Tuesday, February 5, 2013

[VIDEO] : APAKAH ROYALTI? DISINI ADA JAWAPANNYA!! #TukarKelantan


Video Royalti yang diperjelaskan oleh DS Mustapha Mohamed ini sangat jelas untuk dipertontonkan kepada semua. Semoga video ini dapat membuka mata orang-orang yang masih benak hati untuk memahami apakah itu ROYALTI. Jom layan.


Daripada blog Tukar-Kelate :

Video penjelasan dari Tok Pa berdurasi 10.00 minit ini mungkin mampu membuka hati anak muda yang buta perut tidak mahu meneliti dan membaca mengenai undang-undang yang telah dipersetujui di antara kerajaan negeri Kelantan dan Petronas.


Oleh itu lapanglah dada dan ikuti penjelasan daripada Tok Pa, harap-harap penjelasan ini tidak mengusarkan NGOk 'R' selepas Presiden mereka kecut telur untuk menyahut cabaran debat oleh blogger kickdefella. Seterusnya ....

Sunday, February 3, 2013

#TukarKelantan : Nik Aziz Melompat Tengok Tok Pa Rasmi Jambatan Sultan Yahya Petra!!


Jambatan Sultan Yahya Petra II dibuka kepada pengguna jalanraya sekitar jam 6.30 petang oleh Dato Sri Mustapa Mohamed yang melakukan pelepasan sebagai simbolik pembukaan jambatan tersebut disaksikan beberapa pemimpin tempatan.

Pembukaan laluan sehala jambatan tersebut yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu itu dilihat mampu mengurangkan kesesakan lalu-lintas yang dialami oleh rakyat Kelantan sejak sekian lama.


Projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petramerupakan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan pusat untuk rakyat Kelantan sekaligus menafikan dakwaan kononnya Kelantan dianak-tirikan sebagaimana didakwa kerajaan negeri PAS Kelantan.



Jambatan ini mula boleh digunakan untuk laluan sehala, penulis tertanya-tanya apa yang terjadi dengan Jambatan Palekbang yang diumumkan pembinaannya oleh kerajaan PAS Kelantan kerana lebih 17 tahun ia masih belum siap sepenuhnya.

Bukan sahaja tidak siap sepenuhnya, batu asas projek jambatan tersebut kini dianggap 'tugu' keramat oleh pemuja-pemuja nombor ekor di Kelantan. 

SKANDAL ADUN DAP TERSEBAR!!


Berdasarkan salinan surat di atas, ADUN DAP Aulong, YB Yew Tian Hoe atau lebih dikenali sebagai YB Capik dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya sehingga dikatakan pembantu peribadinya yang hanya dinamakan sebagai Puan Lilian telah menjadi perempuan simpanannya.

Surat seperti di atas telah diedarkan secara meluas kepada penduduk-penduduk di Taiping secara pos terutama kepada kaum Cina. Setakat rencana ini ditulis, tiada laporan polis dibuat dan YB Yew masih lagi belum mengakui atau menafikan kebenaran surat berkenaan. Jangan selepas ini UMNO pula dipersalahkan seperti biasa sebagai pihak yang mengedarkan surat berkenaan.

Sumber

http://khairulryezal.blogspot.com/2013/01/surat-skandal-seks-adun-dap-aulong.html?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MY SLIDESHARE UPLOAD