Anwar juga berjanji, Pakatan Rakyat akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Skim PTPTN akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi. Beliau juga mengulangi tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.
Komen GPB
Ucapan Anwar yang menghasut peminjam PTPTN supaya jangan bayar hutang PTPTN meruupakan kenyataan cukup tak bertanggungjawab & menyalahi prinsip agama.
Bayar hutang adalah wajib dan banyak hadis Rasulullah menegaskan tentang soal hutang ini.
Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari. (HR. Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi)
Orang kaya yang menunda-nunda (mengulur-ulurkan waktu) pembayaran hutangnya adalah kezaliman. (HR. Bukhari)
Roh seorang mukmin masih terkatung-katung (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dilunasi. (HR. Ahmad) Jangan menimbulkan ketakutan pada dirimu sendiri sesudah terasa olehmu keamanan (ketentraman).
Para sahabat bertanya, “Apa yang menimbulkan ketakutan itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Hutang.” (HR. Ahmad)
Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari) Keterangan: Kita dibolehkan untuk berhutang (hutang masuk universiti, hutang beli rumah, hutang beli kereta dan sebagainya) cuma sekiranya berhutang kena lah melunaskan hutang sebaik mungkin.
Seorang hamba muslim yang membayar hutang saudaranya maka Allah akan melepaskan ikatan penggadaiannya pada hari kiamat. (HR. Mashabih Assunnah) - GPB