Saturday, January 5, 2013

HOT! PRESIDEN MCA PERTIKAI KEBODOHAN DAP DALAM PEMILIHAN CEC!! #DAPracist

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempertikaikan ketelusan DAP yang mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan pemilihan jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu selepas dua minggu pemilihan berlangsung.

Beliau berkata insiden itu merupakan sesuatu yang pelik kerana kesilapan hanya membabitkan dua pemimpin dan bukan kesemua calon yang terlibat dalam pemilihan berkenaan.

"Apa yang lagi luar biasa ia melibatkan seorang Melayu, dan kerana kesilapan ini, dia (Zairil Khir Johari) dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat DAP. Adakah ia sengaja dilakukan supaya dapat memenuhi apa yang sering diperkatakan oleh DAP bahawa mereka adalah sebuah parti yang dikatakan pelbagai kaum, dan bukan sebuah parti yang dikatakan berasaskan kaum Tionghua?," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris Jumaat melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC pada Dis lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Dalam pada Dr Chua turut mempersoalkan kewibawaan DAP untuk mentadbir negara ini dan mengubah nasib rakyat yang berjumlah 28 juta, memandangkan pemilihan jawatan dalam parti yang hanya membabitkan 1,800 anggota, tidak dapat diuruskan dengan cekap, amanah dan telus.

"Saya rasa kecewa dan terperanjat terhadap apa yang berlaku dalam pemilihan parti DAP dengan slogan yang diutarakan oleh DAP ialah 'Ubah'. Kononnya DAP berwibawa dan mampu membuat perubahan kepada nasib dan membela nasib rakyat Malaysia.

"Tetapi dalam pilihan parti yang melibatkan hanya 1,800 anggota mereka melakukan kesilapan dan perkara ini didapati selepas dua minggu," katanya. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GILA!! DISURUH CERAIKAN BINI SEBAB MASUK UMNO??!! #PasSesat

Che Rokeman Musa, 39, menempuh saat paling mencabar kesabarannya apabila berulang kali didesak oleh mentuanya supaya menceraikan isterinya setelah dia meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO pada 2008.

Bapa kepada tujuh orang anak itu yang menetap di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini, menceritakan jika tidak kerana salah seorang anak kecilnya yang manja sentiasa menyejukkan hatinya dia tidak tahu bagaimana keadaan keluarga kini.

"Isteri saya menangis setiap kali mendengar gesaan keluarganya. Dia dalam keadaan tersepit apatah lagi hubungan kami mesra biarpun saya tidak boleh berikan kemewahan kepadanya. Mentua melihat saya tidak lagi layak menjadi suami kepada anaknya kesan gejala mengkafirkan UMNO.

"Syukurlah keluarga kami bertahan dan kekal bersama anak-anak," ujar Che Rokeman yang bertugas sebagai operator jentera berat ini. - UTUSAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GEMPAK!! WELL DONE @ustazfathulbari KERANA BERJAYA TAWAN HATI PENDUDUK KUALA SELANGOR!!

Sebentar tadi pada jam 9.00 malam telah berlangsungnya satu ceramah bertajuk "KE MANA ISLAM MENJELANG 2013??" Oleh panel jemputan, Ustaz Fathul Bari. Ceramah ini telah dilangsungkan diperkarangan SK Assam Jawa, Kuala Selangor. (Gambar diatas)

Sambutan meriah telah diberikan oleh penduduk setempat. Lebih 1000 orang telah hadir membanjiri Dataran SK Assam Jawa ini. So, secara tak langsung majlis ini berjaya membuktikan bahawa penduduk negeri pembangkang ini semakin cenderung kearah 'yang sepatutnya'.

Disini, aku sharekan sedikit info walaupun tak dapat hadir ceramah tadi sebab aku berada jauh nun disana sekarang. Hehe :)

INFO : Topik perbincangan dalam ceramah ini membincangkan tentang unsur keislaman yang menyabitkan kepesongan/kesesatan PAS yang semakin melampau-lampau masa kini. Ni semua angkara Amanat Hadi la ni. Haha!

NASIHAT : Kita sebagai ISLAM perlu bijak berfikir untuk menilai siapa pemimpin yang harus dijadikan tunggak pentadbiran negara, sebab ISLAM tak pernah ajar kita untuk berpecah-belah kerana politik.. :)

P/S : TEPUK DADA, TANYA IMAN. KALAU TAK DAPAT, BUAT SOLAT ISTIQARAH :)

[ http://durhakaderhkala.blogspot.com/2013/01/hot-news-fathul-bari-ufb-gegarkan-kuala.html?m=1 ]


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MY SLIDESHARE UPLOAD