Terdapat perkembangan positif dalam kes siasatan pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman Dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Katanya, polis sedang mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan kes itu dan yakin dapat dilakukan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun Ismail enggan memberikan butir lanjut mengenai dalang yang terbabit dalam pembunuhan tersebut walaupun 35 orang telahpun disoal siasat dan seorang ditahan bagi membantu siasatan.
Ismail berkata, "Daripada taklimat yang diberikan itu, saya tengok ada kemajuan siasatan dan kita tidak berhenti menyiasat. Kes ini saya anggap sebagai satu kes yang serius kerana melibatkan cubaan untuk menakutkan pegawai awam, saya tidak mahu ini berlaku."
Beliau berkata kepada media selepas merasmikan kompleks ibu pejabat polis daerah Yan, di Yan, Kedah, hari ini.
Menurut Ismail lagi, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengugut dan menakut-nakutkan penjawat awam terutamanya anggota keselamatan.
Pada Jumaat lepas seorang lelaki berusia 56 tahun di tahan di Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam itu.
Dalam insiden 26 April lalu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Ismail turut menasihatkan orang ramai dan memberi amaran tegas agar mana-mana pihak tidak lagi menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran pihak polis.
"Jangan mencabarkan keutuhan undang, jangan mencabar keutuhan undang-undang, jangan mencabar keutuhan undang-undang melalui tindakan-tindakan provokasi desakan atau tomahan-tohmahan yang tidak berasas semata-mata nak membangkitkan perasaan marah dan sebagainya, ini tidak betul," kata Ismail.
Katanya, polis tahu bagaimana untuk menangani pihak-pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dan menggangu gugat keselamatan serta keamanan yang sedia ada di negara ini. - AWANI
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, May 13, 2013
Saturday, May 11, 2013
#PostMortemPRU13: KENYATAAN MEDIA DARIPADA KETUA PEMUDA UMNO SIPUTEH @razlanrafii #TolakPR #UMNO67
Ini adalah berikutan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak tegas terhadap pihak yang melakukan fitnah yang boleh menjatuhkan imej badan berkecuali itu dalam menyelia perjalanan proses pilihan raya di negara ini:
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, fitnah tersebut jika berterusan dibimbangi memberi kesan negatif kepada SPR dan mungkin terhadap Kerajaan Persekutuan yang dituduh secara tidak langsung terlibat dalam mengawal segala tindakan SPR.
Katanya, sikap berdiam diri SPR bakal memburukkan lagi keadaan semasa dan tanggapan terhadap kelemahannya akan terus dipersoalkan, dijaja serta diragui oleh rakyat.
“Sehubungan itu satu tindakan tegas harus diambil bagi membendung gejala tidak sihat ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tohmahan dan tuduhan tidak berasas yang banyak disebarkan di laman sosial terhadap SPR.
Tambah Mohd Razlan, pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 boleh diibaratkan seperti rumah yang sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.
“Rakyat menggunakan pelbagai medium untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13, ada yang berpuas hati dan ada sebilangan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya itu," katanya.

Thursday, May 9, 2013
@AzminAli UGUT NAK KELUAR PARTI KALAU TAK JADI MB SELANGOR. #TolakPR
Lawak betul la Azmin ni. Muka ja samseng, tapi dalam hati ada taman maaa.. berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan Azmin Ali berkelakuan begini:
Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor menjadi semakin menarik apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Mohamed Azmin Ali, telah mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi Menteri Besar Selangor.
Sehingga kini hanya tinggal Selangor dan Pahang belum menamakan calon Menteri Besar. Krisis di Selangor agak serius kerana DAP mahukan PKR yang hanya memenangi 14 kerusi untuk menjadi Menteri Besar berbanding Pas yang mempunyai 15 kerusi.
Dalam masa yang sama DAP tidak mahu Azmin sebagai Menteri Besar walaupun majoriti wakil rakyat PKR mahukannya. Sementara itu, sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon Pas sebagai Menteri Besar.
Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan.
Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya semalam menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain.
- Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor semakin menarik.
- Azmin Ali umumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi MB.
- Krisis di Selangor agak serius kerana DAP mahukan PKR yang hanya memenangi 14 kerusi untuk menjadi Menteri Besar berbanding Pas yang mempunyai 15 kerusi.
- DAP tidak mahu Azmin sebagai MB manakala sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon Pas sebagai MB.
- Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan.
- Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya semalam menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain.
Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor menjadi semakin menarik apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Mohamed Azmin Ali, telah mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi Menteri Besar Selangor.
Sehingga kini hanya tinggal Selangor dan Pahang belum menamakan calon Menteri Besar. Krisis di Selangor agak serius kerana DAP mahukan PKR yang hanya memenangi 14 kerusi untuk menjadi Menteri Besar berbanding Pas yang mempunyai 15 kerusi.
Dalam masa yang sama DAP tidak mahu Azmin sebagai Menteri Besar walaupun majoriti wakil rakyat PKR mahukannya. Sementara itu, sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon Pas sebagai Menteri Besar.
Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan.
Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya semalam menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)