Saturday, March 2, 2013

KAMI ANGGOTA @PDRMsia BERSUMPAH TAKKAN UNDUR! #LahadDatu

''Kami org2 polis tdk akn berundur.. biar­ putih tulang.. jgn putih mata..'' 
Teringat kata2 terakhir salah seorang pejuang Bukit Kepong.. dan hari ini, semangat­ yg sama msih mengalir dlm diri kami.. kpd yg terus pertikaikan.. ucapkn lah seribu tohmahan, makian dan cercaa­n.. katalah apa shj semahu kalian.. yg nyata PERJUANGAN KAMI BUKAN SANDIWARA.. kam­i POLIS DIRAJA MALAYSIA.. siapa saja kerajaan yg memerintah, kpd­ mereka kami taati.. NYAWA YG MELAYANG KRN PERTAHANKAN NEGARA BKN SANDIWARA.. BUKAN LAKONAN.. BUKAN­ TEATER UTK TONTONAN KALIAN.. BERHIJAB LAH SEDIKIT BILA BERBICARA.. SAB­AH NEGERI DIBAWAH BAYU.. BIAR BAYU MENJADI TAUFAN.. TIDAK AKAN SEKALI KAMI SERAHKAN KALIAN KEPADA PETUALANG.. BIA­R BERMANDI DARAH.. BIAR HANCUR LUMAT TULANG BELULANG.. KAM­I PDRM DAN ATM, BUKAN SEBARANGAN.. kpd semua rakyat malaysia, meski kami xselalu dihargai.. meski jasa kami tidak terpandang.. tp­ ketahuilah.. andai kata petualang negara sudah berdiri dihadapan kamu menghunus senjata mengalirkn darah kalian.. ketahuilah bahawa darah kami sudah terlebih dahulu kering dimedan tempur.. dan utk itu, doakanlah­ yg terbaik untuk kami wahai teman wahai sahabat.. jgn terus memfitnah tanpa belas.. krn negara kami ikhlas.. krn negara kami tinggalkn segala kepentingan diri dan keluarga.. walaupun tiada penghargaan mampu diberi, hentikanlah mengeji.. jagalah hati keluarga kami.. terakhir kalinya, KAMI POLIS DIRAJA MALAYSIA.. Bukan polis beraja politik.. siapa pemerintah kpd mereka kami setia bersumpah.. JANGAN MEMPOLITIKKAN TUGAS KAMI.. fikir dgn akal yg waras.. Bukan menyukat dgn sukatan dangkal..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#Pray4VAT69 : @abby_abadi112 Nak Jadi Heroin Dalam 'FIlem Perang' ??


Si janda Abby Abady cuba menarik perhatian umum dengan mempolitikkan insiden yang belaku di Lahad Datu hari ini... Si janda meletakkan segala kesalahan dibahu kerajaan walhal segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan bertepatan dan bersebab untuk mengelakkan pertumpahan darah...

Malah si janda bersama Kit Siang dan Tian Chua cuba merendah-rendahkan semangat pasukan keselamatan serta anggota polis, selain berusaha memutarbelitkan kenyataan sebenar yang berlaku di Lahad Datu.

Si janda seolah-olah menutup mata dengan usaha dan pelbagai cara, kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina.

Namun semua pendekatan telah diambil untuk mengelakan pertumpahan darah, namun pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan. Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara.


Seharusnya si janda dan puak-puak pembangkang yang bangsat ini memberi sokongan kepada anggota-anggota yang terlibat dan bersimpati dengan mereka yang terkorban dalam insiden ini bukannya kutuk dan menyalahkan mereka..



Penyebaran berita secara tulus dan tiada rahsia seperti yang didakwa oleh si janda.... kepada si janda... kalau tak tahu apa-apa tolonglah tutup mulut, tak perlulah jadi heroin Lahad Datu... Ini bukan lakonan...

Penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.

Perdana Menteri telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi. 

Baca lagi banyak pendedahan di blog KAKI RAYAU KB

[VIDEO] : Berpuluh Ribu Rakyat Dan TPM Sedia Untuk #TukarKelantan !! #PRU13


Lawatan kedua TPM dalam masa sebulan ini membuktikan bahawa TPM kita betul-betul serius untuk TUKAR PAS kepada BN. Ini kerana beliau ambil berat tentang penderitaan yang menimpa rakyat-rakyat Kelantan sepanjang 23 tahun pemerintahan REJIM NIK AZIZ. Seramai puluhan ribu rakyat hadir memberikan sokongan kepada TPM semalam. Beliau juga ada mengumumkan bajet sebanyak RM300,000 untuk penambahbaikan masjid semasa ucapan beliau di Masjid Aril, Melor, KB, Kelantan. Untuk info yang lebih detail sila baca dibawah:

TUKAR KELATE :
Tan Sri Muhyiddin menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Aril, Melor. Rakyat tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin dengan lebih dekat. 
Tan Sri Muhyiddin bermurah hati untuk memberi peruntukan sebanyak RM 300,000 untuk membaik pulih bumbung Masjid Aril, Melor. 
 
Beliau juga bersama rakyat dalam Majlis Jamuan Rakyat Bersama TPM di Kg. Tegayong Melor. Kira-kira 3000 orang hadir untuk menjamu selera bersama YAB TPM. Sambungan ... 

MY SLIDESHARE UPLOAD