Wednesday, June 27, 2012

SAH!!! PM Beri Rasuah Demi Raih Undi PRU13 !


PM bagi 'RASUAH' lagi! Bila PM bagi memang panggil RASUAH, kalau tak bagi kate abaikan rakyat. Bila PR barulah bagi namanya kebajikan! Kan? Haha

Subsidi TR1Ma bernilai lebih RM1 juta telah diberi demi melindungi lebih 10, 000 pemandu teksi diseluruh negara melalui Skim Insuran Perlindungan Kemalangan Diri.




‘‘Pemandu teksi boleh mendapat satu set tayar percuma di 300 pusat servis tayar buatan Malaysia yang dikenal pasti, boleh pilih antara Goodyear atau Continental.

‘‘Kita nak jaga kebajikan pemandu teksi, keselamatan mereka dan penumpang. Jika memandu teksi menggunakan terus tayar ‘botak’ boleh membahayakan. Jadi saya harap lepas ini gantilah tayar masing-masing,’’  - ujar Perdana Menteri Malaysia,  @NajibRazak





Baucer bernilai RM520 telah diberikan setiap seorang kepada 66, 538 pemandu teksi seluruh negara untuk menggantikan tayar kenderaan kenderaan ( teksi ) mereka di bawah inisiatif program TR1Ma.



Mengumumkan demikian ketika himpunan terbesar pemandu teksi di Bukit Jalil di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian subsidi itu melibatkan dana sejumlah RM35 juta melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tempoh dua tahun.

Menurut beliau, langkah itu dibuat sebagai menjaga kebajikan pemandu teksi, sekali gus memastikan keselamatan perjalanan mereka termasuk kira-kira 40,000 penumpang setiap hari.

P/S : Entah kali keberapa tah PM kita ni bagi 'rasuah' tapi semua utk kesenangan rakyat. Janji Ditepati , Rakyat Didahulukan. PR apa ada? Janji Janji Janji, Ditepati tak pernah. 

Tuesday, June 26, 2012

GEMPAR!!! Bayi Lahir Dari Otak?!!



Pada tahun 2009 lalu dunia perubatan dikejutkan dengan peristiwa aneh. Doktor di Colorado, Amerika Syarikat, baru mengeluarkan kaki kecil dari otak bayi berusia tiga hari. Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb sangat terkejut.

Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, dia mencari sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki yang lain yang hampir berbentuk.

Tidak hanya itu, dia juga mendapati beberapa bahagian tubuh lain, seperti sepotong tangan dan paha. “Seperti melahirkan bayi tapi dari otak,” kata Grabb seperti dilaporkan Daily Mail.

Prosedur perubatan itu, bermaksud untuk mengeluarkan tumor kecil di dalam otak Sam. Berdasarkan hasil rakaman otak dengan MRI, secara rasmi dinyatakan ada tumor dalam otak Sam. Namun secara fizikal, bayi pasangan Tiffnie dan Manuel Esquibel ini kelihatan sihat saja.

“penemuan struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan perkara yang unik, bukan perkara biasa, dan tidak pernah terdengar di mana-mana,” doktor tidak boleh menjelaskan fenomena ini. Namun, katanya, boleh saja ‘kaki’ di dalam otak Sam itu benar-benar suatu bentuk tumor otak bawaan.

Tumor, menurut Grabb, boleh saja terjadi akibat kes fetus in fetu di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Walaupun demikian, dia tidak pernah mendengar ada kes seperti itu yang berlaku di dalam otak.-Metro

Psst : apa kata anda?

PANAS!! [FOTO] Kedutaan Singapura DISERANG!! #BERSIH3.0




Campur tangan 3 Pegawai Diplomat Singapura di dalam perhimpunan bersih adalah sangat tidak releven walau dengan apa alasan sekali pun. Sama ada hanya sebagai pemerhati dan mengumpul maklumat semata-mata ataupun dengan agenda tersendiri. 3 pegawai diplomat Singapura itu terdiri daripada [ KLIK ]


Surat bantahan kehadiran 3 pegawai Singapura itu ke perhimpunan #BERSIH3.0 bagaimanapun telah dihantar ke Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Kedutaan Singapura oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia. 

Turut dinyatakan di dalam surat bantahan tersebut supaya Singapura tidak mencampuri sebarang urusan dalaman negara ini lagi demi menjaga hubungan baik 2 hala Malaysia - Singapura.
Selain itu Singapura turut didesak supaya pegawai- pegawai mereka yang terlibat di dalam Perhimpunan Bersih tempoh hari supaya ditarik balik daripada berkhidmat di Kedutaan Singapura di Malaysia dengan serta-merta dan kedutaan Singapura haruslah memohon maaf kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia.







So sekarang macamana yang sertai Perhimpunan Bersih haritu? Suka? Tidak tergugatkah sebenarnya keselamatan negara kita dengan campur tangan 'orang luar' di dalam isu dalaman negara kita. Sekarang siapa nak bertanggungjawab dengan isu ini? Ambiga pujaan korang tu? Haha. Lu Pikir La Sendiri!

P/S : Senang cerita angkat kaki jelah. Ni dah kira kene halau dah ni. Yang lain biar undang-undang yang selesaikan. 


MY SLIDESHARE UPLOAD