Tak sangka ada juga sikap manusia yang mempunyai sikap iri hati sampai macam ni sekali. Tapi, biasalah, inilah politik. kena terima dengan redha. huhu
Berita yang baru Bebalian terima adalah berkenaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Berita itu adalah mengenai sepasang tangan ghaib dari PMO yang cuba menjentik Zambry dari jawatannya sebagai Menteri Besar, Perak.
Cubaan mengguling dan menyingkirkan Zambry dari PMO adalah berpunca dari sebidang tanah di sebuah kawasan perumahan mewah di Meru, Ipoh. Al kisah seorang pegawai dari PMO yang rapat dengan Perdana Menteri telah memohon tanah tersebut, kononnya untuk membangunkan sebuah rumah. Tentulah rumah yang bakal dibangunkan itu sebuah rumah mewah dan memakan keluasan yang agak besar.
Permintaan itu telah ditolak mentah-mentah oleh Zambry dan mendatangkan kemarahan pegawai tersebut. Beberapa permintaan lain menyusul namun semua permintaannya tidak dilayan oleh Zambry. Ini menyebabkan pegawai itu marah dan cuba mengatur gerak, menyingkirkan Zambry dari jawatan Menteri Besar Perak dan UMNO Perak.
Pegawai yang marah dan menaruh dendam kepada MB Perak itu mula berusaha untuk cuba menjatuhkan Zambry untuk membalas dendam tetapi sehingga kini tidak berjaya. Nampaknya orang dari PMO ini cuba mengatasi kuasa rakyat yang telah memilih Zambry di PRU yang lalu. Kita nantikan siapa yang bakal membaham tanah. Pegawai bebal itu ataupun kuasa rakyat. - BEBALIANS
No comments:
Post a Comment