Malu! Sangat memalukan! Boleh angkat kaki dah Che Long oi....
Che Long A.K.A Calon Boneka PAS berstatus Kontraktor Kelas A yang bertanding untuk merebut jawatan ADUN di 'gelanggang' PRK DUN N01 Kuala Besut. Secara asasnya, secara sedar atau tidak dia sedang bergelut dengan sesuatu keadaan yang secara amnya menjatuhkan imejnya secara tersirat. GAGAL!
Apa yang sangat menggelikan perut ialah apabila PAS memberi kata putus supaya dia 'zip' mulut untuk memberi kenyataan secara spontan kepada media. Alasan yang diberikan pula agak bodoh, takut dan tidak relevan dengan apa yang sedang dilakuu di era kini iaitu:- "TAKUT DI'SPIN' OLEH MEDIA (BLOGGER DAN AKTIVIS MEDIA SOSIAL PRO-BN).
Wuishh! Kenapa calon-calon PAS yang lain boleh? Che Long tak boleh? Mesti ada 'something' yang membuatkan dia diberikan arahan sedemikian. Berbeza dengan calon yang BN pertaruhkan, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. Jika dilihat dari sudut fizikalnya yang kemas pun sudah cukup untuk menggambarkan dia aadalah seorang pemimpin. Dia juga berpelajaran tinggi dan berani mendekati penduduk walaupun usianya yang muda. Yang penting sekali dia tak cakap kelam kabut macam Che Long. Hehehe.
That's our LEADER!!
Seharusnya, sebagai pemimpin yang mahu memimpin rakyat, dia perlulah BERANI. Contoh paling mudah ialah berani memberi pendapat kepada umum. Macam mana dia nak memimpin penduduk Kuala Besut ni? Sedangkan dirinya sendiri pun masihbtak terpimpin dan kelam kabut walaupun boleh dikategorikan sebagai golongan yang elit?
P/S: Jika saya Che Long, saya sama sekali akan UNDUR DIRI. Hahaha! Bagi pendapat saya, Che Long TAK LAYAK MENJADI ADUN DI DUN KUALA BESUT!