Monday, March 11, 2013

#PrayForSabah: Patutla Hati Kering Sangat Nak Berperang, Pakai Tangkal Kebal Rupanya.. Puihh!!


Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 53 daripada mereka mati ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac lalu.

Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.

Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.

Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran.

“Pengganas berkenaan percaya pemakaian tangkal berkenaan menjadikan mereka kebal dan dapat mengalahkan pasukan keselamatan.

 SOURCE: HMetro

Sunday, March 10, 2013

Tahniah UMB Perak! Selamat Berjuang! @KhairyKJ @ZambryAbdKadir @tunfaisal @AzwanBro @Hairul_Own



Tahniah saya ucapkan kepada jentera Unit Media Baru (UMB) Negeri Perak kerana dengan jayanya dilancarkan pada hari ini. Semoga dengan 'mortar' baru naungan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz ini, kita dapat kekalkan pemerintahan BN di Perak. Faham-faham saja lah, pembangkang kan sampai sekarang masih tak boleh terima kenyataan bahawa Nizar tu dah turun kerusi MB. Hehehe. Apa-apa pun saya doakan semuanya berjalan lancar. Saya tak tahu nak menulis apa sebab saya tak ada di majlis perasmian sebab ada tugas hakiki yang kena selesaikan di Kelantan ni. So, saya copy sikit dari blog sahabat. Selamat berjuang semua!

Petikan dari blog KULAAN NIRING:

Tahniah!!! Ucapan tahniah KN ucapkan kepada negeri Perak dengan tertubuhnya UMB Perak pagi tadi di Ipoh, Perak. Majlis perasmian Kursus Simulasi Jentera Siber Pemuda BN Perak yang dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang juga merangkap Ketua Pemuda BN Negeri Perak, Khairul Azwan Harun. Majis perasmian turut juga dihadiri oleh Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz di samping Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur, Hairul Anwar yang turut hadir sama dalam majlis ini.  
KN dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur, Hairul Anwar secara rasminya telah dilantik menjadi Pengerusi UMB Negeri Perak dengan restu daripada Ketua Pemuda UMNO Perak. Tahniah KN ucapkan kepada Hairul Anwar di atas perlantikan ini. Dengan perlantikan ini KN rasa Hairul Anwar menggalas satu tanggungjawab yang amat besar dan berat kerana menjadi "Jeneral" kepada satu kumpulan tentera maya di bawah institusi Pergerakan Pemuda UMNO. 
KN rasa dengan suasana begitu hampirnya PRU13 yang bakal berlangsung bila-bila masa saja hanya menunggu pembubaran Parlimen oleh PM, Datuk Seri Najib kehadiran pasukan tentera maya ini yang juga merupakan sebahagian daripada jentera parti amat diperlukan bagi menguatkan lagi jentera BN negeri Perak dalam menghadapi peperangan yang begitu sengit dan mencabar ini tambahan pula BN Perak telah menghadapi detik-detik hitam dalam PRU12 lepas apabila BN Perak kalah kepada Pakatan Rakyat ketika itu. PRU12 pada tahun 2008 merupakan detik hitam dalam sejarah politik Perak bila BN Perak dikejutkan dengan kekalahan mengejut bila Perak juga ter"jerat"sama dengan Tsunami politik 2008. 
Selanjutnya...

#LahadDatu: nah! Ni Jawapan Untuk @n_izzah Yang Perlekehkan @PDRMsia !!!


Memang tak patut apa yang dikatakan oleh anak ketua pembangkang ini, Nurul Izzah. Kenapa perlu perlekehkan pasukan keselamatan (PDRM) yang bertungkus-lumus berjuang di Lahad Datu itu? Menurut video yang disiarkan, secara terang-terangan beliau telah membuat kenyataan tanpa fakta. Ini adalah sangat memalukan dan patut dicemuh oleh masyarakat sejagat. Disini, saya nak jawab sikit apa yang dikelentongkan oleh Nurul Izzah ini.

  • Pasukan Gerakan Am (PGA) ialah pasukan yang mempunyai tugas merangkumi tugasan-tugasan yang berat. Syarat untuk layak berada dalam unit ini adalah dengan menjalani Kursus Asas PGA selama 3 bulan. Kursus ini punyai latihan yang sangat 'tough' dan melaluinya telah diajarkan kepada anggota-anggota tentang asas-asas keselamatan dan fizikal yang kukuh. Kursus ini juga adalah merupakan syarat kelayakan untuk menjadi KOMANDO VAT 69.
  • Cawangan Khas (Special Branch) pula adalah satu unit risikan yang menjadi idaman bagi setiap anggota PDRM. Ianya mempunyai beberapa pecahan yang merangkumi semua aspek keselamatan dan kestabilan negara contohnya ekonomi, tatatertib, risikan keselamatan dan politik. Dalam isu pencerobohan Lahad Datu ini, seramai 4 orang dari unit ini telah terkorban ketika menggalas tugasan untuk membuat risikan tentang 'gerak kerja' dan straategi musuh. Untuk pengetahuan, dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga punyai unit risikan mereka tersendiri! 

Adakah kerana anda adalah penyokong Pakatan Rakyat (PR), anda terpaksa membenarkan apa yang YB Nurul Izzah katakan? Jawapannya TIDAK. Allah kurniakan setiap manusia akal fikiran yang sempurna untuk berfikir secara waras dan rasional. Jadi, jangan hanya membetulkan apa yang tidak betul. Saya cabar penyokong-penyokong PR yang tidak bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah ini, sila buat laporan polis. Buktikan kepada semua bahawa anda semua adalah 'Rakyat Malaysia'.