Saturday, June 16, 2012

PANASSS!! MUSLIMAH PAS KANTOI TAYANG BODY?? OMG!!!


Ish ish ish.. Apalah nak jadi dengan zaman sekarang ni kan kan kan..? Depa dok canang cakap pasal islam sana sini, tapi aurat sendiri pun tak terjaga? Adehh..

Dipetik dari MyMassa [SINI] :


*Hilang imej muslimat bila dah jadi YB. Nik Aziz dan Haji Hadi boleh pulak pakai jubah sebagai pakaian rasmi. YB muslimat PAS pulak berlumba-lumba tayang body

P/S : BILA DAH JADI YB, TUDUNG LABUH DAH TERBANG MELAYANG... NANTI KALAU DAH JADI MENTERI??? !@@#$$%^%^^&

GEMPAK!! @Khairykj Dekati Anak Muda Dan Buatkan Ketua AMK Jealous?? #TwtupKJ #BNYV


Tweet-up #TwtupKJ #BNYV bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin ini telah telah berlangsung dengan meriah sekali di NZ Garden Cafe, KLCC sebentar tadi. Hampir 100++ orang telah mendaftar dan program ini bagi pandangan aku amat berjaya sekali kerana ramai orang muda yang terdiri daripada BN Youth Volunteer (BNYV) telah 'jatuh hati' dan tercapai impian mereka untuk mendekati KJ dan mengenali beliau dengan lebih erat lagi. Banyak pesanan dan nasihat telah diberikan beliau. Hat benda ni semua, aku akan update esok! Apa-apa pun HIDUP KJ! :D

Mari kita ushar pandangan sahabat-sahabat perjuangan yang turut hadir bersama tadi... 

Dari laman blog rasmi Unit Media Baru (UMB) :

#BNYV : Take Charge Make A Difference - #Twtup @khairykj Gamatkan NZ Curry House 
Itulah suasana di NZ Curry House berhampiran KLCC semalam apabila Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin turun mendekati rakan twitter beliau yang terdiri dari anak muda pelbagai bangsa. 
Sessi 'TweetUpKJ' yang bermula jam 9.30 malam itu adalah usaha Pemuda BN untuk memperkenalkan BN Youth Volunteers (BNYV) iaitu sebuah badan sukarelawan yang diilhamkan oleh Pemuda BN. 
Sessi yang berlangsung selama 2 jam itu turut memberi ruang kepada anak-anak muda pelbagai latar belakang untuk berinteraksi serta mengutarakan pandangan dan pendapat mereka terhadap dunia politik negara. 
selanjutnya ...

Ada lagi pandangan kawan-kawan lain yang hadir... Jom tengok yang ni pulak... Memang gempak depa semua ni...

Dari laman laman blog KULAAN NIRING :

@KhairyKJ Bengang #twtupkj #BNYV Tak Ramai Yang Datang... @NajibRazak @razaliibrahim @tunfaisal 
Malam ni sedang berlangsungnya Program BN Youth Volunteers yang diilhamkan oleh KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dibuat di NZ Garden KLCC.

Gua sempat turun ke lokasi untuk melihat sendiri dengan mata kepala gua betul ker kata-kata kawan-kawan sekolah gua, sahabat-sahabat gua bahkan ada ahli keluarga gua yang merupakan penyokong totok pembangkang dok bagi tau kat gua yang program ni takkan mendapat sambutan punya.

Betul la kata dia orang, tak ramai yang datang tapi gambar ni menceritakan sebaliknya (a picture speak a thousand words). Gua sampai nak masuk pun tak dapat. Itu yang duduk kat dalam pun bersesak-sesak. Yang kat luar takyah citer la.  
Selanjutnya .... 
FOTO-FOTO MENARIK SEPANJANG PROGRAM :



lagi foto-foto menarik di laman blog lensaloka UMB... [klik!]

Sunday, June 10, 2012

FLASHBACK : Mengapa Anwar Ibrahim Bebas Dari Kes Liwat (901) ?

Ramai yang kecewa dan ramai yang gembira dengan keputusan mahkamah pada 9 Januari 2012 lepas. Tapi adakah semua orang tahu tentang kronologi pembebasan Anwar Ibrahim dibebaskan walaupun beliau sudah 70% bersalah.

Dipetik dari laman blog Jawa Bernam :

Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini, iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.  

Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia?  Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.  

Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu.

Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu.  Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.  

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi 'tepukan berdiri', tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.  

Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah 'suka-sama-suka', mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.  

Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.  

Namun, ini tidak berlaku. Rayuan juga tidak berlaku. Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas.  Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam 'inner-circle'nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya.   Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.  

Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.

Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita.   Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.  

Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat.   Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.  

Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof? Hampir tiada. Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali. Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat 'bonus tambahan' iaitu dari segi keuntungan politik.  

Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar.  Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.  

Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.  

Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga.  Jika ada pun yang lebih 'tinggi' dari undang-undang, ia adalah wang! 

Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.  

Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.  

Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.

Source : http://jawaber6.blogspot.com/2012/05/60-kali-tunda-kes-liwat-punca-sebenar.html?m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD