Friday, August 30, 2013

#PemilihanUMNO: 10 PENILAIAN WAJIB YANG PERLU DIPRAKTIKKAN SETIAP PERWAKILAN UNTUK PILIH CALON YANG BERKESAN. MUST READ!!

Melalui pengalaman bertanding dan menyandang jawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz telah kongsikan sedikit tips untuk memilih EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berkesan. Tun menekankan penilaian-penilaian penting dan yang aku adalah WAJIB untuk dipertimbangkan dan dipraktikkan oleh setiap perwakilan supaya calon yang menang berkesan dan memberi impak positif kepada akar umbi dan pucuk pimpinan UMNO. Ini sangat penting. LIKE & SHARE jangan lupa!

JOM BACA!!

#PemilihanUMNO : Siapa calon Exco Pemuda yang berkesan?!

Kata-kata Tan Sri Isa Samad ini boleh direnungi. Katanya, "Memilih pemimpin macam pilih buah durian; kita tak ambil sebakul, tetapi pilih satu-satu". Ada logiknya. Maka nak pilih calon Exco Pemuda, kena pilih satu-satu, JANGAN ambil yang `mangkor' atau terlalu muda, atau terlalu tua dan pastikan kita buang yang busuk dan berulat.
Berdasarkan pemerhatian sebagai seorang yang terlibat secara hampir dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak tahun 2001, pengalaman bertanding dalam pemilihan sidang yang lepas dan sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2008-2013, mungkin saya boleh memberi sedikit sebanyak tip untuk memilih EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berkesan.

Di bawah ini disenaraikan sejumlah penilaian untuk dipertimbangkan oleh perwakilan :-

1. Jati diri dan pendirian dalam perjuangan dan isu Melayu dan Islam

Carilah pemimpin yang memahami perjuangan dan isu pendidikan, ekonomi dan sosial Melayu serta memahami prinsip-prinsip penting dalam Islam. Tolak pemimpin yang membawa fahaman sekularisme, liberalisme, pluralisme, kapitalisme dan sosialisme. Tanya mereka soalan yang mudah mengenai khalifah, imamah, siyasah, assobiyah, tentang keadilan berbanding kesama rataan, Islam sebagai Agama Persekutuan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ekonomi orang Melayu, sistem kuota dan merit dalam pendidikan anak Melayu. Selain menanyakan pendirian, tanyakan juga apa yang mereka boleh lakukan untuk memastikan orang Melayu tidak terpinggir dalam pendidikan, bidang profesional dan perniagaan.

Jika mereka tidak faham perkara-perkara asas ini, tidak mungkin mereka dapat memperjuangkan perjuangan Agama dan Bangsa dengan berkesan.

2. Visi dan Misi

Visi dan misi Pergerakan Pemuda selalunya akan ditentukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Namun kita mahu Exco Pemuda UMNO yang mempunyai pendirian dalam perjuangan Melayu dan Islam agar dapat memastikan Visi dan Misi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tidak jauh tersasar.

Selain Visi dan Misi Pergerakan Pemuda, calon-calon Exco Pemuda seharusnya boleh menawarkan kebolehan, kepakaran dan pengalaman mereka dalam biro-biro tradisi dalam Pergerakan Pemuda dan seharusnya boleh menawarkan kepakaran dalam bidang baru. Sdr Tengku Azman misalnya, menawarkan kepakaran untuk menggerakkan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) bagi membantu Pemuda menangani isu dan kebajikan orang muda di dalam bandar.

Pastikan anda tanya kepada calon, apa yang mereka boleh lakukan jika terpilih; biro apa yang boleh dan ingin mereka kendalikan.

3. Kemahiran dan pengalaman

Tawaran oleh calon perlu dinilai berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Misalnya sdr Lokman Nor Adam, menawarkan diri untuk mengendalikan Unit Pidato berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini. Dr Fathul Bari tentulah berkebolehan untuk menawarkan diri untuk mengetuai Biro Agama berdasarkan kepakarannya dalam bidang itu. Tidak logik untuk sesorang calon menawarkan diri misalnya dalam Biro Pengajian Tinggi, jika sebelum ini beliau tidak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti dan gerak kerja melibatkan IPTA dan IPTS di peringkat nasional.

Minta biodata calon dan semak biodata mereka secara teliti untuk mengelakkan penipuan.

4. Kemahiran berpidato dan berhujah

Minta calon anda berpidato dan berhujah. Pernah ada ketika, sejumlah besar Exco Pemuda Malaysia tidak mempunyai kebolehan pengucapan awam dan tidak mampu memberi ucapan yang baik. Puncanya apabila calon Exco tidak diuji untuk berucap dan berpidato semasa tempoh berkempen. Perwakilan memilih mereka mungkin kerana mempunyai PR yang baik, hemoi dan mesra rakyat, bagaimanapun apabila mereka diminta berpidato dan berucap di hadapan rakyat, atau berdebat dengan pemimpin pembangkang, mereka tidak mampu melakukannya sama sekali. Jika calon Exco tidak boleh berhujah dengan baik melalui ucapan, minta mereka berhujah melalui tulisan yang baik.

Minta calon anda berpidato dan berhujah. Tanyakan pelbagai soalan dan berdebatlah dengan mereka.

5. Kekuatan di bahagian

Oleh kerana pemilihan peringkat bahagian berlaku serentak dengan peringkat pusat, ada di kalangan calon-calon exco ini yang berkemungkinan kalah dalam pertandingan di peringkat bahagian. Tanpa jawatan di bahagian, misalnya sebagai Ketua Pemuda Bahagian atau Naib Ketua Pemuda Bahagian, SELALUNYA Exco Pemuda tidak berkemampuan untuk membawa kekuatan bahagian bagi menyokong program-program mereka di peringkat negeri dan pusat.

Akhirnya anda akan melihat Exco Pemuda yang berjalan dan bergerak bersendirian tanpa kekuatan pengikut dalam Pilihan Raya Kecil atau dalam pelbagai program di peringkat pusat dan negeri. Bagaimanapun ada pengecualian dalam kes pertandingan sengit di bahagian. Calon yang kalah tipis pertandingan ketua pemuda bahagian, biasanya masih mampu membawa separuh kekuatan pemuda bahagiannya.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia boleh tempang sekiranya MAJORITI Exco Pemuda tidak mempunyai jawatan sebagai Ketua atau Naib Ketua Pemuda di bahagian.

6. Pengalaman di bahagian, negeri dan pusat

Bagi calon-calon parachute, sama ada diturunkan oleh pemimpin atau yang menawarkan diri tanpa pengalaman di peringkat cawangan, bahagian dan negeri, mereka mungkin tidak dapat menjalankan tugas dengan efektif kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang keperluan pemuda di peringkat akar umbi. Misalnya, mereka tidak dapat menjadi rujukan yang baik ketika Pilihan Raya Kecil kerana mereka tidak ada pengalaman mengendalikan Pilihan Raya di cawangan, bahagian dan negeri sendiri. Exco Pemuda Pusat seharusnya menjadi sumber rujukan atas kehebatan pengalaman mereka mentadbir dan menguruskan parti di pelbagai peringkat.

Base politik pemimpin UMNO adalah bahagian. Setinggi mana jawatan mereka pegang di peringkat pusat, akhirnya mereka perlu kembali ke bahagian. Hanya bahagian yang diuruskan dengan baik dan berkesan akan menentukan kemenangan kerusi Parlimen dan DUN.

7. Media / Communication savvy

Sebagai pemimpin politik, mahu tidak mahu mereka perlu tampil dan berhadapan dengan media, baik media tradisi mahupun media siber. Mereka perlu mempunyai perhubungan yang rapat dengan pengendali media tradisi, mempunyai ketrampilan media dan berkebolehan memanfaatkan media sosial. Mahu tidak mahu, calon Exco Pemuda hari ini, perlu mempunyai akaun twitter dan facebookmereka sendiri. Selain daripada itu, Exco Pemuda juga perlu berkemampuan untuk menjawab isu-isu di media dan tampil dalam forum-forum di media elektronik dan internet baik secara rakaman mahupun secara langsung.

8. Kemampuan material, calon korporat

Wang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang. Keupayaan kewangan calon penting bagi memastikan beliau dapat menggerakkan biro tanpa mengharapkan bantuan daripada pihak lain. Tidak ada masalah memilih calon di kalangan ahli perniagaan dan di kalangan mereka yang kaya, asal sahaja mereka menggunakan kekayaan mereka untuk memastikan biro dan tugas mereka dapat dilaksanakan dengan efektif. Yang menjadi masalah adalah Exco yang menggunakan kedudukan mereka untuk mencari lebih banyak kekayaan tanpa menyumbang kembali kepada gerak kerja pemuda dan membela rakyat.

Bagaimanapun keupayaan kewangan bukan ukuran mutlak keberkesanan seseorang Exco. Sepanjang pengalaman sejak 2001, ada juga di kalangan Exco Pemuda yang kaya tetapi tidak efektif kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja. Ada juga yang kaya tetapi tidak efektif kerana mereka hanya berminat untuk mencari kekayaan tambahan berbanding melaksanakan program.

Sebaliknya, kekurangan dari segi wang ringgit pula bukan faktor mutlak kegagalan sesorang exco. Ada exco yang bekerja makan gaji yang boleh menjadi efektif. Cuma bukan mudah. Saya suka mengingatkan bagi mereka yang makan gaji, anda mungkin terpaksa bekerja lima kali ganda lebih keras berbanding mereka yang mempunyai kekayaan bagi mendapatkan dana untuk menggerakkan biro anda. Janganlah diharap sangat kepada projek-projek kerajaan, kerana lebih banyak kehampaan dari cerita kejayaan. Menyakitkan hati saja bercakap tentang Menteri-menteri yang tidak boleh membantu ni...

9. Calon di kalangan SUPOL dan Pegawai Khas Menteri

Calon di kalangan SUPOL dan Pegawai Khas Menteri mempunyai kelebihan kerana mereka dilihat boleh membantu ramai orang dengan kedudukan mereka. Bagaimanapun keupayaan mereka untuk turun ke bawah, terlibat dalam pelbagai program di peringkat bahagian, negeri dan pusat adalah terhad kerana mereka mempunyai tanggung jawab rutin, iaitu untuk mentadbir pejabat Menteri. Selalunya calon di kalangan SUPOL dan Pegawai Khas akan berada di pejabat, terlibat dengan mesyuarat dan pelbagai program Menteri. SUPOL dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri tidak payahlah mencalonkan diri sebagai Exco atau apa-apa jawatan sekali pun. Jagalah PM baik-baik dan keduanya, jangan menyalah gunakan kedudukan sebagai pegawai di pejabat PM bagi memenangi undi dan politik peribadi.

10. Calon di kalangan Ahli Yang Berhormat

Sejak 2001, berdasarkan pemerhatian saya, Exco di kalangan Ahli Yang Berhormat Parlimen ataupun ADUN akan terlalu sibuk menguruskan rakyat di kawasan masing-masing. Mereka juga diperlukan untuk menghadiri sidang DUN atau Parlimen. Komitmen yang di tinggi di kawasan dan dewan akan menghalang Exco di kalangan Ahli Yang Berhormat berperanan secara efektif. Atas sebab ini saya berharap tidak ada mana-mana Ahli Parlimen dan ADUN yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Pemuda Pusat, melainkan untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sememangnya bagus untuk memilih calon yang hemoi atau mudah mesra. Tolaklah pemimpin elitis. Bagaimanapun jangan mencari pemimpin yang hanya pandai berhemoi dan bersosial, tetapi tidak pandai melaksanakan kerja dan tidak mampu berhadapan dengan pembangkang secara berkesan.Hemoi itu tentang hubungan calon dengan kita, tetapi kemampuan bekerja dan berdepan dengan pembangkang adalah tentang parti dan perjuangan.

#Merdeka56: KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK, AYUH UMNO DAN PAKATAN RAKYAT, KITA KIBARKAN JALUR GEMILANG BERSAMA!!


Perbezaan politik tidak seharusnya menghakis semangat patriotisme dan rasa megah untuk mengibarkan bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata meskipun parti pembangkang di negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia semakin ramai menjadi perwakilan, namun apabila tibanya Hari Kebangsaan, rakyat negara itu mengenepikan fahaman politik untuk bersatu padu dan mengibarkan bendera di rumah masing-masing.

Katanya beliau dukacita dan kesal kerana berdasarkan pemerhatian, semangat dan kesedaran untuk mengibar Jalur Gemilang secara megah di setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta di negara ini dilihat semakin kurang.

"Sekarang bendera (Jalur Gemilang) tidak nampak. Saya berasa sedih. Keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik.

"Saya pergi ke negara jiran di sebelah selatan. Negara itu sambut Hari Kebangsaan pada 9 Ogos. Kalau masuk negara mereka, dari lapangan terbang sehingga ke bandar, saya lihat bendera negara itu dipasang secara tersusun di pangsapuri dan kondominium," katanya ketika menjadi tetamu program Soal Jawab TV3 malam semalam.

Beliau berkata perkara sama juga dapat dilihat di Indonesia dan Thailand, iaitu apabila tiba masa untuk menunjukkan perasaan cinta dan mempertahankan simbol negara, rakyat negara itu memberi komitmen secara seratus peratus.

"Jangan kata negara Singapura tidak ada pembangkang. Thailand pun ada pembangkang sehingga ada kumpulan 'Red Shirt' dan 'Yellow Shirt', dan berlaku rampasan kuasa tentera. "Tetapi, pada Hari Kebangsaan, rakyat negara-negara itu semua sayang kepada negara dan raja. Sama juga di Indonesia. Di sini terutamanya di Putrajaya yang mempunyai kuarters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang," katanya.

Ahmad Shabery berkata sesetengah rakyat Malaysia menunggu kerajaan memberi bendera.

"Saya tengok satu blok cuma satu dua unit pasang bendera, dan satu blok langsung tidak ada bendera. Walaupun ramai berkata patriotisme terletak di hati dan bukannya pada bendera, saya rasa bila tiba waktunya, 'ritual' semangat kemerdekaan perlu ada," katanya. - BARISAN NASIONAL

#TandaPutera: ANTARA CONTOH SABOTAJ DAN KETIDAKMATANGAN PRO-PEMBANGKANG!!!

Aku terjumpa entri ini semasa aku tengah 'menggoogle' pasal filem patriotik paling kontroversi abad ini, TANDA PUTERA. Sumpah memang lawak dan timbul juga rasa marah kerana mereka seolah-olah menghina dan merendahkan kualiti filem tempatan. Ini semua adalah hasil nukilan dari page facebook pro-pembangkang yang mempunyai ramai 'likers' iaitu The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia. Page ini juga menyampaikan mesej berunsur hasutan. Rasanya SKMM kena siasat dan ambil tindakan kepada admin-admin page ini.

Actually, lantak pi la dengan Proton Saga dan CCTV tu. Dah nama pun LAKONAN, tak semestinya 'prop' sekeliling akan dihasilkan pengarahnya 100% real. Kenapa tak update status "MANA LIM KIT SIANG MASA DARURAT NI? UMNO KATA DIA ANTARA DALANG YANG TERLIBAT?".

Jom kita tengok:



PEWARIS ANAK BANGSA: 
Kasihan sungguh budak-budak PR ni.. bagai nak rak bos DAP nak bantah siap keluarkan larangan tayangan Tanda Putera di panggung. Konon menimbulkan provokasi.... 
Sekali tengok di FB.. bagai nak rak budak-budak PR dok kutuk kesilapan teknikal semasa penggambaran filem tersebut. 
Apa iQ budak-budak PR hanya kerana semasa berlaku perarakan terakam sama PROTON SAGA dah dikaitkan sebagai provok dan propaganda penipuan? Atau kelihatan CCTV semasa babak orang berlari dah dijadikan kritikan sebagai penipuan? 
Semua tu hanya masalah teknikal.. mungkin pihak produksi terlepas pandang dalam peralatan yang sudah pasti tahun 1969 belum wujud lagi. Seharusnya kelemahan teknikal ini boleh dimaafkan kerana ia tak melibatkan perubahan jalan cerita mengikut sejarah sebenar. 
Seterusnya


APA KATA KITA LAKONKAN SEMULA HIMPUNAN BERSIH DAN TUNJUKKAN SEMULA BAGAIMANA SIKAP ANDA KETIKA ITU? ADAKAH MACAM BERUK ATAU CIPANZEE???

KALAU NAK TAHU, INILAH SEBAB UTAMA KENAPA MATAPELAJARAN SEJARAH DIWAJIBKAN DALAM SYLLABUS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH!!! 

MY SLIDESHARE UPLOAD