Saturday, June 2, 2012

Aishah Nak PAS Jadi Pembimbing Artis? Kenapa PAS?


Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, PAS harus memberi pencerahan kepada golongan artis untuk menggunakan medium hiburan sebagai dakwah kepada masyarakat.

"Bila PAS sampai Putrajaya, jangan lupakan artis di sini."

"Saya menyeru PAS bersabar dalam mentarbiyah golongan artis, bimbinglah kami untuk selamat di dunia dan akhirat," kata Aishah dalam nada sebak di hadapan lebih 50,000 yang hadir di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman, dekat sini malam tadi.

Penyanyi popular tahun 90-an itu, yang menyertai PAS baru-baru ini meletakkan harapan kepada parti itu terus mendekati dan membimbing golongan artis.

Aishah yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu dan Bahtera Merdeka juga yakin artis memainkan peranan yang besar untuk menarik masyarakat khususnya golongan muda mencintai Islam.

"Ceramah beri pandangan dari sudut intelek, muzik pula beri pandangan tentang perasaan.

"Golongan artis ada peranan mereka dalam menyampaikan, cuma cara penyampaian kadang-kadang membuatkan kita jauh dari Islam.

"Kita kena ramaikan ustaz dan ilmuan yg boleh bangunkan bidang seni supaya semua artis dapat berkarya berdasarkan al Quran dan hadis," katanya.

Aishah juga berkata, tindakan PAS memberikan peluang kepada golongan artis sepertinya untuk sama-sama berada di pentas ceramah membuktikan parti itu adalah untuk semua masyarakat.

"25 tahun saya berada di pentas hiburan. Malam ini saya sangat terharu diberi peluang berada di pentas PAS dan membuktikan PAS for everyone," katanya disambut laungan takbir dan sorakan semangat hadirin sambil mengibarkan bendera PAS di segenap ruang stadium. - MPP

PANAS!! VIDEO KEBENARAN #Bersih AKAN DIPUBLISHKAN ESOK!!!

Kompilasi rakaman video kejadian yang berlaku semasa perhimpunan Bersih, 28 April lepas, akan siap dalam sehari lagi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata, video itu akan diedarkan kepada media dan dimuat naik ke dalam laman web kementerian itu sebaik ia siap.

Rakaman video itu mengandungi visual “baik, buruk dan jelek”, yang diterima hasil sumbangan banyak pihak yang merakamkan kejadian itu.

“Ia merupakan rakaman yang sah. Tiada teknik pertindihan atau (visual yang diambil hanya) dari sudut-sudut tertentu.

“Saya mahu orang ramai melihatnya dari perspektif yang betul kerana ada video yang dihasilkan (daripada peristiwa ini) yang molek-molek belaka pada masa dan tempat tertentu, untuk memberikan gambaran yang dimahukan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau sebelum itu menerima kunjungan Ketua Operasi Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Alain Aeschlimann.

Katanya, terpulang kepada orang ramai bagaimana mereka mahu menerima video itu kerana beliau “tahu ada mereka yang begitu taksub dan prejudis, apa kita cakap pun takkan dipercayai.”

Tetapi Hishammuddin yakin majoriti rakyat di luar sana yang cintakan keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam, akan menerimanya dengan baik.

Ditanya sama ada siasatan yang dijalankan Suruhajaya Hak Asasi (SUHAKAM) akan mengelirukan orang ramai kerana telah ada panel ditubuhkan untuk menyiasat perhimpunan itu, Hishammuddin berkata beliau tidak bimbang kerana apa jua saluran yang digunakan, ia perlu memberitahu orang ramai apa yang sebenarnya berlaku.

“Yang saya mahu lihat dalam konteks Bersih ini ialah mereka yang salah tetap salah, dan akan dihadapkan ke mahkamah dan muka pengadilan, tapi pada masa yang sama kita mahukan pembelaan pada sesiapa sahaja yang teraniaya.

“Kita tak boleh ubah fakta dan hakikat dan itulah yang kita hendak ketengahkan. Kalau tidak, ia dipesongkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka,” katanya. — Bernama

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/06/01/video-perhimpunan-bersih-siap-sehari-lagi/#ixzz1wdTXj7dW

MY SLIDESHARE UPLOAD