Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Saturday, November 16, 2013

#HududKelantan: PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS TERKEDU DAN MASIH DIAM TANPA RESPON? #TukarKelantan


Kenyataan TSAM dipetik dari laman facebook beliau sendiri, selepas Jabatan Kehakiman Syariei Kelantan bersedia untuk melaksanakan Hukum Hudud di Negeri ini.

Beliau yang merupakan seorang pemimpin UMNO telah menyatakan sokongan secara terbuka untuk Hukum Hudud itu dilaksanakan secepat mungkin di Kelantan.

Sehingga kini Kerajaan Pas Kelantan masih belum memberi sebarang respon/keputusan mengenai pelaksanaan Hukum Hudud di negeri Cik Siti Wan Kembang atau lebih dikenali dengan negeri Serambi Mekah.


Jika sebelum ini mereka lantang berkata bahawa UMNO menolak Hukum ALLAH, bagaimana pula dengan mereka? Adakah mereka hanya pandai berkata-kata tetapi takut untuk melaksanakannya? Walhal Jabatan Kehakiman Syariei Kelantan telah pun bersedia untuk melaksanakan Hukum Hudud di negeri ini. - Cheif Atiq


ISU NI PUN TAK JAWAB LAGI, PATUT LA DIAM.. HEHEHEHE


Thursday, November 14, 2013

TERKINI!! LAGI KES TEMBAK BERLAKU.. DI KELANTAN!!!


Untuk makluman terdapat 1 kes tembak di Tawang, Bachok pada jam lebih kurang 2120hrs tarikh hari ini...

Repot pertama berkait Tawang Rpt: 1448/13.. Butiran lanjut kes belum diperolehi..

Untuk makluman pembaca. Ini adalah kawasan yang sama berkait dgn kes tembak PK HEM SK Tawang 3 bulan lepas.

Wednesday, September 18, 2013

ARIFF HAKIMI CALON EXCO PEMUDA DARI KELANTAN @AriffHZ #AriffHakimi4Exco


Endorsement ini tepat dengan kriteria 'TRANSFORMASI UMNO & MEREMAJAKAN UMNO'..!! 

Tahniah buat sahabat saya dari Kelantan, Dr Ariff Hakimi Haji Zulkifli diatas 'Endorsement' oleh Ketua Pemuda Negeri kerana diberi kepercayaan dan persetujuan  untuk bertanding bagi menggalas jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia. Sekali lagi tahniah saya ucapkan kerana Saudara Ariff baru sahaja selesai melangsungkan majlis pertunangannya dengan 'gewe' pilihan. 

"SORRY DOC, KAWE TAK DAPAT HADIR!! JUST DAPAT UCAP TAHNIAH JER!!"

Selain itu juga, dia adalah seorang yang sangat aktif dan proaktif kerana amalkan prinsip 'pemimpin turun padang', Doc Ariff sering meluangkan masa bersama golongan mahasiswa bukan semata-mata kerana dia adalah Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), tetapi juga adalah kerana dia adalah individu 'feveret' orang muda atas sikap sporting dan terbuka. Kalau ikutkan, panjang lagi jari ni nak menaip kerana seronok menceritakan kejayaan sahabat. InsyaAllah, saya doakan semoga Saudara Ariff Hakimi Haji Zulkifli diberi peluang oleh perwakilan supaya dia dapat menggalas jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia. Amin


TUKAR KELATE:



" Sebelum ini beberapa sahabat penulis melontarkan persoalan siapakah yang bakal diketengahkan oleh barisan Pemuda UMNO Negeri Kelantan sebagai calon exco pergerakkan pemuda UMNO Malaysia dalam Pemilihan Agung UMNO 2013 nanti.


Akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila penulis dimaklumkan bahawa Ariff Hakimi Hj. Zulkifli merupakan calon yang dipersetujui dan diberi pengesahan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan Anuar Safian.


Ariff Hakimi atau dikenali sebagai Ariff di kalangan rakan-rakan merupakan ahli pemuda UMNO dari Bahagian Pasir Puteh merupakan Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan Pengarah Eksekutif Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) sebuah NGO yang terlibat dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di UiTM di bawah program Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB).

Tinggal tiga hari sebelum menjelang hari pencalonan, penulis melihat semakin ramai ahli pemuda yang tampil menawarkan diri bagi merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia sekaligus membuktikan bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang lebih terbuka berbanding pembangkang.

Berikut penulis sertakan sedikit profil Ariff Hakimi :






Nampaknya ahli akar umbi pemuda mempunyai banyak pilihan, kerana penulis dimaklumkan setakat ini lebih 60 borang telah diambil oleh individu-invidu yang ingin bertanding dalam pemilihan UMNO 25 September ini. "

Saturday, May 4, 2013

#TukarKelantan: SEBARKAN!! SENARAI LENGKAP 57 BONUS UNTUK PENDUDUK KELANTAN JIKA PENTADBIRAN diTUKAR!!!!!

Berikut disenaraikan 57 manfaat yang akan dinikmati oleh semua rakyat Kelantan Darul Naim jika pentadbiran negeri tersebut dapat di TUKAR!! 

SEBARKAN!!!!!!


AKU JANJI DATO' SRI NAJIB
1. PEMBINAAN LEBUHRAYA KUALA KRAI - KOTA BHARU.
2. STADIUM BARU.
3. KAMPUS BANDAR (UiTM) YANG BOLEH MEMUATKAN 5,000 PELAJAR.
4. MEMBINA MASJID IKON BERNILAI RM50 JUTA.
5. MENYELESAIKAN MASALAH AIR DALAM TEMPOH 5 TAHUN.
6. BERI TANAH KEPADA RAKYAT KELANTAN YANG LAYAK.
7. MEWUJUDKAN SISTEM PENGANKUTAN RAPID KOTA BHARU.
8. MEMBINA 1 JUTA RUMAH MAMPU MILIK.


IKRAR DATO' PA
9. TIDAK AKAN SESEKALI MEWUJUDKAN LESEN JUDI.
10. TIDAK SESEKALI MELULUSKAN LESEN ARAK SELAIN DARI YANG DILULUSKAN OLEH KERAJAAN PAS SEBELUM INI.
11. TIDAK AKAN SESEKALI MELULUSKAN LESEN-LESEN PUSAT HIBURAN.


SUMBANGAN KEPADA MASJID, SURAU, BALAISAH DAN PONDOK
12. GERAN PENYELENGGARAAN NAIK TARAF MASJID, SURAU DAN LALAISAH.
13. MENAIKAN GAJI / ELAUN IMAM, BILAL DAN SIAK.
14. PEMBERIAN ONE-OFF SEBANYAK RM1,000 KEPADA IMAM BALAISAH.
15. PEMBAYARAN ELAUN KEPADA GURU-GURU AL-QURAN DI KAMPUNG-KAMPUNG.
16. MENAIK TARAF SEKOLAH PONDOK.
17. ELAUN TETAP KEPADA GURU-GURU SEKOLAH PONDOK.
18. MENYEDIAKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT/PONDOK.

Sekadar Gambar Hiasan
PELUANG KEPADA WARGA KELANTAN MENUNAIKAN IBADAT HAJI
19. IBADAT HAJI PERTAMA SECARA PERCUMA KEPADA SEMUA IMAM, BILAL, SIAK MASJID, SURAU DAN BALAISAH.
20. IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA WARGA TUA YANG BELUM BERKEMAMPUAN MENUNAIKAN HAJI.
21. BANTUAN IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA PARA HAFIZ.
22. BANTUAN IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA PELAJAR-PELAJAR PONDOK TERPILIH.


PROGRAM PERUMAHAN UNTUK RAKYAT
23. 1,000 UNIT RUMAH MAMPU MILIK / MESRA RAKYAT BAGI SETIAP PARLIMEN.
24. PROGRAM PERUMAHAN UNTUK RAKYAT TERMISKIN DAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH.
25. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA 10,000.

Sekadar Gambar Hiasan
SUMBANGAN KEMATIAN / MALAPETAKA
26. SUMBANGAN KEMATIAN RM1,000.
27. BANTUAN BENCANA SEHINGGA RM5,000.
28. BANTUAN KEMALANGAN / KEMATIAN TRAGIS RM5,000.
29. TABUNG PENYAKIT KRONIK RM 30 JUTA.


SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN BELIA
30. HADIAH WANG TUNAI BERNILAI RM2,000 KEPADA PERKAHWINAN PERTAMA KEPADA YANG BERPENDAPATAN KURANG RM1,500
31. SUMBANGAN SETIAP KELAHIRAN CAHAYA MATA SEBANYAK RM100.
32. PELUANG PEKERJAAN SEBANYAK 30,000 DALAM TEMPOH 5 TAHUN.
33.DANA KHAS BANTUAN MODAL UNTUK BELIA DAN BELIAWANIS UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN.

Sekadar Gambar Hiasan
BANTUAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK
34. BANTUAN IBU TUNGGAL RM1,500.
35. BANTUAN ANAK YATIM RM300.
36. BANTUAN OKU RM1,500.
37. BANTUAN WARGA EMAS RM1,500.

Sekadar Gambar Hiasan
SUMBANGAN KEPADA PELAJAR MELANJUTKAN PELAJARAN DI IPT DAN PELAJAR CEMERLANG
38. IJAZAH PERTAMA RM1,500.
39. DIPLOMA RM1,000
40. MATRIKULASI / PRA UNIVERSITI / TINGAKATAN 6 RM800.
41. SUMBANGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG UPSR, SPM, SMU, STPM & STU.

Sekadar Gambar Hiasan
KEMUDAHAN DAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN PENIAGA
42. MENYEDIAKAN TAPAK PASAR MALAM YANG TETAP DI SETIAP DUN.
43. MEMBINA GRAND BAZAR DI KOTA BHARU.
44. MENGADAKAN KAWASAN PERNIAGAAN UPTOWN KOTA BHARU.
45. BANTUAN MOTOSIKAL RODA TIGA KEPADA PENJAJA.
46. MENYEDIAKAN KIOSK YANG LEBIH TERSUSUN UNTUK BELIA BERNIAGA.


HAPUSKIRA TUNGGAKAN CUKAI DAN SAMA

47. HAPUS KIRA TUNGGAKAN CUKAI HASIL TANAH.
48. HAPUS KIRA TUNGGAKAN BIL AIR AKSB.
49. HAPUS KIRA TUNGGAKAN SAMAN PARKING PBT.
50. HAPUS KIRA TUNGGAKAN CUKAI PINTU.
51. TIADA BAYARAN LESEN SAMPAN BAGI NELAYAN PANTAI.


GERAN KEPADA NGO
52. GERAN TAHUNAN KEPADA NGO YANG DIIKTIRAF SEBANYAK RM20 JUTA SETAHUN.

Contoh Kemudahan Asas

KEMUDAHAN ASAS
53. MENINGKATKAN KEMUDAHAN PRASARANA PELABUHAN TOK BALI, HUB PEMPROSESAN HASIL LAUT & MEMBINA PUSAT MEMBINA DAN MEMBAIKI KAPAL.
54. MENAIK TARAF JALAN-JALAN DALAM BANDAR UTAMA.
55. MENAIK TARAF BANDAR-BANDAR UTAMA TERMASUK MEWUJUDKAN BANDAR SATELIT KOTA BHARU DI KOK LANAS.
56. MELAKSANAKAN PROJEK TEBATAN BANJIR SUNGAI GOLOK DAN SUNGAI KELANTAN.
57. LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA DINAIK TARAF MENJADI HUB PENERBANGAN PINTU MASUK KE WILAYAH SERANTAU.

Sumber: RZ

Monday, April 22, 2013

#PRU13: #TukarKelantan !! BACHOK AKAN DIJADIKAN BANDARAYA ELIT JIKA ANDA PANGKAH BN


Barisan Nasional (BN) merancang untuk mengubah wajah daerah Bachok di Kelantan sebagai pusat pendidikan dan pelancongan sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon BN Parlimen Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, terdapat rancangan untuk mewujudkan sekolah berasrama penuh dan universiti di daerah itu pada masa akan datang.

"Rancangan ini adalah untuk melonjakkan ekonomi Bachok, yang pernah menjadi daerah kedua termiskin pada 1970an.

"Kita akan wujudkan sekolah berasrama penuh sama ada sekolah menengah sains atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau kedua-duanya sekali. Kita juga merancang untuk mewujudkan cawangan UiTM (Universiti Teknologi Mara).

"Bilangan pelajar yang ramai ini akan menjadi sumber ekonomi. Mereka dari luar, dan ini akan menarik minat orang ramai terutama ibu bapa untuk menginap di sini. Bachok mempunyai pantai yang cantik untuk dijadikan kawasan pelancongan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kg Nelayan Kandis dekat sini, Ahad.

Awang Adek berkata, pertumbuhan ekonomi yang akan dijana daripada sektor pendidikan dan pelancongan bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk penduduk tempatan.

Ditanya mengenai peluang BN untuk memenangi kerusi Parlimen Bachok pada PRU-13, Awang Adek berpendapat bahawa ia adalah lebih baik berbanding pada pilihan raya umum 2008.

"Ia adalah lebih baik berbanding pilihan raya 2008 kerana pelbagai sebab. Boleh saya katakan mood rakyat sekarang sudah berubah di Kelantan, bukannya di Bachok sahaja," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Awang Adek bertanding di Parlimen Bachok tetapi ditewaskan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dengan majoriti 2,901 undi.

Pada pilihan raya umum kali ini, Awang Adek akan bertembung satu lawan satu dengan Ahmad Marzuk Saari dari PAS bagi merebut kerusi Parlimen Bachok. - KOTA BHARU NEWS

Sunday, April 21, 2013

[VIDEO] #PRU13: SUASANA HANGAT HANGIT HANGUT SEKITAR PENAMAAN CALON!! #TukarKelantan

Berikut adalah suasana sekitar proses penamaan calon dijalankan. Tahun ini meriah berbanding penggal lepas, kerana semuanya dah sedar dan mahu.......

TUKAR!!!

Wednesday, April 17, 2013

#PRU13: TERKINI!! SENARAI NAMA CALON PAS #BoLaWeii KELANTAN!! #TukarKelantan #GelombangMerah

Berikut merupakan senarai nama calon-calon PAS yang bakal menjadi 'musuh' kepada calon-calon BN yang telahpun diumumkan semalam. Namun, pencalonan anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh di Pasir Mas berjaya menyerlahkan sifat kronisme yang dimiliki oleh MB Kerepot ini. Sifat seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang insan yang digelar 'ulamak' oleh pengikutnya.

p/s: Ulamak la sangat... Contoh: "Gabung dengan UMNO dosa besar, Gabung dengan DAP tak ada hal".... what the.............

[VIDEO] #PRU13: SUASANA KECOH KETIKA PENAMAAN CALON BN OLEH TOK PA!!


Berikut adalah video suasana 'kecoh' ketika majlis penamaan calon Barisan Nasional yang diadakan pada 16/04/2013 (semalam) di Wisma UMNO Kota Bharu. Suasana gimik menyulubungi Dewan semasa pengumuman nama-nama calaon diumumkan oleh Tok Pa kita.



Sila klik untuk besarkan imej






Friday, April 12, 2013

#PRU13: [VIDEO] KEJAM!! #RejimPAS SANGGUP SITA SEKOLAH PONDOK SEBAB DAPAT BANTUAN BN!! CELAKO!! #TukarKelantan #BoLaWeii


Alamak, PAS Kelantan buat hal lagi? Seriously kali ini memang melampau dan boleh dkategorikan sebagai BODOH!! PAS Kelantan telah sekat hak pendidikan sekolah pondok di Tumpat pulak. Apa nak jadi la PAS ni. Tak sangka Madrasah Al-Najmiah di Pondok Geting, Tumpat ini DISITA oleh REJIM PAS NAUNGAN NIK AZIZ semata-mata KERANA MADRASAH INI TELAH MENDAPAT DANA BANTUAN SEBANYAK RM 2 JUTA OLEH KERAJAAN PUSAT SEMASA LAWATAN TPM KESANA TAHUN LEPAS.

Nak dipendekkan cerita.. Ni kronologinya:
  1. Sejak azali, Tuan Madrasah ni (Ustaz Abdullah Sa'amah) penyokong PAS. Hampir 30 tahun dah madrasah ni bertapak kat bumi Kelate ni.
  2. Sebelum ini, Kerajaan PAS Kelantan tak pernah 'kacau' dia langsung walaupun ada binaan di madrasah ini didirikan tanpa geran.
  3. Sejak Ustaz ini declare sebagai penyokong BN dan dapat dana sebanyak RM2 Juta dari Kerajaan Pusat tahun lepas, madrasah ini sering disaman tanpa sebab dan yang terbaru bangunan 4 tingkat yang sedang dalam pembinaan (Hasil Dana Bantuan BN) DISITA!!
Yang peliknya, banyak pusat karaoke haram masih beroperasi, kenapa tak sita? 


Konklusi: REJIM PAS KEJAM TAHAP BANGANG, BUTA PERUT, TAK FIKIR MASA DEPAN PENDUDUK.

Berhubung tindakan Majlis Bandaran Tumpat yang menyita sekolah pondok tempoh hari, kami bertindak melawat Tok Ayah Haji Lah untuk mendapatkan kepastikan kes tersebut. 
Memang benar, bangunan sekolah pondok yang dibina untuk anak-anak Islam mendalami ilmu agama telah disita hanya kerana mengkritik Islam palsu yang dibawa oleh PAS. 
Penulis berasa hairan, kenapa sekolah pondok yang dipilih untuk disita tetapi port-port karaoke dibiarkan terus beroperasi walaupun pelbagai pendedahan dibuat oleh media massa. Bagi mendapatkan kepastikan sebaik sahaja pulang dari Tumpat. 
Kami cuba melawat karaoke yang didedahkan sebelum ini, kerana pada hari pendedahan blog ini tempoh hari, pusat tersebut ditutup. Anehnya kunjungi kami kelmarin mendapati ia masih beroperasi tanpa sebarang tindakan. 
Macam yang penulis katakan sebelum ini, asalkan kita sokong PAS bukan sahaja karaoke, pusat pelacuran pun PAS akan halalkan. 
Tengoklah gelagat pak lebai PAS yang syok menyanyi. 
SETERUSNYA

Wednesday, April 10, 2013

#PRU13: SIAPAKAH NIK AZIZ SEBENARNYA? NAH.. BACA NI!! #TukarKelantan #BoLaWeii

Siapakah Nik Aziz? Adakah kita hanya kenal dia hanya sebagai Menteri Besar? Atau lebih daripada itu? Baca artikel dibawah:

Dipetik dari PERIGI TIMUR:


Nik Aziz adalah seorang ulamak.Beliau mempelajari ilmu syariat, tarikat,hakikat malah sampai hingga ke ilmu makrifat. Keempat-empat ilmu tersebut adalah ilmu yang amat baik, malah kebanyakan ulama yang juga pejuang Melayu yang menentang penjajah di Tanah Melayu ini belajar keempat-empat ilmu tersebut. 

Tetapi sayang sekali, beliau terlupa yang beliau juga manusia yang membawa sifat baharu (kadangkala membuat kesilapan). Oleh kerana telah menguasai (kononnya) keempat-empat ilmu tersebut, beliau telah diperdaya oleh Syaitan.

Tanpa beliau sedar beliau telahpun menyaluti tubuh beliau dengan selendang riak dan mengangkat diri beliau sebagai Mursyidul Am kepada Parti Islam Se-Malaysia (pada zahirnya) atau Parti Agama Setan (pada batinnya).

Beliau mungkin lupa bahawa Mursyid(ul) itu mestilah diimbangi oleh sifat Siddiq. Tanpa disedari juga, dibeliau telah mengabdikan diri kepada Agama Setan dan bertindak menjadi agen kepada Dajjal Besar yang akan muncul pada akhir zaman.

Menggunakan Agama Islam sebagai "air" untuk memberi minuman kepada umat Islam yang dahaga.(dahagakan ilmu ugama-Sila rujuk modus operandi Dajjal dalam menyesatkan manusia)

Menggunakan platform dirinya yang digelar "ulamak" (ular dalam semak lebih tepat) beliau telah berjaya menyesatkan berpuluh ribu umat Islam di Malaysia yang bernaung dibawah Parti Agama Setan.(PAS)

Beliau dengan rakusnya telah megeluarkan fatwa "Undi PAS masuk syurga" Fatwa ini telah menyebabkan para pengikutnya terpengaruh dan menolak sesiapa sahaja yang tidak menyertai mereka. Pengaruh Dajjal kecil ini telah pun meracuni pemikiran pelajar-pelajar sekolah melalui guru-guru sekolah yang juga kebanyakannya diracuni semasa mengikuti pelajaran di maktab-maktab, kolej-kolej dan universiti-universiti di negara ini.

Terbaru, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.

Semakin melalut dalam ceramahnya pada majlis Pra himpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.

“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya.

Melengkapi Kerajaan Syaitan di Malaysia ini adalah apabila beliau turut menyokong DAP sebuah parti serpihan dari PAP (Singapura) yang mana negara tersebut dilengkapi dengan kepakaran dari MOSSAD sebuah agensi perisikan dari ISRAEL!!! Lihat saja reaksi kurang ajar Lee Kuan Yew apabila Pakatan Rakyat(kononnya) menawan 5 negeri pada pilihanraya yang lalu... Beliau terus mengunjungi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (kononnya).

Pada zaman baginda, Nabi Musa AS dan pengikut baginda diuji Allah dengan pemimpin seperti Firaun. Dan sekarang umat Islam, umat Nabi Muhammad SAW di Malaysia diuji berhadapan dengan pendusta agama seperti PAS. Semoga kita semua mengambil contoh perjuangan Nabi Musa AS. Perjuangan berhadapan dengan pendusta agama PAS ini sesungguhnya pasti memakan masa yang lama. Ia tidak akan berakhir pada PRU13 ini. Bersabar dan teruskan menentang fahaman songsang PAS sehingga zaman kegemilangan Islam kembali seperti zaman Nabi SAW dan para sahabat.

AL-KISAH YANG SINONIM DENGAN RIWAYAT HIDUP NIK AZIZ:

KISAH DUIT NOTE RM1 DAN NOTE RM100
Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. 
Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual: 
Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?" 
RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" 
RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet." 
Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"RM100 menjawab; "Belum pernah" 
RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat." 
Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

p/s: HOPE KISAH INI DAPAT MEMBERI PANDUAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMBACANYA, ESPECIALLY PUAK-PUAK PAS. 

Tuesday, April 9, 2013

[VIDEO] PRU13: RAKYAT MENDERITA, TAPI NIK AZIZ SIBUK CALONKAN KRONI!! #TukarKelantan


Video ini telah dirakam khas bagi membuka mata semua rakyat Malaysia, especially rakyat KELANTAN supaya dapat membuka mata dengan kesusahan yang menimpa penduduk Pasir Mas. Saksikan dulu:


Mungkin kita dengar Pasir Mas itu ialah tempat tersohor kerana telah melahirkan ramai 'orang-orang top'.. Contohnya macam Neelofa...


Tapi adakah kita pernah nampak dan pernah ambil tahu dengan kesusahan yang menimpa mereka? Sudah tentu jawapannya TIDAK.

Ada beberapa persoalan dek 23 pemerintahan PAS di Kelantan iaitu dibawah naungan Rejim Nik Aziz:
  1. PERNAHKAH NIK AZIZ AMBIL TAHU TENTANG NASIB PENDUDUK NEGERI PEMERINTAHANNYA?
  2. ADAKAH NIK AZIZ PERNAH ADA PERASAAN MAHU MENGUUBAH NASIB RAKYATNYA?
  3. ADAKAH NIK AZIZ MASIH LAYAK MEMERINTAH NEGERI KELANTAN JIKA BELIAU TIDAK MAHU MEMBUAT PERUBAHAN?
Jika sudah 23 tahun pun Nik Aziz masih tidak mampu mentadbir negeri sendiri.. So, jelaslah.. PRU-13 ini masa yang tepat untuk TUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN KEPADA BARISAN NASIONAL!!!!


Monday, April 8, 2013

[FOTO] #PRU13: #TukarKelantan BIADAP!! NIK AZIZ HINA NABI MUHAMMAD!! #GE13

BIADAP DAN MEMANG BIADAP!!! NAMA SAJA 'ULAMAK', TAPI HINA NABI SENDIRI. TENGOKLA SENDIRI GAMBAR DIBAWAH:





TUNGGU.. ADA LAGI LEPAS NI.....

Friday, April 5, 2013

4000 RAKYAT HADIR TOLAK NIK AZIZ!! IT'S TIME TO #TukarKelantan!!


Satu Majlis Solat Hajat Pertahankan Kalimah Allah telah diadakan malam semalam bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh.

Majlis tersebut bermula degan solat maghrib, solat hajat, bacaan yasin, solat Isyak dan seterusnya disambung dengan sesi ceramah.

Jumlah hadirin yang hadir ke majlis tersebut mencecah angka 3000 orang dan mereka tidak berganjak dari tapak ceramah sehingga tamat majlis.

Timbalan Penyelaras DUN Kok Lanas, Ustaz Kamarudin bertindak sebagai pengacara majlis pada sesi ceramah.

Antara penceramah-penceramah yang hadir adalah Ketua Pembangkang Kelantan yang juga merupakan ADUN Kok Lanas, YB Dato Hj. Md Alwi, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan Abdul Rahman sebagai penceramah utama.

YB Dato Hj. Md. Alwi memulakan ceramah dan berbicara soal Lahad Datu. Beliau menekankan peranan yang telah dimainkan kerajaan dan anggota keselamatan dalam mempertahankan negara. Seperti biasa, Ketua Pembangkang Kelantan ini lantang menyampaikan ceramah sehingga baju yang dipakainya dibasahi keringat.

Ceramah kemudian diteruskan oleh Tan Sri Annuar Musa. Beliau menekankan soal hudud yang dipolitikkan Pakatan Pembangkang terutamanya PAS.

Beliau berkata PAS tidak melakukan apa-apa yang dapat memanfaatkan rakyat selama 23 tahun memerintah Kelantan, sebaliknya mereka hanya seronok berceramah dan bukannya cakna kepada rakyat.

Beliau menyeru rakyat Kelantan supaya tidak memilih PAS kerana parti itu bersekutu dengan DAP. Tambah beliau, PAS kononnya mempertahankan Islam tetapi DAP pula mempertahankan pendirian mereka iaitu tidak mahukan negara Islam. Dahulunya PAS juga yang menentang usaha kerjasama dengan kafir, tetapi selepas itu PAS pula yang bersama DAP. Selepas bergabung dengan DAP, Islam sewenang-wenangnya dipermainkan. Hukum hudud ibarat alat politik yang digunakan untuk meraih undi.

Beliau juga mengkritik PAS apabila menyentuh projek Stadium Bukit Merbau yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Stadium itu dijanjikan mula dibina pada Mac 2012, tetapi seringkali ditangguh sehingga sekarang. Apabila menyedari PRU semakin hampir, barulah majlis pecah tanah diadakan.

Hal yang sama berlaku kepada projek Lebuhraya Rakyat. Derma dikutip, batu asas dilancarkan tetapi projek entah ke mana, wang kutipan derma juga entah ke mana. Projek-projek terbaru yang diumum PAS cuma sekadar idea ikut terlintas.

Selain itu, beliau juga berkata orang melayu Islam sememangnya bijaksana sejak dahulu lagi. Contohnya ketika era Melaka, orang melayu mampu berdiplomasi dengan negara China walaupun Melaka cuma sebuah negeri kecil. Negara kita merdeka tanpa peperangan hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu berunding dengan British. Apakah mungkin segalanya yang kita kecapi akan lesap sekelip mata jika kita tersalah membuat pilihan pada PRU yang akan datang? Ingat, membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata.

Tambah beliau lagi, kerajaan pusat sentiasa berlaku adil kepada negeri Kelantan. Walaupun BN tidak diberi mandat untuk memerintah Kelantan, namun rakyat Kelantan tetap dapat hidup selesa, bekerja dan mengerjakan umrah hasil kesejahteraan yang dibawa oleh kerajaan pusat.

Tan Sri Annuar Musa turut menyentuh isu Lahad Datu . Kata beliau, jeneral yang bersara sebelum ini kini lantang mengkritik langkah kerajaan dan anggota keselamatan di Lahad Datu dan berada di pentas politik parti pembangkang kerana kecewa. Mereka tidak mengkritik apa-apa semasa memegang jawatan tetapi hanya bising selepas bersara.

Sebelum menutup ceramahnya, beliau menyeru rakyat Kelantan supaya bijaksana dan memilih BN. Katanya, selamatkanlah negara ini dari pemerintah yang mensyirikkan Allah, pemimpin yang menyokong LGBT dan juga pemimpin yang menolak hak keistimewaan melayu.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu para hadirin adalah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rujhan Abdul Rahman. Beliau mendapat sambutan hebat di siri-siri ceramah PENDITA di seluruh Kelantan. Beliau kini menjadi ancaman besar kepada PAS sehingga PAS terpaksa menyerang peribadi beliau bagi menjatuhkan integriti beliau.

Seperti biasa, Ustaz Rujhan mengkritik PAS berlandaskan fakta-faka dan dalil-dalil Al-Quran. Turut ditekankan adalah isu kalimah Allah yang digadai oleh Pakatan Pembangkang demi mencapai agenda ke Putrajaya.

Kata beliau, kalimah Allah telah diputar belit oleh PAS termasuk Nik Aziz. Kalimah Allah dijadikan seperti bola, boleh ditendang ke sana sini, sekejap boleh digunakan oleh orang bukan Islam, sekejap tidak boleh. Ini menunjukkan PAS tidak konsisten dalam mempertahankan agama Islam.

Untuk gambar-gambar sekitar majlis boleh klik [SINI]

Monday, April 1, 2013

TIMBALAN MB KELATE KENA SAMAN RM1 JUTA SEBAB FITNAH ISU TANAH? #BoLaWeii


Tiada apa lagi yang boleh aku cakap. Cuma SATU sahaja. Kepada PAS Kelantan, kalau dah nak KANTOI gadai tanah tu, jangan SPIN isu!! Ini ada detail pasal sidang media yang berlangsung pagi tadi:

TARIKH DAN MASA:
1 April 2013 @ 10 Pagi

TEMPAT: Sutera Inn Cafe, Hotel Sutera Inn Prima, Kota Bharu.

TUJUAN: Kerana Timbalan Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan kenyataan di dalam Sinar Harian (17/03/2013) yang menyatakan bahawa gambar yang disiarkan adalah hasil dari pencantuman 2 gambar yang berlainan tempat (superimpose) untuk mengelirukan rakyat.

TINDAKAN: Dato Ahmad Yakob juga diminta untuk memohon maaf di atas keceluparan dan beliau dituntut supaya membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta di atas fitnah yang disebarkan yang menyebabkan reputasi dan kreadibiliti Wan Khairul Ihsan terjejas.

Saudara Wan Khairul Ihsan menunjukkan gambar yang dikatakan telah di 'Superimpose' untuk mengelirukan rakyat seperti yang didakwa Timbalan MB Kelantan.
Kenyataan oleh Saudara Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad: 
"Dalam laporan tersebut, Ahmad menuduh saya telah mencantumkan dua gambar dari tempat berasingan untuk mengelirukan rakyat, sedangkan saya sudah jelaskan lebih awal bahawa gambar-gambar ini diambil menggunakan teknologi terkini dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) yang memberikan koordinat serta lokasi tepat setiap gambar kita rakamkan.  
Gambar ini juga telah diserahkan kepada pihak pakar untuk dianalisa berdasarkan kelengkapan yang kita gunakan. Untuk apa saya berbohong, ini adalah isu rakyat dan kita dedahkan kerana mahu kerajaan negeri mengambil tindakan secepat mungkin menyelesaikannya. Tanah adalah hak rakyat dan bukannya hak pemimpin Pas. 
Saya telah meminta pihak peguam supaya menghantar notis permohonan maaf kepada Ahmad, jika beliau enggan memohon maaf kita akan mengambil tindakan undang-undang kerana kenyataannya telah menyebabkan pandangan buruk rakyat negeri ini terutama rakan-rakan serta ahli keluarga terhadap saya, ia amat memberi kesan"

Sunday, March 31, 2013

[VIDEO]: HOT!! GEJALA SUNDAL BERLELUASA DI KELANTAN!! APA NIK AZIZ BUAT??




Inilah slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM yang diagung-agungkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Tapi adakah ini sinonim dengan nama yang dibawa oleh mereka? Anda tengoklah sendiri bagaimana PAS Kelantan mentadbir negeri. Gejala SUNDAL, DADAH dan berbagai lagi berleuasa di Kelantan. Apa yang Rejim Nik Aziz lakukan. Saya tak salahkan budak-budak ini bersosial dan menjadi liar seperti diatas, tapi saya salahkan Nik Aziz kerana membiarkan kadar kemiskinan di Kelantan meningkat. Melalui temubual dengan rakyat Kelantan diatas, mereka mengakui bahawa mereka TAK CUKUP WANG. 

ADAKAH INI SALAH UMNO?

Friday, March 15, 2013

HEBAT! Beratus-ribu Rakyat Bersama PM @NajibRazak Tuntut #TukarKelantan !!! #Najib4PM


Pagi tadi, PM kita DS Najib Tun Razak dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selamat mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lebih kurang jam 0900HRS.


Pada jam 1000HRS, PM kita telah diiringi oleh Tok Pa dan Datuk Makhtar Mustapha iaitu Pengarah Jabatan Pembanguban Perseketuan Negeri Kelantan ke MRSM Kuala Krai untuk bersama masyarakat disana di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Selepas tamat majlis di MRSM Kuala Krai, beliau telah ke Masjid Batu 11, Tanah Merah menunaikan sembahyang Jumaat bersama rakyat dan diikuti dengan Jamuan Rakyat yang berlangsung pada pukul 1500HRS di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1.


Sekarang ini jam 1700HRS, PM akan ke Kota Bharu untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Mesra Rakyat di Wakaf Mek Zainab sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

MY SLIDESHARE UPLOAD