Tuesday, August 27, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN KE-64 SAYAP PEMUDA UMNO!!

Usia kematangan sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebagai salah satu sayap utama parti UMNO di dalam mengharungi juga meniti titian masa selaku pemimpin anak muda bagi pembela serta memacu kemajuan nusa dan bangsa dapat disaksikan setiap tahun.

Hari ini 26 Ogos 2013, sayap Pergerakan Pemuda UMNO telah mencapai usia 64 tahun. Bermula dari era Kapten Hussein Onn, kini legasi sayap Pergerakan Pemuda UMNO diteruskan pula oleh YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Telah banyak perubahan dan barisan kepimpinan yang lahir dari sayap Pergerakan Pemuda UMNO.

Kita tidak pernah leka dan sentiasa berdiri teguh di barisan hadapan bagi menempuh dan menangkis serangan rangkaian pembangkang yang sentiasa menunggu peluang ke atas setiap langkah yang sumbang mahupun perancangan yang kurang sempurna. Disamping itu, saya yakin kita tidak akan berganjak barang seinci pun di dalam istiqamahnya menunaikan janji dan harapan membela nasib anak-anak bangsa dan watan buat kemakmuran seluruhnya.

Kita kini berada di medan perbatasan yang menuntut kepekaan kita untuk menangani hambatan arus cabaran dalam persaingan politik semasa. Arus persaingan politik masa kini bukan sahaja mencakupi batas pertempuran kita dengan pihak pembangkang bahkan tuntutan pengisian zaman.

Doa dan harapan saya biarlah Pemuda UMNO zaman kita dikenali sebagai pemuda yang memimpin, pemuda yang mengasihi rakyat dan pemuda yang menjadi denyut nadi perjuangan agama, bangsa dan negara. Untuk itu, pelbagai program dan aktiviti Pemuda UMNO harus terus dirancang dan dilaksanakan dengan perencanaan berorientasikan mesra rakyat dan penuh inklusif seperti program BN Pilihan Orang Muda dan banyak lagi. Pemuda UMNO harus sentiasa prihatin dengan nasib dan perihal rakyat dan perlu menjuarai sesuatu isu. Inilah peranan dan fungsi pengisian Pemuda UMNO yang kita ingin suburkan di dalam jiwa dan roh perjuangan ahli kita semua. Dalam pada Pemuda UMNO mendepani isu-isu yang melibatkan kepentingan semua. - BLOG AZWAN BRO

Monday, August 26, 2013

DEDAH! ADA GERAKAN MAHU JATUHKAN MB PERAK!!


Tak sangka ada juga sikap manusia yang mempunyai sikap iri hati sampai macam ni sekali. Tapi, biasalah, inilah politik. kena terima dengan redha. huhu
Berita yang baru Bebalian terima adalah berkenaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Berita itu adalah mengenai sepasang tangan ghaib dari PMO yang cuba menjentik Zambry dari jawatannya sebagai Menteri Besar, Perak. 
Cubaan mengguling dan menyingkirkan Zambry dari PMO adalah berpunca dari sebidang tanah di sebuah kawasan perumahan mewah di Meru, Ipoh. Al kisah seorang pegawai dari PMO yang rapat dengan Perdana Menteri telah memohon tanah tersebut, kononnya untuk membangunkan sebuah rumah. Tentulah rumah yang bakal dibangunkan itu sebuah rumah mewah dan memakan keluasan yang agak besar. 
Permintaan itu telah ditolak mentah-mentah oleh Zambry dan mendatangkan kemarahan pegawai tersebut. Beberapa permintaan lain menyusul namun semua permintaannya tidak dilayan oleh Zambry. Ini menyebabkan pegawai itu marah dan cuba mengatur gerak, menyingkirkan Zambry dari jawatan Menteri Besar Perak dan UMNO Perak. 
Pegawai yang marah dan menaruh dendam kepada MB Perak itu mula berusaha untuk cuba menjatuhkan Zambry untuk membalas dendam tetapi sehingga kini tidak berjaya. Nampaknya orang dari PMO ini cuba mengatasi kuasa rakyat yang telah memilih Zambry di PRU yang lalu. Kita nantikan siapa yang bakal membaham tanah. Pegawai bebal itu ataupun kuasa rakyat. - BEBALIANS

BIADAP! FILEM TERBARU NAMEWEE SELIT ADEGAN LELAKI CINA KENCING PADA PEREMPUAN MELAYU BERTUDUNG!!


Filem arahan Cina Rasis Si Namewee yang bertajuk 'KARA KING', berdurasi 1Jam 36Minit terbitan Prodigee Media ini jika sekali ditonton kita akan gelak berguling-guling hingga nak pecah panggung. Tetapi disebalik lawak yang terdaoat dalam filem tersebut, tersembunyi adegan yang sangat-sangat boleh mencetuskan sentimen perkauman kerana daripada sumber memberitahu bahawa terdapat adegan "NAMEWEE KENCING PADA PASANGAN MELAYU (Bertudung)".

Jika anda masih samar-samar dengan mesej yang diberikan oleh Namewee melalui adegan ini, cuma bayangkan saja anda sedang melihat seorang lelaki berbangsa cina sedang kencing pada pasangan berbangsa melayu sambil cakap "Aku Benci Padamu". Jelas?

Apa yang peliknya, kenapa kepekaan Lembaga Penapisan Filem (LPF) sangat tidak professional? Kenapa benda seperti ini boleh terlepas daripada pandangan anda? Apa yang pasti, sila buat penapisan semula dan kalau boleh HARAMKAN!!!

Mari kita tengok apa ulasan Dr Novandri:

NAMEWEE BUAT HAL LAGI ! MELAYU KENA KENCING !

Anda baca artike di bawah :

Beberapa hari lalu Siti menerima beberapa e-mel daripada pembaca yang mendakwa budak Cina, Namawee buat hal lagi. 

 

Mereka mendakwa Namawee sengaja mencetuskan kemarahan orang Melayu apabila menyelitkan adegan orang Cina (lakonan Namawee) kencing tepi jalan dan terkena sepasang orang Melayu yang menunggang motosikal.

Semasa adegan ini, menurut pembaca yang menghantar e-mel kepada Siti, seluruh panggung bergegar dengan gelak ketawa. Katanya, memanglah adegan lawak tapi pedihnya sampai ulu hati. Apa lagi majoriti penonton itu bukan Melayu.

Ada orang mempersoalkan kenapa Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak memotong adegan itu? Kata mereka adegan itu dianggap menghina orang Melayu dan boleh mencetuskan sentimen perkauman.

Siti belum menonton filem Kara King arahan Namawee ini. Tapi kalau benar ada adegan seperti yang didakwa, Siti tidak menyalahkan LPF. Malah berterima kasih kepada LPF kerana mendedahkan satu lagi sikap buruk budak Cina bernama Namawee ini.

Siti berfikiran positif apabila LPF melepaskan adegan itu. Sekiranya LPF memotong adegan itu, sudah tentu sesetengah pihak tidak tahu perangai sebenar Namawee yang selalu membuat provokasi terhadap orang Melayu. Malah kalau LPF memotong adegan kencing ini, kita pun suka menonton Kara King padahal pengarahnya mahu menghina orang Melayu. Mahukah kita menipu hakikat itu?

Kita jangan sama sekali menyalahkan LPF. Yang patut disalahkan adalah pengarah filem ini kerana menyelitkan adegan yang membawa maksud menghina terhadap orang Melayu. Kita tidak mahu kerja LPF hanya “membersihkan" filem yang kotor supaya hanya kelihatan “bersih".

Sampai bila kita mahu menipu diri sendiri kononnya tidak ada penghinaan terhadap orang Melayu oleh sesetengah pengarah bukan Melayu? Sudah sampai masanya kita terima hakikat dan berfikir bagaimana untuk mengatasinya.

Memanglah kerja mudah menyalahkan LPF. Dan LPF pula tak ada kuasa untuk mempertahankan diri terhadap gelagat buruk sesetengah pengarah filem. Tapi menyalahkan LPF hanya tolong “menyapu bawah karpet" sentimen yang menjadi barah dalam perpaduan antara kaum di negara ini.

Siti harap penonton Melayu menonton dan nilaikan sendiri kalau benar wujud adegan yang didakwa itu. Tapi jangan kecewa kalau selepas ini Namawee terus kebal daripada tindakan undang-undang.

Bayangkan, apa yang tidak dicerca Namawee dalam Youtube terhadap kerajaan dan orang Melayu. Siap meludah lagi bila mempertahankan filem Cina, The New Village yang sekarang digantung sementara dari tayangan.
- SUMBER

Berikut adalah adegan kurang ajar Namewee yang kelihatan sedang kencing dan ditujukan kepada satu pasangan dengan wanita kelihatan bertudung !


Inilah sedutan dalam video tersebut :




Lirik : Ku benci padamu....I hate you




SUMBER: MIM

MY SLIDESHARE UPLOAD