Saturday, June 16, 2012

GEMPAK!! @Khairykj Dekati Anak Muda Dan Buatkan Ketua AMK Jealous?? #TwtupKJ #BNYV


Tweet-up #TwtupKJ #BNYV bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin ini telah telah berlangsung dengan meriah sekali di NZ Garden Cafe, KLCC sebentar tadi. Hampir 100++ orang telah mendaftar dan program ini bagi pandangan aku amat berjaya sekali kerana ramai orang muda yang terdiri daripada BN Youth Volunteer (BNYV) telah 'jatuh hati' dan tercapai impian mereka untuk mendekati KJ dan mengenali beliau dengan lebih erat lagi. Banyak pesanan dan nasihat telah diberikan beliau. Hat benda ni semua, aku akan update esok! Apa-apa pun HIDUP KJ! :D

Mari kita ushar pandangan sahabat-sahabat perjuangan yang turut hadir bersama tadi... 

Dari laman blog rasmi Unit Media Baru (UMB) :

#BNYV : Take Charge Make A Difference - #Twtup @khairykj Gamatkan NZ Curry House 
Itulah suasana di NZ Curry House berhampiran KLCC semalam apabila Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin turun mendekati rakan twitter beliau yang terdiri dari anak muda pelbagai bangsa. 
Sessi 'TweetUpKJ' yang bermula jam 9.30 malam itu adalah usaha Pemuda BN untuk memperkenalkan BN Youth Volunteers (BNYV) iaitu sebuah badan sukarelawan yang diilhamkan oleh Pemuda BN. 
Sessi yang berlangsung selama 2 jam itu turut memberi ruang kepada anak-anak muda pelbagai latar belakang untuk berinteraksi serta mengutarakan pandangan dan pendapat mereka terhadap dunia politik negara. 
selanjutnya ...

Ada lagi pandangan kawan-kawan lain yang hadir... Jom tengok yang ni pulak... Memang gempak depa semua ni...

Dari laman laman blog KULAAN NIRING :

@KhairyKJ Bengang #twtupkj #BNYV Tak Ramai Yang Datang... @NajibRazak @razaliibrahim @tunfaisal 
Malam ni sedang berlangsungnya Program BN Youth Volunteers yang diilhamkan oleh KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dibuat di NZ Garden KLCC.

Gua sempat turun ke lokasi untuk melihat sendiri dengan mata kepala gua betul ker kata-kata kawan-kawan sekolah gua, sahabat-sahabat gua bahkan ada ahli keluarga gua yang merupakan penyokong totok pembangkang dok bagi tau kat gua yang program ni takkan mendapat sambutan punya.

Betul la kata dia orang, tak ramai yang datang tapi gambar ni menceritakan sebaliknya (a picture speak a thousand words). Gua sampai nak masuk pun tak dapat. Itu yang duduk kat dalam pun bersesak-sesak. Yang kat luar takyah citer la.  
Selanjutnya .... 
FOTO-FOTO MENARIK SEPANJANG PROGRAM :



lagi foto-foto menarik di laman blog lensaloka UMB... [klik!]

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive