Friday, December 21, 2012

PANAS!! ANWAR BALUN NIK AZIZ!!


Nampaknya semakin jelas menunjukkan bahawa PAS telah tergelincir jauh dari landasan mereka.  Mungkin segelintir daripada kita masih samar-samar pasal hal ni.

Dari Blog MIM :

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa kerajaan PAS Kelantan kurang bijak mengendalikan isu kontroversi salun gunting rambut di negeri itu. 
Menurut beliau, pengurusan kes yang lemah di peringkat negeri menggambarkan seolah-olah pentadbiran kerajaan PAS tidak sensitif dengan cara kehidupan orang bukan Islam. 
Justeru Anwar menyarankan agar kerajaan Kelantan meneliti setiap perundangan yang mahu dikenakan ke atas pengusaha salun. 
"Saya setuju. Isu salun ini diuruskan dengan lemah di peringkat kerajaan negeri (Kelantan) sepertimana yang dinyatakan oleh Exco, kita perlu faham cara hidup orang Cina dan Pakatan Rakyat perlu sensitif dengan isu yang melibatkan mereka,” katanya pada sidang media hari ini. 
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebelum ini dibidas kerana mengambil tindakan saman terhadap pengusaha kedai gunting rambut yang membenarkan pekerja wanitanya yang bukan beragama Islam memotong rambut pelanggan lelaki yang juga bukan beragama Islam.
Setelah dikritik pelbagai pihak termasuk pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat, DAP, Exco Kerajaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan undang-undang berkenaan dibekukan buat sementara waktu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, M Manoharan dipetik sebagai berkata, kerajaan PAS perlu sensitif terhadap perasaan kaum bukan Islam yang menyatakan pendapat tentang tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Kata beliau, PAS tidak perlu mudah tertekan apabila ada pihak lain yang memberitahu tentang kesilapan yang dilakukan.“PAS tidak perlu berasa tertekan apabila ada pihak yang mengetengahkan kesilapan.  
Mereka mesti menjadi sanggup menerima,” kata Manoharan merujuk kepada kenyataan Takiyuddin yang mendakwa penyokong PAS Kelantan mempunyai “niat buruk” apabila memberi respon mengenai isu tersebut. selanjutnya ..

P/S : PAS SESAT! TAK LAYAK JADI PARTI ISLAM!

Tuesday, November 27, 2012

TS @MuhyiddinYassin Hentam Pembangkang Kaw-Kaw Kat #PAU2012 !!

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas parti pembangkang yang mengamalkan politik ultra perkauman, fahaman songsang dan memecah belahkan masyarakat hanya kerana mahukan kuasa.

Timbalan Presiden Umno berkata sejak lima dekad lepas, PAS dan DAP dilihat membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman di negara ini.

"PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci Umno.

DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka.

"Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan serentak Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini Selasa malam.

Muhyiddin berkata PKR pula, menerusi kenyataan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) secara jelas mengenengahkan ideologi songsang yang kononnya atas nama kemunculan politik baharu, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral.

"Dalam kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang sekalipun.

"Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuang ideologi songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama.

Misalnya, kumpulan yang memperjuang hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas," katanya.

Beliau berkata menerusi fahaman songsang itu juga, undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka.

"Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang naib presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain.

Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari'at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam," katanya. Timbalan Perdana Menteri menggesa anggota Umno supaya kemenangan berpihak kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jangan kita serahkan negara kita ini untuk diporak-perandakan oleh pembangkang.

"Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam Umno tidak boleh alpa. Ingatlah, Umno adalah parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam.

Bangkitlah menjadi benteng mempertahan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang," katanya.

Beliau berkata meskipun adakalanya diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan BN sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum dan kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

"Kita yakin rakyat akan terus bersama Umno dan Barisan Nasional untuk mempertahan nilai- nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang", katanya. Muhyiddin turut menyelar tindakan ketua pembangkang yang meminta campur tangan kerajaan asing untuk memastikan pilihan raya negara bersih, bebas dan adil.

"Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihan raya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional, dia tergamak meminta campur tangan asing dalam hal ehwal politik negara kita," katanya.

Beliau berkata itulah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya dengan awal-awal lagi membuat dakwaan pilihan raya di negara ini tidak adil.

Muhyiddin secara sinis meminta ketua pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan dalam PKR agar rakyat dapat melihat komen pemerhati asing mengenai PKR.

"Demokratikkah PKR apabila ketua pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi ketua umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti.

Perkara ini hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada ketua umum, presiden, timbalan presiden, naib presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR)," katanya.

Beliau berkata berbeza dengan Umno di bawah kepimpinan yang sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara dan menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan pembaharuan Umno sedang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. - BERNAMA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak Seru Semua Pengguna Twitter Gunakan Hashtags #DemiHarimauMalaya Untuk Naikkan Semangat Mereka!!

Piala AFF Suzuki sudah bermula. Saat yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia untuk melihat aksi wira-wira kita mewakili negara berentap bersama pasukan terhebat Asia Tenggara. Pada ketika inilah, seluruh rakyat Malaysia akan setia menonton setiap aksi pasukan Harimau Malaya sama ada menerusi televisyen mahupun menyaksikannya sendiri di stadium.

Seperti semua sedia maklum, pasukan Harimau Malaya merupakan salah satu bukti yang menunjukkan rakyat Malaysia sentiasa bersatu tanpa kira kaum. Setiap kali pasukan kebangsaan beraksi, pada setiap kali itu jugalah kita dapat lihat sokongan tidak berbelah bagi kepada para pemain kita. Ini sekali gus selari dengan semangat 1Malaysia!

Untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana ini, satu peraduan di Twitter diadakan dimana rakyat Malaysia boleh menghantar kata-kata semangat mereka kepada pasukan Harimau Malaya yang menjadi sumber inspirasi kepada kita semua. Kata-kata semangat itu perlu dihantar ke Twitter masing-masing dan ia harus dimulakan dengan #DemiHarimauMalaya. Mereka yang menghantar kata-kata semangat terbaik akan memenangi tiket perlawanan percuma pada setiap aksi pasukan kebangsaan. Salah seorang daripada mereka yang bertuah juga berpeluang memenangi jersi terbaru Harimau Malaya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD