Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu Sabtu malam.
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.
Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.
Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.
Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.
Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.
-Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, March 3, 2013
Saturday, March 2, 2013
KAMI ANGGOTA @PDRMsia BERSUMPAH TAKKAN UNDUR! #LahadDatu
''Kami org2 polis tdk akn berundur.. biar putih tulang.. jgn putih mata..''
Teringat kata2 terakhir salah seorang pejuang Bukit Kepong.. dan hari ini, semangat yg sama msih mengalir dlm diri kami.. kpd yg terus pertikaikan.. ucapkn lah seribu tohmahan, makian dan cercaan.. katalah apa shj semahu kalian.. yg nyata PERJUANGAN KAMI BUKAN SANDIWARA.. kami POLIS DIRAJA MALAYSIA.. siapa saja kerajaan yg memerintah, kpd mereka kami taati.. NYAWA YG MELAYANG KRN PERTAHANKAN NEGARA BKN SANDIWARA.. BUKAN LAKONAN.. BUKAN TEATER UTK TONTONAN KALIAN.. BERHIJAB LAH SEDIKIT BILA BERBICARA.. SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU.. BIAR BAYU MENJADI TAUFAN.. TIDAK AKAN SEKALI KAMI SERAHKAN KALIAN KEPADA PETUALANG.. BIAR BERMANDI DARAH.. BIAR HANCUR LUMAT TULANG BELULANG.. KAMI PDRM DAN ATM, BUKAN SEBARANGAN.. kpd semua rakyat malaysia, meski kami xselalu dihargai.. meski jasa kami tidak terpandang.. tp ketahuilah.. andai kata petualang negara sudah berdiri dihadapan kamu menghunus senjata mengalirkn darah kalian.. ketahuilah bahawa darah kami sudah terlebih dahulu kering dimedan tempur.. dan utk itu, doakanlah yg terbaik untuk kami wahai teman wahai sahabat.. jgn terus memfitnah tanpa belas.. krn negara kami ikhlas.. krn negara kami tinggalkn segala kepentingan diri dan keluarga.. walaupun tiada penghargaan mampu diberi, hentikanlah mengeji.. jagalah hati keluarga kami.. terakhir kalinya, KAMI POLIS DIRAJA MALAYSIA.. Bukan polis beraja politik.. siapa pemerintah kpd mereka kami setia bersumpah.. JANGAN MEMPOLITIKKAN TUGAS KAMI.. fikir dgn akal yg waras.. Bukan menyukat dgn sukatan dangkal..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
#Pray4VAT69 : @abby_abadi112 Nak Jadi Heroin Dalam 'FIlem Perang' ??
Malah si janda bersama Kit Siang dan Tian Chua cuba merendah-rendahkan semangat pasukan keselamatan serta anggota polis, selain berusaha memutarbelitkan kenyataan sebenar yang berlaku di Lahad Datu.
Si janda seolah-olah menutup mata dengan usaha dan pelbagai cara, kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina.
Namun semua pendekatan telah diambil untuk mengelakan pertumpahan darah, namun pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan. Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara.
Penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.
Perdana Menteri telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.
Baca lagi banyak pendedahan di blog KAKI RAYAU KB
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
