Sunday, August 11, 2013

TOK PA TEGASKAN SEMUA CALON MT UMNO KENA AMANAH!


Ahli-ahli UMNO perlu memilih pemimpin yang berwibawa untuk terus menerajui parti itu mendepani cabaran akan datang dalam pemilihan Oktober ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kegagalan dan kejayaan parti keramat orang Melayu itu pada masa depan bergantung kepada barisan pemimpin yang dipilih ahli-ahlinya dalam pemilihan tersebut.

"Mereka seharusnya memilih pemimpin yang berwibawa kerana gagal dan berjayanya parti bergantung kepada pemimpin yang dipilih oleh ahli," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Darul Falah, di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derasyid dan ADUN Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik.

Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap proses pemilihan parti yang akan berlangsung Oktober ini tidak merosakkan atau menggugat UMNO sebagai sebuah parti terkuat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau amat berharap UMNO mendahului parti-parti politik lain dari segi kaedah pemilihannya yang berjalan begitu baik dan bersih serta mencerminkan tahap kematangan yang lebih tinggi daripada mana-mana parti politik lain.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, insiden keganasan senjata api yang berlaku kebelakangan ini tidak memberi kesan kepada imej negara dalam kalangan pelabur asing.

Walau bagaimanapun, katanya, perkara itu perlu dibendung segera bagi mengelak gambaran negatif jenayah terbabit tidak dapat dikawal sehingga akhirnya menjejaskan imej negara.

Mengulas jenayah sama yang berlaku di negeri itu, Mustapa tidak menolak kemungkinan kes-kes itu mempunyai hubung kait dengan kedudukan ekonomi Kelantan yang disifatkan masih terkebelakang.

"Selain faktor ekonomi, terdapat banyak faktor lain yang menyumbang kepada kejadian tersebut termasuk penyeludupan senjata api, pemansuhan undang-undang, bersifat peribadi dan penyalahgunaan dadah," katanya.

Mengenai isu royalti minyak yang terus dipolitikkan pihak tertentu, Mustapa berkata, beliau dimaklumkan jawatankuasa khas yang dibentuk kerajaan untuk meneliti perkara tersebut kini di peringkat akhir menyiapkan laporan mereka dan akan dibentangkan kepada kerajaan sebaik sahaja dimuktamadkan.

"Saya minta rakyat bersabar kerana jawatankuasa ini turut dianggotai Tengku Mahkota (Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra) selaku wakil Kelantan. Kita serahkan kepada jawatankuasa itu, apa yang pasti kerajaan akan hebahkan penemuannya kelak," katanya. - UTUSAN

Saturday, August 10, 2013

#BahanaMansuhISA: 4 KES TEMBAK DALAM MASA 24 JAM. AMBIK!

KL - Empat kejadian tembakan dilaporkan di Georgetown, Ipoh dan di sini, dalam tempoh 24 jam sejak malam Rabu, dengan satu kematian dilaporkan.

Dalam kejadian tembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson, Georgetown pada jam 11.50 pagi kelmarin, Veerappan Kanapathi, 37, mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Gan Kong Meng, berkata mangsa meninggal dunia dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua suspek lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam.

Bercakap kepada pemberita di sini, Kong Meng berkata polis menjumpai 14 kelongsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.

Tiga rekod jenayah

Katanya, mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala.

Kong Meng berkata, mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya.
Dalam kejadian jam 12.50 pagi semalam pula, mangsa, Chong Peng Meng, 43, dari Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim dikatakan berada di parkir kelab malam terbabit sebelum didatangi seorang lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh yang melepaskan tembakan dan mengenai paha kiri mangsa.

Kong Meng berkata, mangsa yang baru keluar dari kereta BMW miliknya, terkejut dan cuba menyelamatkan diri apabila suspek secara tiba-tiba melepaskan beberapa tembakan.

"Mangsa berjaya mengelakkan diri tetapi satu tembakan mengenai paha kirinya sebelum suspek melarikan diri menggunakan motosikal yang diletakkan berhampiran kawasan itu.

"Siasatan menemui tujuh kelongsong peluru jenis 9mm dan satu tembakan mengenai kereta jenis PERODUA Myvi. Kita tidak menolak serangan terbabit ada kaitan dengan pergaduhan kumpulan kongsi gelap dan mangsa kini stabil selepas dirawat di Hospital Pulau Pinang," katanya.

Di Ipoh pula, seorang lelaki yang sedang memandu kereta parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong, berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak cedera.

Katanya, mangsa yang bukan berasal dari daerah ini, sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Di Kuala Lumpur, seorang pemandu teksi cedera di tangan kiri selepas dikatakan tertembak dirinya sendiri di depan sebuah restoran di Desa Sri Hartamas di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun dikatakan menemui sebuah beg sandang berwarna hitam berisi sepucuk pistol di bahagian tempat duduk belakang teksinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa cuba mengeluarkan pistol itu dari beg berkenaan, namun satu das tembakan terlepas secara tiba-tiba dan terkena tapak tangan kirinya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatkestembakandalam24jam/Article/index_html



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 9, 2013

KENAPA OBAMA DATANG MALAYSIA?

Barack Obama akan berkunjung ke Malaysia pada oktober ini dan dengan ini adalah satu bukti bahawa Malaysia ini adalah Negara Strategik di Rantau Asia. Lawatan Obama ke Malaysia adalah amat penting , kerana AS tidak akan akan berbuat sesuatu jika ianya tidak memberikan kepentingan strategik kepada mereka.

Obama akan menghadiri sidang kemuncak keusahawanan Global keempat GES di Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2013 nanti.GES adalah komitmen berterusan Obama bagi menekankan betapa pentingnya keusahawanan di negara Majoriti Islam seluruh Dunia.

Manakala di setengah pihak mempertikaikan lawatan obama serta dikaitkan dengan penguasaan Amerika ke atas Malaysia. Sebenarnya Lawatan ini merupakan titik tolak kepada pengiktirafan AS kepada Negara Malaysia yang mempertahankan Keusahawanan cara Islam dan tidak menolak yang lain untuk terus bersama kembangkan ekonomi global secara total bersama-sama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MY SLIDESHARE UPLOAD