Friday, February 1, 2013

#RCISabah - Malaysia Kini Kantoi Lagi!! Kali Ini Berkomplot Dengan Mahfuz Omar Pulak?


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

"Saya bimbang kad pengenalan yang mereka kata hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Beliau mendakwa beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui satu surat arahan yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

SUMBER YANG MEMANG PENIPU : MALAYSIA KINI

kononnya dengan kewujudan surat rasmi berkepala Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pembangkang bijak memutar belitkan isu RCI yang melibatkan rakyat Malaysia di Sabah. Ini merupakan "The LAST SPIN " daripada PR Sabah yang semakin hari semakin ketandusan isu serta semakin kurang sokongan rakyat Sabah terhadap PR.

Alangkah tidak malunya Mahfuz Omar yang bebuat kenyataan Media sambil memegang dokumen palsu yng dicipta oleh mereka sendiri sambil memegang taiknya sendiri ditangan.

Jom baca apa pulak kata MENTERI ..


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said akan membuat laporan polis berhubung surat palsu yang mengarahkan pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

"Itu surat palsu. Ianya palsu. Tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan surat palsu.

"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya tidak mempercayai perkara yang dibuat oleh pihak tertentu. Ketua pengarah JPN juga akan membuat laporan polis hari ini," katanya.

Hishamuddin berkata demikian selepas mengadakan sidang media di majlis sambutan Hari Imigresen di Putrajaya hari ini.

Semalam, Mahfuz menuntut penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

Mahfuz mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah. -Sumber

Thursday, January 31, 2013

#TukarKelantan : Nik Aziz Kejam, Dia Patut Resign Segera.. Kesian Rakyat Kelantan Woi!!!


Jarang-jarang berlaku Menteri Besar Kelantan disambut dengan bantahan sebegini rupa. Ini adalah tanda rakyat Kelantan semakin meluat dengan pemerintahan PAS Kelantan. Ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap pelbagai perkara termasuk isu pemberian tanah seluas 10,526 ekar kepada cina DAP dan isu dakwaan tanah seluas 720 hektar di Kampung Sungai Raya, dekat Kuala Betis dirampas. Selain itu, kemarahan rakyat Kelantan semakin membuak-buak apabila PAS menggugurkan Ustaz Nasharuddin dari Majlis Syura PAS. Ini merupakan satu petanda bahawa PAS tidak selesa dengan pemimpin yang ingin menyatukan PAS dan UMNO. PAS semakin kritikal hari demi hari. Tiba masanya rakyat Kelantan membuat perubahan di PRU 13. Acu test BN pulok sepenggal! - Blog Tukar Kelate



Wednesday, January 30, 2013

Flag-Off #JelajahAnakMalaysia .. Good Luck!!!!



Dengan bertemakan TRANSFORMASI RAKYAT, dengan jayanya majlis pelancaran Jelajah Anak Malaysia dilancarkan SMK P8 (1) sebentar tadi.

Menurut Pengarah program, Sdr Shahar Abdullah "Anak muda kini sudah berubah..jika dahulu agensi menjadi medium mendekatkan antara rakyat dan kerajaan tetapi hari ini semuanya sudah berubah..anak muda kini sudah berubah..sekarang kita sedia menjadi medan perantara antara rakyat dan kerajaan..."

Kira-kira 200 mahasiswa dan belia seluruh negara akan menyertai siri jelajah ini yang bermula di Putrajaya dan akan berakhir di Putrajaya.. Tahniah!

MY SLIDESHARE UPLOAD