Monday, April 1, 2013

TIMBALAN MB KELATE KENA SAMAN RM1 JUTA SEBAB FITNAH ISU TANAH? #BoLaWeii


Tiada apa lagi yang boleh aku cakap. Cuma SATU sahaja. Kepada PAS Kelantan, kalau dah nak KANTOI gadai tanah tu, jangan SPIN isu!! Ini ada detail pasal sidang media yang berlangsung pagi tadi:

TARIKH DAN MASA:
1 April 2013 @ 10 Pagi

TEMPAT: Sutera Inn Cafe, Hotel Sutera Inn Prima, Kota Bharu.

TUJUAN: Kerana Timbalan Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan kenyataan di dalam Sinar Harian (17/03/2013) yang menyatakan bahawa gambar yang disiarkan adalah hasil dari pencantuman 2 gambar yang berlainan tempat (superimpose) untuk mengelirukan rakyat.

TINDAKAN: Dato Ahmad Yakob juga diminta untuk memohon maaf di atas keceluparan dan beliau dituntut supaya membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta di atas fitnah yang disebarkan yang menyebabkan reputasi dan kreadibiliti Wan Khairul Ihsan terjejas.

Saudara Wan Khairul Ihsan menunjukkan gambar yang dikatakan telah di 'Superimpose' untuk mengelirukan rakyat seperti yang didakwa Timbalan MB Kelantan.
Kenyataan oleh Saudara Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad: 
"Dalam laporan tersebut, Ahmad menuduh saya telah mencantumkan dua gambar dari tempat berasingan untuk mengelirukan rakyat, sedangkan saya sudah jelaskan lebih awal bahawa gambar-gambar ini diambil menggunakan teknologi terkini dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) yang memberikan koordinat serta lokasi tepat setiap gambar kita rakamkan.  
Gambar ini juga telah diserahkan kepada pihak pakar untuk dianalisa berdasarkan kelengkapan yang kita gunakan. Untuk apa saya berbohong, ini adalah isu rakyat dan kita dedahkan kerana mahu kerajaan negeri mengambil tindakan secepat mungkin menyelesaikannya. Tanah adalah hak rakyat dan bukannya hak pemimpin Pas. 
Saya telah meminta pihak peguam supaya menghantar notis permohonan maaf kepada Ahmad, jika beliau enggan memohon maaf kita akan mengambil tindakan undang-undang kerana kenyataannya telah menyebabkan pandangan buruk rakyat negeri ini terutama rakan-rakan serta ahli keluarga terhadap saya, ia amat memberi kesan"

Prof. Emeritus Abdul Latiff Mohamad, Apa Sudah Jadi?


Prof. Emeritus Dato Dr. Abdul Latiff  ialah seorang yang menyandang jawatan sebagai PENSYARAH di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dia sangat istimewa dan sohor dikalangan pelajar-pelajar beliau dan dia dianggap sangat 'istimewa' bagi aku sebab aku tengok muka Prof ni bersepah di laman sosial kerana didakwa bersifat kritikal terhadap kerajaan:

Screen Shot untuk korang sampaikan 'Salam Perkenalan' pada Prof ini
Beliau dikatakan telah menghasut pelajar-pelajarnya supaya tidak cenderung kepada kerajaan. Ini maknanya beliau adalah PRO-PEMBANGKANG. Memang tak dinafikan bahawa ini adalah hak beliau, TETAPI beliau salah kerana telah menggunakan pengaruh yang beliau ada kearah yang agak terpesong jalannya. Adakah beliau sedar bahawa gaji beribu-ribu yang beliau nikmati setiap bulan itu milik Kerajaan? Adakah beliau sedar bahawa kemewahan yang beliau miliki sekarang itu hasil dari kerajaan? Adakah beliau sedar bahawa anaknya membesar itu hasil dari kerajaan?

Beliau telah menggunakan laman sosial beliau untuk menghasut dan menggunakan kuasanya supaya dapat menarik golongan pelajar menyokong pembangkang. Anda nak jadi Ahli Politik Atau Pensyarah?




Gerak kerja 'kempen halus' ini pula bukan melalui ceramah-ceramah di pentas parti politik tertentu. Sebaliknya golongan ini hanya menggunakan platform media sosial bagi mempengaruhi para pengikut atau pelajar di bawah jagaannya.

Inilah yang dilakukan oleh Prof. Emeritus Dato Dr. Abdul Latiff di laman facebook miliknya, berdasarkan kiriman emel yang dihantar oleh mahasiswa UKM sendiri menyatakan hampir setiap hari Prof. Dr. Abdul Latiff bersikap kritikal terhadap apa jua cadangan dan keputusan yang diambil oleh -kerajaan malah ia juga sinis menyindir pemimpin kerajaan seperti PM. 


Sebuah laman blog hari ini mendakwa Prof. Emeritus Abdul Latiff Mohamad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan seorang individu yang bersikap kritikal terhadap kerajaan dan ia boleh dilihat menerusi facebook milik professor terbabit.

Artikel yang ditulis berdasarkan maklumat kiriman email dari seorang penuntut di UKM itu mendakwa, Prof. Dr. Latiff sering melemparkan komen-komen yang sinis menyerang kerajaan dan ia dilihat boleh membentuk persepsi buruk terhadap kerajaan di kalangan mahasiswa.

Berdasarkan pemerhatian Mymahasiswa menerusi laman facebook milik Prof. Emeritus Dato Dr. Abdul Latiff Mohamad memang benar terdapat komen-komen yang mempertikaikan setiap cadangan dan pengumuman yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Blog tersebut mendakwa, pendedahan yang dilakukan oleh beliau adalah satu tindakan yang adil, sebagai tindak balas terhadap perbuatan professor tersebut kerana melalui status dan komen yang disiarkan oleh seorang professor ia boleh menimbulkan persepsi yang tidak benar terhadap kerajaan di kalangan mahasiswa.

Anda semua tengok la sendiri betapa seronoknya beliau membangkang dari longkang:





WHAT SHOULD WE DO TO HIM?

Selanjutnya di SINI

Sunday, March 31, 2013

[VIDEO]: HOT!! GEJALA SUNDAL BERLELUASA DI KELANTAN!! APA NIK AZIZ BUAT??




Inilah slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM yang diagung-agungkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Tapi adakah ini sinonim dengan nama yang dibawa oleh mereka? Anda tengoklah sendiri bagaimana PAS Kelantan mentadbir negeri. Gejala SUNDAL, DADAH dan berbagai lagi berleuasa di Kelantan. Apa yang Rejim Nik Aziz lakukan. Saya tak salahkan budak-budak ini bersosial dan menjadi liar seperti diatas, tapi saya salahkan Nik Aziz kerana membiarkan kadar kemiskinan di Kelantan meningkat. Melalui temubual dengan rakyat Kelantan diatas, mereka mengakui bahawa mereka TAK CUKUP WANG. 

ADAKAH INI SALAH UMNO?