Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu serta pengikutnya akan ditahan dan didakwa dalam waktu terdekat.
Menurut sebuah laporan dalam Utusan Malaysia hari ini, Biro Siasatan Antarabangsa (NBI) Filipina yang menyiasat pencerobohan Sulu ke Sabah, telah menyerahkan laporan siasatan kepada Kementerian Kehakiman negara itu.
Suratkhabar itu tersebut memetik kata-kata seorang 'sumber' yang melaporkan kumpulan Sulu tersebut akan didakwa atas tiga pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas negara luar, memiliki senjata api secara haram dan larangan membawa senjata api sewaktu tempoh pilihan raya memandangkan ketika insiden itu, Filipina dalam proses kempen pilihan raya.
Sumber tersebut juga berkata siasatan oleh pihak berkuasa Filipina mendedahkan bahawa pencerobohan tersebut telah dirancang seawal bulan November tahun lepas, sebelum pihak itu mendarat di pantai timur Sabah pada 12 Februari.
Sumber itu juga berkata bahawa pihak berkuasa Filipina sedang giat memburu adik Jamalul Kiram, Agbimuddin Kiram yang dikesan bersembunyi di kepulauan di Filipina.
Sementara itu, anak perempuan ‘Sultan’ tersebut, Jacel Kiram berkata ahli keluarga mereka telah menerima maklumat dari sumber “dalam kerajaan” tentang perancangan untuk menyerahkan Kiram kepada kerajaan Malaysia.
Walaubagaimanapun, menurut satu laporan dalam Philippines Daily, Jurucakap Presiden Edwin Lacierda menafikan dakwaan tersebut.
“Ia hanyalah dakwaan…tunggu kenyataan rasmi dari kami,” kata Lacierda. - AWANI
No comments:
Post a Comment