Friday, February 1, 2013

#RCISabah - Malaysia Kini Kantoi Lagi!! Kali Ini Berkomplot Dengan Mahfuz Omar Pulak?


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

"Saya bimbang kad pengenalan yang mereka kata hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Beliau mendakwa beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui satu surat arahan yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

SUMBER YANG MEMANG PENIPU : MALAYSIA KINI

kononnya dengan kewujudan surat rasmi berkepala Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pembangkang bijak memutar belitkan isu RCI yang melibatkan rakyat Malaysia di Sabah. Ini merupakan "The LAST SPIN " daripada PR Sabah yang semakin hari semakin ketandusan isu serta semakin kurang sokongan rakyat Sabah terhadap PR.

Alangkah tidak malunya Mahfuz Omar yang bebuat kenyataan Media sambil memegang dokumen palsu yng dicipta oleh mereka sendiri sambil memegang taiknya sendiri ditangan.

Jom baca apa pulak kata MENTERI ..


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said akan membuat laporan polis berhubung surat palsu yang mengarahkan pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

"Itu surat palsu. Ianya palsu. Tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan surat palsu.

"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya tidak mempercayai perkara yang dibuat oleh pihak tertentu. Ketua pengarah JPN juga akan membuat laporan polis hari ini," katanya.

Hishamuddin berkata demikian selepas mengadakan sidang media di majlis sambutan Hari Imigresen di Putrajaya hari ini.

Semalam, Mahfuz menuntut penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

Mahfuz mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah. -Sumber

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive