Showing posts with label RCI. Show all posts
Showing posts with label RCI. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

#RCISabah: WARGA ASING BERHUTANG RM 20 JUTA DENGAN MALAYSIA? KENAPA?


Warganegara asing berhutang RM21.67 juta bagi kos rawatan perubatan di Sabah sejak 2007 hingga 2012, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diberitahu pada Selasa.

Ketua Penolong Pengarah Kesihatan (Kawalan Penyakit Berjangkit) Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Maria Suleiman berkata jumlah hutang itu membabitkan kos rawatan perubatan kepada 42,092 warga asing daripada beberapa negara yang majoritinya dari Filipina dan Indonesia dalam tempoh lima tahun.

Dr Maria berkata jumlah RM21.67 juta itu sepatutnya dibayar oleh warga asing itu selepas mereka selesai menjalani rawatan perubatan di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini.

"Kutipan memang sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Sabah, bagaimanapun ketika diminta bayaran mereka tidak membayar. Apabila pihak Jabatan Kesihatan merujuk bayaran itu kepada alamat yang diberi oleh pesakit ketika mendaftar, mereka tiada di alamat tersebut, bila telefon, nombor yang diberikan tidak dapat dihubungi," katanya.

Saksi ke-75 itu berkata jumlah kos rawatan itu memang banyak berbanding jumlah RM7,723,839.23 yang sepatutnya dibayar rakyat tempatan di negeri ini dalam tempoh yang sama.

Dr Maria berkata jabatan itu juga membelanjakan RM200,000 pada 2011 bagi mengawal penyakit berjangkit di dua petempatan sementara di Kinabatangan dan Beluran bagi warga Filipina.

Ketika ditanya pegawai pengendali Datuk Azmi Arifin, saksi itu berkata antara tahun 2000 hingga 2011 seramai 1.3 juta iaitu 53.41 peratus warga asing mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital di Sabah.

Dr Maria juga berkata sejumlah 295,053 orang warga asing dalam tempoh 10 tahun itu mendapat rawatan sebagai pesakit dalam iaitu pesakit yang dimasukkan ke dalam wad.

Membacakan statistik dari Jabatan Kesihatan Sabah itu, Dr Maria berkata di klinik kesihatan di seluruh negeri ini pula seramai 327,302 orang pesakit luar warga asing mendapat rawatan manakala ibu mengandung pula seramai 491,071 dan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun seramai 472,452 dari 2000 hingga 2011.

Dr Maria yang berkhidmat di jabatan itu selama 22 tahun juga berkata seramai 122,882 kelahiran warga asing direkodkan jabatan itu pada tempoh sama.

Beliau berkata warga Indonesia yang paling ramai mendapatkan rawatan pesakit luar dan dalam di hospital antara 2010 dan 2011 iaitu 54,283 berbanding warga Filipina 45,790 orang.

Kepada soalan Azmi, saksi itu berkata jumlah pesakit warga asing yang ramai ini amat membimbangkan dan mendatangkan pelbagai masalah kepada Jabatan Kesihatan Sabah.

"Jumlah pesakit yang ramai ini amat membimbangkan selain membebankan kami (Jabatan Kesihatan Sabah). Kos rawatan juga meningkat. Ia juga membebankan kami kerana kami kekurangan doktor dan jururawat bagi merawat mereka," katanya.

Beliau berkata jumlah katil juga tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit sehingga pihak hospital terpaksa memasang katil sementara.

Selain itu katanya kebanjiran warga asing ini juga mengundang pelbagai jenis penyakit berjangkit antaranya campak, taun dan hepititis B.

Ditanya apakah dokumen yang warga asing itu bawa semasa mendapatkan rawatan, saksi itu berkata mereka mengemukakan pasport, permit kerja, IMM13 iaitu resit pengenalan sementara tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Menjawab soalan peguam pemerhati daripada Persatuan Undang-Undang Sabah John Sikayun mengapa hospital masih memberikan rawatan kepada warga asing sama yang tidak membayar kos, Maria menegaskan sebagai doktor, pihaknya tidak akan menolak pesakit yang datang mendapatkan rawatan.

Beliau berkata jika hospital tidak memberikan rawatan ketika itu, pesakit akan bertambah sakit dan kos rawatannya pula meningkat.

Terdahulu, Suruhanjaya itu juga diberitahu bahawa kerajaan membelanjakan RM614,355 bagi menanggung kos pengurusan tahanan juvana pendatang asing sejak 2007 hingga 2012.

Timbalan Penguasa Penjara Kota Kinabalu Kalbin Mohd Said memberitahu bahawa jumlah itu merupakan kos purata pengurusan tahanan juvana dari Filipina dan Indonesia di Sekolah Henry Gurney Keningau yang menempatkan juvana lelaki dan di Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu.

Saksi ke-62 yang dipanggil semula itu berkata bagi Sekolah Henry Gurney Keningau, kos keseluruhan bagi menanggung juvana itu dalam tempoh berkenaan ialah RM566,115 manakala di Sekolah Henry Gurney Wanita pula sebanyak RM48,180.

"Kos itu meliputi makanan, rawatan perubatan, tempat tinggal, pakaian, elektrik, air dan program-progam pemulihan bagi tahun 2007 hingga Oktober 2012," katanya pada prosiding RCI bagi menyiasat pendatang asing di Sabah.

Beliau berkata kos pengurusan itu bagi menanggung seramai 47 juvana lelaki dan 80 juvana wanita berumur antara 14 hingga 21 tahun.

Bagi juvana tempatan pula, Kalbin berkata seramai 861 ialah lelaki manakala 76 wanita yang ditempatkan di Sekolah Henry Gurney sejak 2006 hingga Oktober 2012.

"Mereka ditahan di situ atas beberapa kesalahan antaranya di bawah Akta Dadah Berbahaya, kesalahan jenayah mengikut Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api dan kesalahan lain,' katanya.

Beliau juga berkata sepanjang tempoh itu, tiada kematian direkodkan oleh juvana warganegara asing dan juvana warganegara Malaysia.

"Mereka juga diberikan program berbentuk akademik, vokasional dan industri," katanya.

Beliau menjelaskan apabila tempoh tahanan bagi rakyat tempatan tamat, mereka akan dibebaskan tanpa syarat manakala warga asing pula dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk proses pengusiran.

Prosiding di hadapan lima anggota panel yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong itu bersambung esok.

Panel itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Professor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J.Luping. - mstar

Sunday, February 3, 2013

#RCISabah : AKHIRNYA TERBONGKAR, ANWAR ADALAH DALANG SEBENAR??


Pada PRU ke-8 pada tahun 1990, kira-kira 5 hari sebelum Hari pembuangan undi. Parti PBS yang bermesyuarat di rumah Ketua Menteri di Seri Gaya, Kota Kinabalu telah mengambil keputusan keluar dari BN. Akhirnya, UMNO terpaksa masuk ke Sabah untuk membantu USNO yang menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan umat Islam dan Bumiputera Islam di Sabah ketika itu. Dalam kes ini, orang yang paling berjasa ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba, bukannya Anwar Ibrahim!

Kemudiannya, pada tahun 1994 berlangsung pula PRU peringkat negeri Sabah. BN Sabah yang diketuai oleh UMNO Sabah hanya kekurangan 2 kerusi untuk membentuk Kerajaan Negeri. Nafsu dan Kerakusan Anwar tiada siapa yang mampu mengatasinya! Anwar Ibrahim mengambil kesempatan kerana pada tahun 1995 akan berlangsung Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Lalu, Anwar Ibrahim membeli Lajim Ukin dengan diikuti oleh YB-YB PBS yang lain. Akhirnya hanya tinggal 5 orang YB PBS sahaja dalam parti PBS, yang lainnya semua dibeli oleh Anwar Ibrahim.

Idea membeli YB ini dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar Baba menentang cara ini, namun Anwar Ibrahim pandai "kelentong", akhirnya dibeli juga. Tumbanglah kerajaan PBS! Cara ini hendak diulangi Anwar Ibrahim pada tahun 16 September 2008. Malangnya, Anwar tak cukup duit kerana Anwar Ibrahim hanya meletakkan di mulutnya sahaja akan membayar YB si polan YB si polan sekiranya sanggup berhijrah. Namun, semua YB tahu Anwar kaki kelentong.

Dalam hal ini, Mantan TYT Sarawak memberitahu kami, Anwar Ibrahim turut memujuk anaknya supaya melompat parti ke PR. Juga gagal.

Keghairahan yang meluap-luap Anwar mahu menjadi TPM dan seterusnya PM dibayangkan dengan jumlah Undi Perwakilan UMNO Sabah daripada 20 bahagian.

Anwar menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan, dengan menghambur wang ke bahagian-bahagian dengan syarat Mencalonkannya sebagai Calon Timbalan Presiden UMNO. Walaupun di depan Kamera TV dan di hadapan Tun Ghafar Baba, Anwar mengatakan tidak akan bertanding. Benar kata Pak Lah semalam, "saya kenal betul Anwar Ibrahim, Kaki Pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain!".

Saturday, February 2, 2013

#RCISabah : Mahfuz Dan Malaysiakini Kantoi!! JPN Sahkan Mereka Menipu!!


Sebelum ni tak mahu mengaku sangat, sekarang JPN sendiri yang kantoikan korang sendiri. Dah lah menipu tak pandai.. Ops.. Lupa pula, YB Mahfuz kan belajar sampai PMR je. 

Dedahan: 

#RCISabah - JPN buktikan Mahfuz, Malaysiakini kantoi menipu? #PenipuRakyat

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah mendedahkan terdapat 5 keraguan pada surat pekeliling yang didakwa dikeluarkan oleh JPN berhubung pelupusan kad pengenalan yang tidak dituntut. 5 perkara yang diragui itu adalah:

1) letterhead menggunakan alamat Bahagian Pengurusan IT & komunikasi,

2) tajuk nombor rujukan yg dguna JPN.MK.(S) pada surat tersebut bukan nombor rujukan arahan Jabatan,

3) arahan Jabatan Bil.14/2012 juga didapati tidak wujud. Arahan terakhir dikeluarkn JPN adalah Arahan Bil.10/2012 iaitu brkenaan 'Pindaan kepada Arahan JPN Bil.9/2007,

4) Arahan Jabatan sebagaimana yg didakwa juga tak ditandatangani oleh Pengarah Bahagian serta tiada sbarang catatan b.p dan,

5) cetakn nama kementerian pada kaki surat merujuk kepada Kementerian Hal Ehwal Dlm Negeri.
- Tun Faisal

Friday, February 1, 2013

#RCISabah : Kalau Anwar Terlibat Secara Langsung Dalam Projek IC Sekalipun.. So?


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an.

Beliau berkata, walaupun Anwar tidak diberi arahan secara langsung namun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sering mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan lebih daripada yang diperlukan.

“Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan),” kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas). Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat. Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau “mempunyai pengetahuan” mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil. Anwar sebelum ini menafikan beliau terlibat dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk memberikan keterangan kepada suruhanjaya siasatan, jika dipanggil.

Anwar berkata sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak terlibat secara langsung dalam hal tersebut. Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebelum ini mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang tanpa izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan.

“Kita sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim… Semua masalah dalam negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Azmin.

Tuesday, January 29, 2013

DEAR #RCI : JANGAN JADI KAYU, SILA KUTIP 3 ORANG PATI INI UNTUK DIBICARAKAN.


Tak sangka golongan muka-muka suci dari kalangan parti pembangkang ini pun turut dipanggil untuk menghadap RCI. Aku ingatkan diorang ni semua 100% warganegara Malaysia sebab rajin sangat berceramah sana-sini untuk hasut rakyat membenci kerajaan. Antara salah seorang dari mereka ialah Ostad Si Badrul Amin. Dia adalah warga Indonesia, tetapi tinggal di Malaysia ni hanya untuk tumpang berkhalwat sahaja. Hehehe.

Dibawah ni aku petik serba sedikit dari blog My Massa :


1) Badrul Amin : Baca disini http://mymassa.blogspot.com/2011/08/gempar-siapa-pemimpin-pembangkang-yang.html

2) Lahirul Latigu : Baca disini http://mymassa.blogspot.com/2013/01/rci-ketua-pemuda-pas-sabah-pendatang.html

3) Zairil Khir Johari :Baca disini http://mymassa.blogspot.com/2013/01/panas-pemimpin-dap-mangsa-pertama-rci.html


MY SLIDESHARE UPLOAD