Pembangkang ceramah sana sini cakap kerajaan tak berikan ruang dalam kebebasan media untuk diorang. Tapi secara telusnya, kebebasan media yang dimiliki pembangkang memang sangat gempak. Contohnya, mereka punyai ruangan media massa khas untuk menyebarkan fitnah mereka seperti HARAMKAH, MELOYAKINI dan KELDAIAN DAILY. Tapi dalam sidang media yang berlangsung di Dewan Keadilan petang semalam ini, TV3 dan UTUSAN tidak dibenarkan masuk. Apahal? Mana kebebasan media korang???
P/S: Pembangkang kaki belit.. Bongok
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, March 27, 2013
#TukarKelantan: KENAPA SEKARANG BARU ULAMA NAK MENJAUHI PAS? KENAPA BUKAN DULU? #BoLaWeii
Agak tertanya-tanya juga kenapa baru sekarang ulama mula menjauhi PAS Kelantan.. Kenapa tak dari dulu? Kalau sejak dari dulu lagi ulama mula menyedari hakikat sebenarnya, sudah pasti tak ramai artis, ustaz-ustaz ataupun orang lain yang tersesat. Sambung baca bawah ni pulak untuk keterangan penuh:
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.
Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.
Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.
Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.
Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.
Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).
Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.
Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.
Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.
Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.
Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.
Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.
Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.
Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.
Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS. - MPP
Tuesday, March 26, 2013
Siapa Hebat? [LIVE Streaming] #WacanaSinar: Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi
Saksikan Live Streaming dari laman Warta Rakyat.
Link--> http://www.wartarakyat.my/live-streaming-wacana-sinar-artis-masuk-politik-kredibiliti-atau-pancing-undi/
Tarikh : 26 Mac 2013
Masa : 2:30ptg – 4:45ptg
L!VE Dari : Kompleks KarangKraf, Shah Alam
PANEL:
Zed Zaidi
Hairie Othman
Bob Lokman
Datuk Paduka Shuhaimi Baba
MODERATOR
Prof Madya A Razak Mohaideen
L!VE Dari : Kompleks KarangKraf, Shah Alam
PANEL:
Zed Zaidi
Hairie Othman
Bob Lokman
Datuk Paduka Shuhaimi Baba
MODERATOR
Prof Madya A Razak Mohaideen
Subscribe to:
Posts (Atom)