Memang tak patut apa yang dikatakan oleh anak ketua pembangkang ini, Nurul Izzah. Kenapa perlu perlekehkan pasukan keselamatan (PDRM) yang bertungkus-lumus berjuang di Lahad Datu itu? Menurut video yang disiarkan, secara terang-terangan beliau telah membuat kenyataan tanpa fakta. Ini adalah sangat memalukan dan patut dicemuh oleh masyarakat sejagat. Disini, saya nak jawab sikit apa yang dikelentongkan oleh Nurul Izzah ini.
- Pasukan Gerakan Am (PGA) ialah pasukan yang mempunyai tugas merangkumi tugasan-tugasan yang berat. Syarat untuk layak berada dalam unit ini adalah dengan menjalani Kursus Asas PGA selama 3 bulan. Kursus ini punyai latihan yang sangat 'tough' dan melaluinya telah diajarkan kepada anggota-anggota tentang asas-asas keselamatan dan fizikal yang kukuh. Kursus ini juga adalah merupakan syarat kelayakan untuk menjadi KOMANDO VAT 69.
- Cawangan Khas (Special Branch) pula adalah satu unit risikan yang menjadi idaman bagi setiap anggota PDRM. Ianya mempunyai beberapa pecahan yang merangkumi semua aspek keselamatan dan kestabilan negara contohnya ekonomi, tatatertib, risikan keselamatan dan politik. Dalam isu pencerobohan Lahad Datu ini, seramai 4 orang dari unit ini telah terkorban ketika menggalas tugasan untuk membuat risikan tentang 'gerak kerja' dan straategi musuh. Untuk pengetahuan, dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga punyai unit risikan mereka tersendiri!
Adakah kerana anda adalah penyokong Pakatan Rakyat (PR), anda terpaksa membenarkan apa yang YB Nurul Izzah katakan? Jawapannya TIDAK. Allah kurniakan setiap manusia akal fikiran yang sempurna untuk berfikir secara waras dan rasional. Jadi, jangan hanya membetulkan apa yang tidak betul. Saya cabar penyokong-penyokong PR yang tidak bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah ini, sila buat laporan polis. Buktikan kepada semua bahawa anda semua adalah 'Rakyat Malaysia'.
No comments:
Post a Comment