Thursday, June 13, 2013

SUSPEK HINA AGONG KECUT PERUT.. AKAN SERAH DIRI SABTU INI!!

Seorang lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dijangka menyerah diri Sabtu ini selepas pulang dari luar negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis dimaklumkan wanita itu akan memberi keterangan kepada polis sejurus tiba di negara ini.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook (FB) yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim sempena Hari Keputeraan baginda pada hari itu, dan turut menerima respons yang menghina Yang di-Pertuan Agong daripada rakan FBnya.

Susulan itu, polis menerima 35 laporan daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun FB itu serta mereka yang menyokong kenyataan berbaur hasutan berkenaan. - awani

Wednesday, June 12, 2013

JAWATAN DALAM @PDRMsia DIBUKA. AYUH MOHON!!

Polis membuka laluan mudah bagi rakyat Malaysia yang berminat memohon bagi mengisi 4,000 kekosongan jawatan pasukan itu tahun ini.

Pasukan keselamatan itu yakin dapat mencapai sasaran berkenaan berikutan keputusan kerajaan melakukan semakan semula gaji anggota polis baru-baru ini.

Pengambilan dibuka bagi tiga jawatan iaitu konstable bagi mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kadet sarjan bagi pemegang diploma dan inspektor bagi lepasan ijazah.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene berkata, proses permohonan dipermudahkan di mana pemohon yang berminat hanya perlu memohon secara dalam talian melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (www.spa.gov.my).

"Sebelum ini terdapat banyak proses yang perlu dilalui seperti mereka perlu mengisi borang dan pos," katanya.

"Kami akan memanggil calon yang layak untuk menghadiri temu duga sebelum menghantar mereka ke pusat-pusat latihan. Pengambilan dilakukan secara berperingkat.

"Seorang pemegang ijazah boleh memasuki pasukan polis sebagai inspektor berbanding hanya sebagai Kadet ASP sebelum ini.

"Manakala gaji adalah lebih tinggi berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula skala gaji," katanya.

Menurut Mortadza, walaupun bagi pangkat yang lebih rendah, menerusi skim gaji baru yang diperkenalkan, mereka akan mendapat gaji yang lebih tinggi.

Selain itu Mortadza berkata, peluang kenaikan pangkat bagi anggota pasukan itu juga bergantung kepada sama ada kakitangannya lulus peperiksaan jabatan ataupun tidak.

"Sebagai contoh koperal akan dinaikkan pangkat dalam tempoh lima tahun berdasarkan skim berasaskan masa, sementara menunggu keputusan peperiksaan," katanya.

Sebelum ini, peluang kenaikan pangkat mengambil masa lebih daripada lima tahun bagi anggota yang berpangkat koperal atau sarjan.

Tuesday, June 11, 2013

#PrayForSabah: JAMALUL KIRAM AKAN DIAMBIL TINDAKAN. ANWAR BILA PULA? #LahadDatu

Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu serta pengikutnya akan ditahan dan didakwa dalam waktu terdekat.

Menurut sebuah laporan dalam Utusan Malaysia hari ini, Biro Siasatan Antarabangsa (NBI) Filipina yang menyiasat pencerobohan Sulu ke Sabah, telah menyerahkan laporan siasatan kepada Kementerian Kehakiman negara itu.

Suratkhabar itu tersebut memetik kata-kata seorang 'sumber' yang melaporkan kumpulan Sulu tersebut akan didakwa atas tiga pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas negara luar, memiliki senjata api secara haram dan larangan membawa senjata api sewaktu tempoh pilihan raya memandangkan ketika insiden itu, Filipina dalam proses kempen pilihan raya.

Sumber tersebut juga berkata siasatan oleh pihak berkuasa Filipina mendedahkan bahawa pencerobohan tersebut telah dirancang seawal bulan November tahun lepas, sebelum pihak itu mendarat  di pantai timur Sabah pada 12 Februari.

Sumber itu juga berkata bahawa pihak berkuasa Filipina sedang giat memburu adik Jamalul Kiram, Agbimuddin Kiram yang dikesan bersembunyi di kepulauan di Filipina.

Sementara itu, anak perempuan ‘Sultan’ tersebut, Jacel Kiram berkata ahli keluarga mereka telah menerima maklumat dari sumber “dalam kerajaan” tentang perancangan untuk menyerahkan Kiram kepada kerajaan Malaysia.

Walaubagaimanapun, menurut satu laporan dalam Philippines Daily, Jurucakap Presiden Edwin Lacierda menafikan dakwaan tersebut.

“Ia hanyalah dakwaan…tunggu kenyataan rasmi dari kami,” kata Lacierda. - AWANI

MY SLIDESHARE UPLOAD