Showing posts with label Taiping. Show all posts
Showing posts with label Taiping. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

AKHIRNYA... CATUAN AIR DI TAIPING DITAMATKAN.. DI SELANGOR BILA PULA?

Untuk foto lain, sila klik SINI
LAP tamatkan catuan air di Taiping, Kamunting Ahad ini

Lembaga Air Perak (LAP) menamatkan sepenuhnya catuan bekalan air di sekitar kawasan Taiping dan Kamunting berkuatkuasa Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata keputusan itu dibuat berikutan hujan yang berterusan di kawasan tadahan air sejak kebelakangan ini yang menyumbang kepada peningkatan bekalan air mentah ke Loji Rawatan Air Taiping Headworks dan Empangan Air Kuning.

"Empangan Air Kuning sudah menunjukkan aliran peningkatan dan sudah melebihi aras selamat 38 meter.

"Menerusi penamatan ini, tiada lagi catuan air berjadual di kawasan Taiping dan Kamunting," katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membenarkan catuan air secara berperingkat mengikut zon bermula 3 hingga 16 April dan boleh disambung jika keadaan memerlukan di kawasan Taiping dan sebahagian Kamunting berikutan paras air di Loji Rawatan Air Taiping Headworks yang merosot.

Zainol Fadzi berkata, di dalam tempoh pemulihan dalam beberapa hari ini, kemungkinan akan terdapat kawasan yang mengalami tekanan rendah terutama waktu puncak.

Beliau juga berkata, pengguna air di negeri ini khususnya di Taiping dan Kamunting dinasihatkan supaya berhemat dalam penggunaan air dan mengelakkan pembaziran. 

Katanya, langkah berjimat cermat dalam penggunaan air terawat akan membantu mengurangkan pengambilan air mentah dan boleh memanjangkan penggunaan air simpanan dalam empangan.

Sunday, April 6, 2014

[FOTO] CATUAN AIR TAIPING: SEBAK TENGOK PENDUDUK ANGKUT AIR, @ngakorming TAKKAN DIAM JE?


Taiping mencatatkan sejarah selepas 140 tahun, catuan air kepada penduduk setempat pertama kali dibuat! Catuan air tersebut diadakan selama dua hari secara berperingkat.

Semalam, 5 April 2014 hingga 6 April 2014 (hari ini) adalah catuan di kawasan sekitar Pengkalan Aur/Pokok Asam. Seksa beb!

Berikut adalah foto semasa agihan air oleh Lembaga Air Perak kepada penduduk yang terlibat.

Lokasi: Perumahan Awam Batu 2 1/2, Jalan Simpang, Taiping (Belakang Shell Jalan Simpang)





NGA KOR MENG DIAM JE?

Sunday, February 3, 2013

SKANDAL ADUN DAP TERSEBAR!!


Berdasarkan salinan surat di atas, ADUN DAP Aulong, YB Yew Tian Hoe atau lebih dikenali sebagai YB Capik dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya sehingga dikatakan pembantu peribadinya yang hanya dinamakan sebagai Puan Lilian telah menjadi perempuan simpanannya.

Surat seperti di atas telah diedarkan secara meluas kepada penduduk-penduduk di Taiping secara pos terutama kepada kaum Cina. Setakat rencana ini ditulis, tiada laporan polis dibuat dan YB Yew masih lagi belum mengakui atau menafikan kebenaran surat berkenaan. Jangan selepas ini UMNO pula dipersalahkan seperti biasa sebagai pihak yang mengedarkan surat berkenaan.

Sumber

http://khairulryezal.blogspot.com/2013/01/surat-skandal-seks-adun-dap-aulong.html?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MY SLIDESHARE UPLOAD