Saturday, May 11, 2013

#PostMortemPRU13: KENYATAAN MEDIA DARIPADA KETUA PEMUDA UMNO SIPUTEH @razlanrafii #TolakPR #UMNO67

Ini adalah berikutan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak tegas terhadap pihak yang melakukan fitnah yang boleh menjatuhkan imej badan berkecuali itu dalam menyelia perjalanan proses pilihan raya di negara ini:

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, fitnah tersebut jika berterusan dibimbangi memberi kesan negatif kepada SPR dan mungkin terhadap Kerajaan Persekutuan yang dituduh secara tidak langsung terlibat dalam mengawal segala tindakan SPR.

Katanya, sikap berdiam diri SPR bakal memburukkan lagi keadaan semasa dan tanggapan terhadap kelemahannya akan terus dipersoalkan, dijaja serta diragui oleh rakyat.

“Sehubungan itu satu tindakan tegas harus diambil bagi membendung gejala tidak sihat ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tohmahan dan tuduhan tidak berasas yang banyak disebarkan di laman sosial terhadap SPR.

Tambah Mohd Razlan, pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 boleh diibaratkan seperti rumah yang sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.

“Rakyat menggunakan pelbagai medium untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13, ada yang berpuas hati dan ada sebilangan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya itu," katanya.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive