #AmanKampusKenyalang Esok ...
- Al-Fatihah.. Blogger Pro-Pembangkang Meninggal Dun...
-
▼
June
(55)
No comments:
Post a Comment