Sebentar tadi pada jam 9.00 malam telah berlangsungnya satu ceramah bertajuk "KE MANA ISLAM MENJELANG 2013??" Oleh panel jemputan, Ustaz Fathul Bari. Ceramah ini telah dilangsungkan diperkarangan SK Assam Jawa, Kuala Selangor. (Gambar diatas)
Sambutan meriah telah diberikan oleh penduduk setempat. Lebih 1000 orang telah hadir membanjiri Dataran SK Assam Jawa ini. So, secara tak langsung majlis ini berjaya membuktikan bahawa penduduk negeri pembangkang ini semakin cenderung kearah 'yang sepatutnya'.
Disini, aku sharekan sedikit info walaupun tak dapat hadir ceramah tadi sebab aku berada jauh nun disana sekarang. Hehe :)
INFO : Topik perbincangan dalam ceramah ini membincangkan tentang unsur keislaman yang menyabitkan kepesongan/kesesatan PAS yang semakin melampau-lampau masa kini. Ni semua angkara Amanat Hadi la ni. Haha!
NASIHAT : Kita sebagai ISLAM perlu bijak berfikir untuk menilai siapa pemimpin yang harus dijadikan tunggak pentadbiran negara, sebab ISLAM tak pernah ajar kita untuk berpecah-belah kerana politik.. :)
P/S : TEPUK DADA, TANYA IMAN. KALAU TAK DAPAT, BUAT SOLAT ISTIQARAH :)
[ http://durhakaderhkala.blogspot.com/2013/01/hot-news-fathul-bari-ufb-gegarkan-kuala.html?m=1 ]
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, January 5, 2013
Friday, January 4, 2013
NINDIAAA.... BUKTI DAP RASIS!!
Nampaknya kerasisan DAP tak dapat dibendung lagi.. Hala macam ni la yang buat orang tak suka... (melayu jer tak suka).. Sebab tu melayu jadi macam bangla kat Penang... Ingat tu!!
Ubah Keputusan: Melayu Tetap Tiada Dalam Jawatankuasa Pusat DAP
Rumusan yang dapat disimpulkan hasil dari pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 pada pertengahan Disember 2012 lepas ialah parti chauvinist Cina itu masih tebal dengan sikap perkauman.
Ia terbukti benar kerana tiada seorang pun daripada 8 orang calon keturunan Melayu Islam termasuk seorang Melayu Celup yang berjaya menempatkan diri sebagai anggota CEC yang dipilih oleh perwakilan DAP.
Manakala wakil dari kaum India hanya seorang sahaja yang terpilih, sementara dua lagi pemimpin keturunan Sikh yang terpilih pula adalah anak beranak, selebihnya 17 orang lagi ialah pemimpin keturunan Cina termasuklah empat orang daripanya mempunyai hubungan kekeluargaan.
Melihat pada senarai baru anggota CEC yang terpilih itu jelas sekali ia bertentangan dengan propaganda DAP yang selama ini sering mendabik dada kononnya parti itu memfokuskan kepentingan berbilang kaum serta komited memperjuangkan dasar terbuka dan sama rata.
Menyedari impak negatif dari senario itu disamping kecaman oleh orang ramai, akhirnya DAP memutuskan untuk melantik dua orang pemimpin Melayu sebagai anggota baru CEC termasuk seorang Melayu Celup bernama Zairil Khir Johari.
Satu langkah yang tidak pun membantu memulihkan imej rasis DAP kerana lantikan itu bukannya pilihan majoriti ahli DAP, sebaliknya ia dilihat sebagai tindakan terdesak dengan mengangkat dua orang pemimpin Yes Bos dan Yes Sir yang akan senantiasa angguk-angguk sahaja.
Gagal dengan idea lantikan tersebut, akhirnya DAP mencipta rekod tersendiri apabila pergi lebih jauh dengan mengubah keputusan pemilihan rasmi oleh perwakilan parti semata-mata untuk menutup kritikan umum terhadap keputusan asal yang jelas menonjolkan sikap perkauman parti itu.
Tiba-tiba sahaja selepas dua minggu proses pemilihan berakhir, nama Zairil dipindah naik mencanak dari tempat ke 65 ke kedudukan 20 bagi memperlihatkan kononnya ada juga seorang pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli dan perwakilan DAP untuk menduduki CEC.
Usaha songsang DAP memanipulasi dan menipu proses pengiraan undi demi menaikkan nama Zairil tidak pun membantu parti itu. Macam tikus baiki labu jadinya. sambungan
P/S : SAPA PANGKAH DAP DIA BODO....
Thursday, January 3, 2013
@realDrMAZA , Please Jangan Buat @NajibRazak Geleng Kepala..
1. Dr Mohd Asri tidak patut memperlekeh usaha isteri Perdana Menteri menjawab serangan jahat pakatan yang terbukti gagal meyakinkan rakyat setiap kali serangan dilakukan.
2. Isteri PM berbeza dengan isteri Anwar Ibrahim kerana Rosmah bukan ahli politik seperti Wan Azizah.
Kerosakan imej PM bergantung kepada isteri beliau juga dan buku ini diharap dapat menjadi rujukan kepada orang yang mahukan kebenaran untuk menolak kebencian yang sedang dimainkan untuk meraih keuntungan dalam PRU akan datang.
3. Sebagai tokoh agama dan bergelar DR, beliau sepatutnya menggalakkan pembelian buku ini demi mencari fakta sebenar apa yang perlu diketahui.
4. Sekali lagi, tampak jelas agenda Dr Asri tidak jujur dan berbaur kepartian yang condong ke arah pembangkang yang suka maruah musuh diaibkan dengan berselindung di sebalik jubah dan serban.
5. Sesiapa yang masih menganggap Asri orang boleh diguna mereka akan dapati ia satu kesilapan. Jangan untuk seringgit kita rugi seribu ringgit. Kita masih ada ramai tokoh yang lebih hebat untuk membantu Kerajaan bukan hanya Asri seorang.
Source : http://www.penembak-tepat.com/2013/01/tweet-realdrmaza-larang-beli-buku.html?m=1

Subscribe to:
Posts (Atom)