Tuesday, March 5, 2013

#LahadDatu: UPDATE! KENYATAAN RASMI KPN!! #Pray4Sabah #PrayForSabah

Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo. - PDRM

#TukarKelantan [VIDEO] : PADAN MUKA @tianchua , ANAK MUDA KELANTAN BUAT REPOT POLIS PULAK!!!


Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian hari ini bertindak membuat satu laporan polis terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Naib Presiden PKR Tian Chua yang mendakwa UMNO terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu.


Anuar yang mewakili ahli pemuda UMNO Kelantan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian turut berkata ; "Kita tidak mahu beliau menuduh lagi UMNO terlibat dalang dalam insiden Lahad Datu, ini tuduhan yang melampau dan kami juga ingin memberitahu Tian Chua bahawa selama ini UMNO yang sentiasa mempertahankan keamanan."

Selain di Kelantan, laporan polis turut dibuat oleh beberapa pihak ekoran tindakan Tian Chua yang bersikap kurang ajar dan biadap selain menghina anggota-anggota PDRM yang terkorban dalam insiden tersebut.- TUKAR KELATE

Alamak! Harakah Buat Benda Bodoh Salah Siar Berita!! Shame!!


Patutlah kuat menipu akhabar rasmi PAS ini, rupa-rupanya penulisnya tu 'cetek akal'. Nampak sangat Harakah adalah sebuah akhbar yang menulis tanpa membuat apa-apa kajan dan fakta. MILF dan MNLF pun tak kenal? Sedangkan isu ini dah hampir seminggu dah berlegar-legar kat dalam browser kita ni. PENIPU! Penyokong PAS dah semestinya akan cakap gambar diatas ialah superimpose kan? Hahaha!

MILF adalah kumpulan berbeza dengan MNLF yang dipimpin Nur Misuari (yang dikaitkan dengan Anwar), walaupun berasal dari daerah yang sama, Mindanao. 
MILF juga tidak mengiktiraf kesultanan Sulu seperti mana yang dilakukan MNLF. 
Berita terbaru yang diterima laman ini menyebut, anggota tentera diraja Sulu yang dibunuh penduduk Kampung Sinalang Lama Kabogan semalam,sebenarnya adalah anggota MNLF yang dipimpin Misuari. 
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, Misuari telah memberi amaran akan menghantar anggotanya ke Sabah jika tentera diraja Sulu di Lahad Datu itu dicederakan atau dibunuh, ternyata Misuari mengotakan janjinya sekarang, tapi ia mendatangkan masalah yang sangat besar kepada Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri!! 
Dengan pengesahan mengenai penglibatan anggota MNLF dalam krisis di Lahad Datu ini, jentera dan media kawalan UMNO sudah tentu berpesta lana mengaitkan Anwar dengan insiden tersebut. 
Perkembangan terbaru ini menambahkan lagi kekusutan yang sedang berlaku sekarang dan kesilapan yang dilakukan Harakah ini adalah perkara terakhir yang laman ini mahu lihat berlaku dalam merangka strategi menghadapi putar belit UMNO/BN berhubung kaitan Anwar dengan kejadian ini. 
Agak merisaukan juga bila laman ini dimaklumkan bahawa, sehingga kini masih tidak ada respon yang sepatutnya dari Sekretariat Media Pakatan Rakyat cara yang sesuai untuk mematahkan hujah UMNO mengenai penglibatan Anwar dalam insiden ini. -Sumber

MY SLIDESHARE UPLOAD