Wednesday, January 30, 2013

Flag-Off #JelajahAnakMalaysia .. Good Luck!!!!



Dengan bertemakan TRANSFORMASI RAKYAT, dengan jayanya majlis pelancaran Jelajah Anak Malaysia dilancarkan SMK P8 (1) sebentar tadi.

Menurut Pengarah program, Sdr Shahar Abdullah "Anak muda kini sudah berubah..jika dahulu agensi menjadi medium mendekatkan antara rakyat dan kerajaan tetapi hari ini semuanya sudah berubah..anak muda kini sudah berubah..sekarang kita sedia menjadi medan perantara antara rakyat dan kerajaan..."

Kira-kira 200 mahasiswa dan belia seluruh negara akan menyertai siri jelajah ini yang bermula di Putrajaya dan akan berakhir di Putrajaya.. Tahniah!

#JelajahAnakMalaysia Merealisasikan Transformasi Rakyat! @NajibRazak


Program Jelajah Anak Malaysia yang bertemakan Transformasi Rakyat akan diadakan dari 30 Jan hingga 12 Mac ini bertujuan untuk memastikan anak muda dapat berkongsi pengalaman dan merasa sendiri denyut nadi rakyat di seluruh Malaysia.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, program tersebut turut mendapat sokongan daripada 46 NGO yang akan bersama menjayakan jelajah kali ini.

Menurutnya lagi, program itu akan dijalankan dalam tiga bentuk fasa iaitu 30 Januari hingga 16 Februari di Semenanjung Malaysia, 25 Februari hingga 3 Mac(Sarawak) manakala 5 hingga 12 Mac di Sabah.



Terdapat 11 kategori aktiviti ketika kami menjalani program tetapi program yang utama adalah Pusat Perkhidmatan Rakyat (Rakyat Service Centre).

Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menyokong gerakan anak muda ini dan berilah mereka peluang untuk merasai sendiri pengalaman bersama rakyat akar umni disepanjang perjalanan mereka.

Marilah sama-sama kita panjatkan doa semoga mereka berjaya dan terus berjaya kerana mereka inilah yang akan memimpin negara ini pada masa akan datang.

Credit to PDTM [KLIK]

UNTUK BACA LAGI ARTIKEL BERKENAAN JELAJAH ANAK MALAYSIA SILA KLIK [Sini]

Jangan lupa Follow link dibawah untuk LIVE UPDATE sepanjang program ini berlangsung :

Website Rasmi Jelajah Anak Malaysia : Klik [SINI]

Twitter Jelajah Anak Malaysia / hashtags #JelajahAnakMalaysia 
Facebook Jelajah Anak Malaysia 

Tuesday, January 29, 2013

DEAR #RCI : JANGAN JADI KAYU, SILA KUTIP 3 ORANG PATI INI UNTUK DIBICARAKAN.


Tak sangka golongan muka-muka suci dari kalangan parti pembangkang ini pun turut dipanggil untuk menghadap RCI. Aku ingatkan diorang ni semua 100% warganegara Malaysia sebab rajin sangat berceramah sana-sini untuk hasut rakyat membenci kerajaan. Antara salah seorang dari mereka ialah Ostad Si Badrul Amin. Dia adalah warga Indonesia, tetapi tinggal di Malaysia ni hanya untuk tumpang berkhalwat sahaja. Hehehe.

Dibawah ni aku petik serba sedikit dari blog My Massa :


1) Badrul Amin : Baca disini http://mymassa.blogspot.com/2011/08/gempar-siapa-pemimpin-pembangkang-yang.html

2) Lahirul Latigu : Baca disini http://mymassa.blogspot.com/2013/01/rci-ketua-pemuda-pas-sabah-pendatang.html

3) Zairil Khir Johari :Baca disini http://mymassa.blogspot.com/2013/01/panas-pemimpin-dap-mangsa-pertama-rci.html


MY SLIDESHARE UPLOAD