Tuesday, June 5, 2012

Anwar - "Hampa Semua Toksah Bayaq PTPTN!!''



Semalam, Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Anwar menyatakan demikian kepada orang ramai dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh sambil diiringi laungan takbir dari penyokong Pas. 


 Anwar juga berjanji, Pakatan Rakyat akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Skim PTPTN akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi. Beliau juga mengulangi tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan. 


Komen GPB


Ucapan Anwar yang menghasut peminjam PTPTN  supaya jangan bayar hutang PTPTN meruupakan kenyataan cukup tak bertanggungjawab & menyalahi  prinsip agama. 

Bayar hutang adalah wajib dan banyak hadis Rasulullah   menegaskan tentang soal hutang ini.


Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari. (HR. Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi)  

Orang kaya yang menunda-nunda (mengulur-ulurkan waktu) pembayaran hutangnya adalah kezaliman. (HR. Bukhari)

 Roh seorang mukmin masih terkatung-katung (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dilunasi. (HR. Ahmad) Jangan menimbulkan ketakutan pada dirimu sendiri sesudah terasa olehmu keamanan (ketentraman).

 Para sahabat bertanya, “Apa yang menimbulkan ketakutan itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Hutang.” (HR. Ahmad)  

Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari)  Keterangan: Kita dibolehkan untuk berhutang (hutang masuk universiti, hutang beli rumah, hutang beli kereta dan sebagainya) cuma sekiranya berhutang kena lah melunaskan hutang sebaik mungkin.

 Seorang hamba muslim yang membayar hutang saudaranya maka Allah akan melepaskan ikatan penggadaiannya pada hari kiamat. (HR. Mashabih Assunnah) - GPB

1 comment:

Anonymous said...

tujuan anwar buat mcm ni semata2 utk membangkitkan semangat anak muda utk menentang kerajaan.

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive