Friday, August 30, 2013

#Merdeka56: KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK, AYUH UMNO DAN PAKATAN RAKYAT, KITA KIBARKAN JALUR GEMILANG BERSAMA!!


Perbezaan politik tidak seharusnya menghakis semangat patriotisme dan rasa megah untuk mengibarkan bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata meskipun parti pembangkang di negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia semakin ramai menjadi perwakilan, namun apabila tibanya Hari Kebangsaan, rakyat negara itu mengenepikan fahaman politik untuk bersatu padu dan mengibarkan bendera di rumah masing-masing.

Katanya beliau dukacita dan kesal kerana berdasarkan pemerhatian, semangat dan kesedaran untuk mengibar Jalur Gemilang secara megah di setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta di negara ini dilihat semakin kurang.

"Sekarang bendera (Jalur Gemilang) tidak nampak. Saya berasa sedih. Keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik.

"Saya pergi ke negara jiran di sebelah selatan. Negara itu sambut Hari Kebangsaan pada 9 Ogos. Kalau masuk negara mereka, dari lapangan terbang sehingga ke bandar, saya lihat bendera negara itu dipasang secara tersusun di pangsapuri dan kondominium," katanya ketika menjadi tetamu program Soal Jawab TV3 malam semalam.

Beliau berkata perkara sama juga dapat dilihat di Indonesia dan Thailand, iaitu apabila tiba masa untuk menunjukkan perasaan cinta dan mempertahankan simbol negara, rakyat negara itu memberi komitmen secara seratus peratus.

"Jangan kata negara Singapura tidak ada pembangkang. Thailand pun ada pembangkang sehingga ada kumpulan 'Red Shirt' dan 'Yellow Shirt', dan berlaku rampasan kuasa tentera. "Tetapi, pada Hari Kebangsaan, rakyat negara-negara itu semua sayang kepada negara dan raja. Sama juga di Indonesia. Di sini terutamanya di Putrajaya yang mempunyai kuarters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang," katanya.

Ahmad Shabery berkata sesetengah rakyat Malaysia menunggu kerajaan memberi bendera.

"Saya tengok satu blok cuma satu dua unit pasang bendera, dan satu blok langsung tidak ada bendera. Walaupun ramai berkata patriotisme terletak di hati dan bukannya pada bendera, saya rasa bila tiba waktunya, 'ritual' semangat kemerdekaan perlu ada," katanya. - BARISAN NASIONAL

#TandaPutera: ANTARA CONTOH SABOTAJ DAN KETIDAKMATANGAN PRO-PEMBANGKANG!!!

Aku terjumpa entri ini semasa aku tengah 'menggoogle' pasal filem patriotik paling kontroversi abad ini, TANDA PUTERA. Sumpah memang lawak dan timbul juga rasa marah kerana mereka seolah-olah menghina dan merendahkan kualiti filem tempatan. Ini semua adalah hasil nukilan dari page facebook pro-pembangkang yang mempunyai ramai 'likers' iaitu The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia. Page ini juga menyampaikan mesej berunsur hasutan. Rasanya SKMM kena siasat dan ambil tindakan kepada admin-admin page ini.

Actually, lantak pi la dengan Proton Saga dan CCTV tu. Dah nama pun LAKONAN, tak semestinya 'prop' sekeliling akan dihasilkan pengarahnya 100% real. Kenapa tak update status "MANA LIM KIT SIANG MASA DARURAT NI? UMNO KATA DIA ANTARA DALANG YANG TERLIBAT?".

Jom kita tengok:



PEWARIS ANAK BANGSA: 
Kasihan sungguh budak-budak PR ni.. bagai nak rak bos DAP nak bantah siap keluarkan larangan tayangan Tanda Putera di panggung. Konon menimbulkan provokasi.... 
Sekali tengok di FB.. bagai nak rak budak-budak PR dok kutuk kesilapan teknikal semasa penggambaran filem tersebut. 
Apa iQ budak-budak PR hanya kerana semasa berlaku perarakan terakam sama PROTON SAGA dah dikaitkan sebagai provok dan propaganda penipuan? Atau kelihatan CCTV semasa babak orang berlari dah dijadikan kritikan sebagai penipuan? 
Semua tu hanya masalah teknikal.. mungkin pihak produksi terlepas pandang dalam peralatan yang sudah pasti tahun 1969 belum wujud lagi. Seharusnya kelemahan teknikal ini boleh dimaafkan kerana ia tak melibatkan perubahan jalan cerita mengikut sejarah sebenar. 
Seterusnya


APA KATA KITA LAKONKAN SEMULA HIMPUNAN BERSIH DAN TUNJUKKAN SEMULA BAGAIMANA SIKAP ANDA KETIKA ITU? ADAKAH MACAM BERUK ATAU CIPANZEE???

KALAU NAK TAHU, INILAH SEBAB UTAMA KENAPA MATAPELAJARAN SEJARAH DIWAJIBKAN DALAM SYLLABUS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH!!! 

Thursday, August 29, 2013

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ISU-ISU AKHBAR CINA DI MALAYSIA?



Henti mimpi perpaduan melalui pendidikan

AKHBAR China Press bertarikh 28 Ogos 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Shao Xue berkaitan masalah pendidikan negara.

Tujuh tahun lagi tibanya tahun 2020, kerajaan penuh yakin menjadi negara maju. Mempunyai infrastruktur hebat dan luar biasa, pendapatan rakyat meningkat tetapi adakah Malaysia akan mencapai apa yang dimaksudkan negara maju itu?

Adakah ia begitu mudah dicapai? Selain teknologi dan infrastruktur yang tinggi, perlu mempunyai kekayaan budaya terutama sekali sistem pendidikan yang lengkap dan terbuka. Melatih dan mendidik pelbagai jenis pendidikan asas penting mencapai negara maju.

Kita telah 56 tahun merdeka, dari segi infrastruktur memang membanggakan rakyat tetapi masalah dan isu sistem pendidikan umpama termasuk ke dalam tempayan kicap, bercampur aduk kembali ke jalan yang asal.

Dibincangkan selama puluhan tahun, dianggap membantu perpaduan, pihak berkenaan memerah otak agar lebih ramai kaum bukan bumiputera masuk ke Sekolah-sekolah Kebangsaan. Akhirnya bagaimana? Semua orang sudah jelas dan faham sendiri, tidak perlu lagi bermimpi untuk membincangkan perkara ini supaya semua kaum dapat bersatu padu.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah berkata ramai ibu bapa bukan kaum Cina yang tidak suka hantar anak ke Sekolah Kebangsaaan, orang Melayu juga lebih suka menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) SJKC. Ini pilihan ibu bapa itu sendiri kerana mereka mahukan kualiti dalam pendidikan. Beliau menegaskan pendidikan perlu tumpu kepada kualiti, bukannya perpaduan.

Ramai kakitangan dan pegawai pendidikan yang berfikiran kaku, masih berpegang kepada satu aliran, mereka anggap ia akan membantu perpaduan. Pemikiran kaku dan berdolak dalik bukan sahaja tidak dapat bersatu padu sebaliknya menyebabkan pengetahuan murid-murid semakin merosot sehinggakan mereka tidak mahir bahasa Inggeris dan majikan sukar ambil bekerja.

Selain itu, pertelingkahan Dong Zong dengan pihak pelajaran dalam isu Pelan Induk Pendidikan 2013-2025 begitu sengit. Dong Zong tidak setuju waktu pembelajaran bahasa Melayu ditambah sebaliknya waktu bahasa Inggeris dan bahasa Cina disingkatkan, dalam jangka panjang ia tidak memihak kepada pendidikan bahasa Cina.

Negara kita telah merdeka lebih setengah abad, isu pendidikan masih di takuk satu aliran dan waktu pembelajaran bahasa dipanjangkan atau dipendekkan. Jika barah ini tidak dibuang segera, bagaimana mahu dapatkan khidmat cerdik pandai untuk menjadi negara maju?

Cegah rasuah termasuk dalam parti politik


AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 26 Ogos 2013 melalui ruangan Pendapat Yuan Lun memaparkan tulisan editorial akhbar tersebut berkaitan usaha mencegah rasuah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu sebuah pasukan berjumlah 400 anggota polis khas dari Bukit Aman telah bergerak sejak dua bulan lalu untuk mengawal keselamatan tanpa pengetahuan balai polis setempat, terus masuk dan menggempur tempat-tempat jenayah berat.

Pasukan khas ini adalah tanggungjawab dan dikendalikan terus oleh polis Bukit Aman, satu strategi jangka panjang kerajaan.

Keyakinan kerajaan membanteras jenayah kini menjadi perhatian ramai, angka jenayah di negara ini ada pasang surutnya menyebabkan isu ini sering dipertikaikan. Ia bukan sahaja melibatkan imej kerajaan secara langsung, ia juga melibatkan keyakinan rakyat dan orang ramai terhadap kerajaan pusat.

Mengikut sebuah laporan antarabangsa, dalam jiwa rakyat Malaysia beranggapan agensi yang paling kuat rasuah ialah pihak polis, seterusnya yang kedua ialah parti politik.

Tidak dinafikan soal selidik ini satu tamparan hebat kepada polis dan parti politik. Jenayah dan rasuah itu ada pertalian dan soalan ini rakyat yang lebih memahaminya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan pada Jumaat lepas telah menubuhkan jawatankuasa pengawasan ketelusan yang dipertanggungjawabkan mengawasi setiap kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam kendalikan pembelian.

Dalam beberapa tahun lalu, pihak audit secara berani melaporkan perbelanjaan membeli barang setiap jabatan, kementerian dan agensi kerajaan. Di mata rakyat, pegawai yang membeli barang mahal dibongkar setiap tahun tetapi ia masih berlaku dan langkah-langkah kerajaan hadapkan mereka ke muka pengadilan tidak nampak positif dan jauh daripada apa diharapkan.

Apabila rasuah berleluasa, mana-mana jabatan tidak akan berfungsi dengan baik. Apabila wang ringgit mampu menutup keburukan, tidak kira sama ada kumpulan cerdik pandai hebat macam mana sekalipun, mereka tetap akan terjerumus menjadi hamba kepada kebendaan dan akhirnya mereka tidak akan dapat berpatah balik lagi.

Walaupun dikatakan angka rasuah hanya di belakang pasukan polis, rasuah dalam parti politik juga perlu ditangani dan diperbaiki segera. Jika sesebuah parti itu sendiri tidak betul, bagaimana mereka mampu jaga ahli-ahli parti di bawahnya?

Rasuah dalam parti politik perlu diambil serius, hanya parti yang bersih sahaja dapat tubuhkan kerajaan yang bersih, hanya kerajaan yang bersih sahaja mampu kendalikan kementerian yang berkesan.

Tidak dinafikan, bukan semua ahli politik dan anggota polis terlibat dengan rasuah tetapi jika segelintir pelaku-pelaku ini terlepas daripada undang-undang, ia akan menjejaskan pembasmian rasuah yang sering dilaungkan dan menjadi slogan di mulut sahaja.

Rasuah adalah racun dan barah yang menjejaskan pembangunan dan kestabilan sesebuah negara. Apabila sesebuah agensi ataupun bahagian dalam kerajaan sering terbongkar berlakunya rasuah, pihak penguatkuasa pula buat tidak faham dan tidak nampak, bermakna keadaan rasuah akan semakin berlipat ganda berlaku kerana ia akan memberi laluan kepada orang baru untuk lakukan perkara yang sama kelak.

Demi kuasa dan duit sejak zaman Dr. Mahathir?


AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 23 Ogos pula, juga melalui ruangan Pendapat YuanLun memaparkan nukilan penulis bebas, Chew Siew Siang berkenaan pejuang di dalam UMNO.

Pemerintahan pakatan pembangkang di Kedah dengan kedegilan dan pentadbiran melawan arus oleh Pas, PKR pula tidak dapat mempertahankan serta DAP tiada kekuatan, maka rakyat terpaksa kembali kepada UMNO.

Ada yang ambil kesempatan bangkit kembali ketika keadaan sedang teruk, di mana Datuk Mukhriz anak Tun Dr. Mahathir Mohamad memungut saki baki sokongan itu menjadi tonggak kekuatan diri, pergunakan keadaan itu untuk hebahkan ke seluruh negara bahawa orang Melayu undi UMNO, bukan kerana UMNO kuat tetapi kerana orang Melayu tidak sukakan pakatan pembangkang.

Jika benar orang Melayu tidak sukakan pakatan, kenapa pembangkang peroleh lebih 50 peratus undi (seluruh negara)? Bukankah itu bermakna baru menang sedikit sudah terlalu ghairah?

Dr. Mahathir memahaminya lebih jelas lagi. Usia pemimpin-pemimpin UMNO semakin hari semakin tua, beliau berkedudukan tinggi di zaman itu sehingga turun daripada jawatannya tetapi masih tidak mahu tinggalkan bekas lubang jamban yang bau busuk itu.

Nama-nama mereka dinaikkan sejak zaman pemerintahan Dr. Mahathir, selepas zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) masih lagi kekal berjawatan, tiada sebarang kemajuan. Mereka masih lagi pantang melihat orang cerdik pandai dan tekan orang-orang golongan cerdik pandai. Akhirnya, golongan orang cerdik pandai ini kembali ke kampung halaman mereka, tetapi kemudian dianggap sebagai golongan orang-orang berpendidikan rendah yang masuk parti Pas.

Hari ini, golongan doktor, peguam, jurutera serta pensyarah-pensyarah di universiti tidak dapat masuk ke dalam pintu-pintu sempit UMNO dan mereka juga tidak nampak masa depan untuk berada di sana kerana sudah tentu pandangan mereka tidak dapat direalisasikan di situ.

Masuk parti Pas, tidak semestinya ada kepentingan, tetapi sekurang-kurangnya keadaan boleh secara berterusan menjadi teruk dan kita dapat hidupkan perjuangkan Kristian yang sepatutnya mampu terus dikembangkan.

Masuk UMNO semata-mata mahukan kuasa dan duit. Dr. Mahathir yang berfikiran begitu teliti dan jelas, setiap hari cakap yang bukan-bukan, sebaliknya beliau telah lupa pemikiran orang-orang hari ini yang masuk UMNO kerana mereka hanya mahukan kepentingan, tetapi sebenarnya siapakah yang menjadi “penciptanya"?

Sejak zaman Tunku sehingga ke zaman Tun Hussien Onn, rakan seperjuangan UMNO memperjuangkan nasib kaum, agama dan negara sebagai perjuangan utama mereka. Pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir, mulanya penswastaan projek-projek kerajaan untuk membangunkan ekonomi, mencipta banyak projek dan ramai kroni-kroni.

Barulah timbulnya pemimpin-pemimpin UMNO kerana ada sesuatu tujuan maka berebut-rebut jawatan. Pemimpin di peringkat cawangan sehingga peringkat Bahagian berharap dapat berjuang dalam parti untuk diri sendiri, sehingga banyak yang telah salah guna kuasa dan berlaku penyelewengan. Semua dan segala ini dicipta di zaman Dr. Mahathir, kini kita mahu burukkan siapa pula?

MY SLIDESHARE UPLOAD