Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Wednesday, June 4, 2014

UMNO JANGAN JADI PENGECUT DENGAN MEMAAFKAN R.S.N RAYER SEWENANGNYA!! @NajibRazak


Sebelum ini KJ dah buat hal dengan membuat permohonan maaf secara tertutup menerusi 'Direct Message' kepada MP DAP, Ong Kian Ming...


kerana Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Razlan Rafi melemparkan memo bantahan ke muka kata kesat yang diucapkan RSN Rayer, semasa persidangan DUN Pulau Pinang baru-baru ini.

VIDEO:


P/S: PERMULAAN CERITA MEMANG GEMPAK, TAPI PENUTUPNYA... UMNO NEGERI PULAU PINANG SENDIRI MINTA MAAF?? HAHA! MARUAH PARTI KERAMAT NI NAK LETAK MANA WOI!

RESPON PM (PRESIDEN UMNO):

PRESIDEN PARTI JUGA TURUT MENYELAR DAN MENGUTUK SEKERASNYA PERBUATAN BIADAP R.S.N RAYER...

AT LAST, SENANG-SENANG SAJA MAAFKAN SI CELAKA TU... KENAPA BENDA MACAM NI BOLEH JADI?

SUDAHLAH LAWYER UMNO DAN S/U KERJA KITA DAH PERNAH JATUHKAN MARUAH PARTI DAH SEBELUM NI DENGAN MENARIK BALIK SAMAN TERHADAP TIAN CHUA BERKAITAN ISU LAHAD DATU..

MANA NAK LETAK MUKA APABILA PEMIMPIN DAN PARTI UMNO 'DICELAKAKAN' PUN BOLEH SLUMBER JER MAAFKAN, INGAT DAP NAK SERIK KE???? MALU LA KALAU MACAM NI..


AKU CABAR UMNO SAMAN SI CELAKA RSN RAYER!!


Petikan akhbar:

UMNO negeri Pulau Pinang sedia memaafkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas serta kesal atas kebiadaban mengeluarkan kata-kata kesat terhadap parti itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, beliau hairan mengapa Rayer perlu mengambil masa lebih lama untuk memohon maaf sedangkan boleh berbuat demikian lebih awal. 
"Mengapa Rayer perlu menunggu sehingga enam bulan (sesi sidang DUN yang akan datang) untuk memohon maaf? Sekiranya beliau seorang yang budiman, permohonan maaf itu boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
Jahara mengulas kenyataan Ra­yer seperti disiarkan sebuah portal berita semalam yang memetik beliau sebagai berkata: "Jika ada pihak yang mendesaknya mahu menarik balik ungkapan itu, maka juga harus dibuat dalam sidang DUN yang akan datang." 
Rayer sebelum ini mencetuskan kemarahan ahli-ahli UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu selepas berulang kali mencela UMNO sebagai celaka dalam sidang DUN. 
Tindakan biadabnya itu mengundang kemarahan sekumpulan pemuda yang bertindak merempuh bangunan DUN Pulau Pinang bagi meminta penjelasan wakil rakyat berkenaan. 
Dalam pada itu, Jahara turut menyifatkan Rayer sebagai seorang ahli politik yang penakut kerana hanya berani berselindung di belakang tabir imuniti Dewan - UTUSAN 

Wednesday, February 26, 2014

PELANCARAN KLINIK & PORTAL 'FOR THE RAKYAT' OLEH PERGERAKAN PEMUDA UMNO...


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini melancarkan Klinik Pemuda UMNO Malaysia yang merupakan satu usaha dalam mendekati rakyat dengan menyediakan sebuah platform untuk mendengar dan menangani rintihan dan permasalahan rakyat termasuk ahli Pemuda UMNO sendiri.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata Pemuda UMNO komited dalam menangani permasalahan ini dan selaras dengan matlamat penubuhan Klinik Pemuda dalam menjadi platform UMNO mendekati rakyat, maka klinik ini akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 12 tenggah hari, dua minggu sekali bertempat di Lobi Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn.

"Rakyat boleh datang ke klinik Pemuda ini untuk mengemukakan aduan dan permasalahan mereka kepada pegawai yang bertugas dan aduan mereka akan disalurkan kepada Portal Aduan ForTheRakyat untuk diambil tindakan oleh biro-biro di bawah Pergerakan Pemuda UMNO dan seterusnya dimajukan kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

"Portal ForTheRakyat ini merupakan inisiatif Biro Aduan Komuniti yang bertindak sebagai medium untuk rakyat Malaysia menyalurkan aduan dan permasalahan dalam komuniti mereka," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Tambahnya, dengan kewujudan portal ini, rakyat akan mempunyai aksess yang mudah dan pantas dalam mengemukakan permasalahan mereka dan pihak Pemuda melalui biro-bironya dapat memberikan respon yang terbaik dan efisien.

"Keunikan portal ini terletak pada kaedah crowdsourcing yang digunapakai di mana teknologi ini membolehkan pengguna untuk mengemukakan aduan, mengundi aduan pengguna lain dan membeir komen serta cadangan kepada aduan-aduan lain yang tersenarai.

"Fungsi ini bertujuan untuk menyemai dan menyemarakkan semangat saling bantu-membantu di kalangan rakyat Malaysia dalam menghadapi pelbagai permasalahan di dalam komuniti mereka", ujarnya.

Di antara peranan lain portal ini jelas beliau lagi adalah sebagai pusat pengumpulan aduan dan permasalahan rakyat dari segenap pelusuk negara.

"Ia akan memudahkan pihak kerajaan melalui agensi-agensinya, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berkenaan atau mana-mana pihak yang prihatin untuk memberi perhatian dan membantu menangani permasalahan rakyat," tambah beliau. -MediaUMNO

VIDEO:

Tuesday, January 21, 2014

DEAR DATUK A.KADIR JASIN: "Lu Langsi, Lu Mati!!"


Saya agak pelik dan hairan kenapa bekas Ketua Pengarang Media Prima, Datuk A.Kadir Jasin masuk campur hal bloggers UMNO. Bukan nak kritik tetapi mahu PANCUNG!!! Ini kerana saya tidak bersetuju dengan kenyataannya kerana menggambarkan bloggers UMNO ini bodoh kerana mengkritiknya!!



Dengar khabar, Kadir Jasin ini 'frust' kerana tidak dapat menjadi Pengarah Media Prima Berhad. Rasanya disebabkan itulah dia aktif mengkiritik PM? Tak gitu? Hahahaha!! Jangan guna jalan singkat dan berapi walaupun rasa tamak tu membuak-buak sangat. 

I WARNED YOU!

Sejak 2009 lagi bloggers UMNO berjuang, tapi inilah hakikatnya, KAMI TIDAK PERNAH DIHARGAI WALAUPUN KADANGKALA NAK ISI PERUT PUN TAK MAMPU. Sama seperti 'Instagraman Lifestyle' katakan, sdr Ibdillah Ishak (Pengerusi Biro Media Baru) bahawa UMNO telah membuat kesilapan besar kerana membayar bloggers??



SUMBER:
1. Tidak mengapa jika Kadir mengkritik, tapi jangan mengkritik Kadir
2. Blogger-blogger (& cybertrooper) pro-UMNO tidak pernah membantu kepimpinan UMNO, tetapi 8 artikel Kadir sebelum PRU13 yang membantu kemenangan BN
3. (Tidak ke bodoh) Blogger UMNO basuh seluar dalam di khalayak ramai, tapi kalau Kadir menyerang kepimpinan, tidak mengapa basuh seluar dalam di khalayak ramai
4. Saya bini dua pun orang tulis, apa saya kisah - err kalau tak kisah kenapa Kadir nak bangkitkan dalam wawancara
5. Kadir dah berkawan dengan Datuk Seri Najib sejak tahun 1977, tapi Kadir tiada saluran untuk menyampaikan isi hati dan berjumpa Datuk Seri Najib? Sms, BBM, whatsapp pun tak dapat? Kalau betul la kenyataan ini, bukan saja Datuk Seri Najib teruk tapi Kadir pun sama juga la teruknya... blogger maki hamun yang tak kenal Datuk Seri Najib begitu lama pun ada saluran untuk berjumpa beliau. 
Saya malas hendak campur hal A Kadir Jasin dengan Perdana Menteri berkaitan MEDIA PRIMAseperti yang di dakwa blogger Malay Rights dan RBF. Saya pun ada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, terutama penasihat serta punahsihatnya. Kalau ada pun sebab kenapa saya hendak menyampuk adalah kerana Kadir TIDAK MENGHARGAI peranan dan sumbangan para pejuang siber pro-UMNO yang telah mengabdikan tenaga dan masa untuk berhadapan dengan pejuang siber pro-pembangkang sejak 2009 lagi. 
Bersetuju dengan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, sdr Ibdilillah sebelum memahami pendiriannya mengenai pejuang siber pro-UMNO yang mengakibatkan dia diserang sebelum ini adalah tindakan tidak matang seorang wartawan lama dan so-called blogger. Cubalah buatgroundwork sedikit untuk memahami punca kenapa Ibdil diserang begitu rupa. Kalau tidak mahu membaca dari blog pro-UMNO yang dipandang keji oleh Kadir, bacalah dari blog Mazidul dan cuba fahami isunya. 
IBDILLILLAH ISHAK (PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO) : BAHASA ROJAK GRED A+http://www.mazidulakmal.com/2013/12/ibdillillah-ishak-pengerusi-biro-media.html
KEMAS KINI TERAKHIR ENTRI BLOG MILIK PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO PADA TAHUN 2010 DAN 2012http://www.mazidulakmal.com/2013/12/kemas-kini-terakhir-entri-blog-milik.html
PERLUKAH PENGENDALI BLOG PRO-KERAJAAN DIBAYAR?http://www.mazidulakmal.com/2013/12/perlukah-pengendali-blog-pro-kerajaan.html
SUPERMAN BAKAL TURUN PADANGhttp://www.mazidulakmal.com/2013/12/superman-bakal-turun-padang.html
PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO IBDILILLAH ISHAK TIDAK MEMBENARKAN SEBARANGAN INDIVIDU MEMBACA BLOGNYAhttp://www.mazidulakmal.com/2013/12/pengerusi-biro-media-baru-umno.html
PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO (IBDILILLAH ISHAK) WAJAR BERUNDURhttp://www.mazidulakmal.com/2014/01/pengerusi-biro-media-baru-umno.html
Nak tahu al-kisah penuh? klik SINI & SINI

Thursday, January 2, 2014

#KalimahAllah, REPOT POLIS DIBUAT PEMUDA UMNO PUTRAJAYA DEMI PERTAHANKAN AGAMA & TITAH SULTAN


Tak sangka, pembuka lembaran bagi tahun baru 2014 dicalarkan sekali lagi. Sejurus selesai Himpunan TURUN (GULING KERAJAAN) di Dataran Merdeka, kini disambung pula dengan kes berkaitan dengan artikel yang dikeluarkan oleh akhbar The Malaysian Insider baru-baru ini, iaitu KEGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' OLEH SEBUAH GEREJA KATOLIK DI SELANGOR (NEGERI YANG DITADBIR OLEH PEMBANGKANG)

Saya percaya, mungkin kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim terlalu bekerja keras sehingga tidak sempat untuk 'menjenguk' isu ini. Sangat menyedihkan. Biarlah 'duit' yang tolong jawab soalan mereka ketika di Barzakh nanti.

Alhamdulillah, repot Polis telah pun dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya semalam yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Ahmad Faisal, Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Nasru Syazwan dan Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Azmir.

Repot Polis telah dibuat atas nama Ustaz Amir sebagai pengadu, dan butiran repot adalah seperti berikut:



Laporan polis yang dibuat di IPD Putrajaya itu merupakan reaksi lanjutan kepada kenyataan yang dibuat oleh paderi Father Lawrence Andrew, yang juga merupakan pengarang mingguan Katholik The Herald yang bertegas bahawa pihak Gereja Katholik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan yang menggunakanBahasa Melayu.



Tahniah saya ucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO kerana melakukan tindakan awal sebelum merebak. Kalimah suci wajib dijaga. Jangan hanya tahu menuding jari sahaja macam pembangkang.


.

Monday, December 16, 2013

PERBEZAAN UMNO DAN PAS YANG ANDA PERLU TAHU!!

SALAH satu isu yang turut mendapat perhatian pemimpin dan perwakilan UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013 ialah berkaitan pendekatan politik Pas yang kini seolah-olah terperangkap dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

UMNO membangkitkan persoalan mengenai sikap Pas sepanjang perhimpunan berlangsung bukanlah kerana parti itu adalah musuh politik UMNO, tetapi UMNO membuat peringatan itu demi masa depan orang Melayu dan umat Islam.

UMNO tidak mahu orang Melayu terperangkap dengan mainan politik Pas yang hakikatnya sedang diperalatkan oleh PKR dan DAP untuk mendapat kuasa.

Bagaimanapun kita percaya Pas tidak akan mempedulikan apa juga kata UMNO kerana bagi Pas apa yang penting ialah meranapkan kuasa politik UMNO dan menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) melalui kesepakatan dengan PKR dan DAP.

Sebab itulah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sandaran orang Melayu dan umat Islam. Sudah terlalu banyak jasa UMNO dalam usaha meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan memartabatkan Islam.

Apa yang UMNO katakan dalam soal itu bukan untuk mendabik dada tetapi ia adalah realiti. Untuk memberikan gambaran lebih jelas berikutan penulis paparkan perbezaan antara UMNO dan Pas yang seharusnya menjadi sandaran kepada orang Melayu kenapa mereka harus menjadikan UMNO sebagai harapan untuk melakar masa depan lebih jelas.

l Memartabatkan Islam

- UMNO yang mengemudi kerajaan melalui kerjasama dalam BN telah berjaya membawa negara ini menjadi negara Islam contoh. Di mana-mana juga pemimpin-pemimpin Islam memuji usaha UMNO memartabatkan Islam.

- Pas pula lebih banyak bercakap soal Islam tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Malah di negeri yang mereka perintah pun, pelaksanaan Islam tidak ke mana, ia lebih banyak berkisar kepada slogan dan laungan sahaja.

l Membina Masjid Dan Mewujudkan Institusi Islam

- UMNO bertanggungjawab memastikan peruntukan khas disediakan untuk membina masjid di seluruh negara. Masjid dijadikan tempat untuk memperkembangkan syiar Islam dan mengukuhkan perpaduan ummah.

- Pas tidak membina masjid tetapi menjadikan masjid sebagai medan untuk memecah belahkan ummah melalui khutbah, kuliah dan tazkirah yang berbaur politik.

l Menyatukan Umat Islam

- UMNO seperti mana kata Najib sentiasa bersedia untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik, demi melihat umat Islam kembali bersatu.

- Pas bersedia bersahabat dan berpeluk mesra dengan pemimpin-pemimpin DAP, tetapi memandang sinis salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO. Malah ada pemimpin Pas pernah berkata, lebih rela makan babi bersama pemimpin DAP daripada minum kopi bersama Perdana Menteri.

l Menghormati Ulama

- UMNO menghormati apa juga pandangan alim ulama tanpa mengira apa juga latar belakang politiknya. Asalkan apa yang diusahakan oleh ulama itu boleh membawa kebaikan kepada umat Islam, UMNO akan patuh.

- Pas hanya mendengar apa kata ulama mereka. Ulama di luar parti itu biar pun memberi pandangan yang betul akan dianggap ‘suara UMNO’ dan ‘suara kerajaan’. Malah mana-mana ulama yang berada dalam UMNO akan dicemuh, diejek dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan.

l Berhujah Atas Dasar Kebenaran

- UMNO biar pun bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu dan Islam, sentiasa berhujah dan bercakap atas dasar kebenaran. Dalam apa keadaan pun, UMNO tetap tegas mempertahankan kepentingan Melayu dan umat Islam.

- Pas pula dilihat terlalu takut dengan PKR dan DAP. Apa sahaja yang mereka hendak lakukan hatta berkaitan dengan Islam sekali pun mereka seolah-olah perlu mendapat persetujuan PKR dan memperoleh restu DAP.

l Tegas Dalam Menjaga Agama

- UMNO sentiasa tegas mempertahankan akidah umat Islam termasuklah dalam memastikan umat Islam berpegang teguh kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. UMNO juga secara lantang menolak segala kesesatan termasuk usaha mengembangkan fahaman Syiah. Sebab itulah dalam perhimpunan agungnya kali ini UMNO mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan agama rasmi Persekutuan adalah Islam berlandaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

- Pas pula dilihat teragak-agak dalam soal ini khususnya untuk memberi penegasan terhadap penyebaran fahaman Syiah.

l Mengajar Rakyat Erti Berterima Kasih

- UMNO sentiasa mengajar rakyat negara ini khususnya umat Islam bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan tahu berterima kasih kepada mereka yang berbudi.

- Pas bersekongkol dengan PKR dan DAP ‘mendidik’ rakyat untuk menolak segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka menguar-uarkan segala bantuan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan justeru tidak perlu berterima kasih atau mengenang budi yang ditabur.

l ‘Menjatuhkan’ Hukum

- UMNO dan BN sama sekali tidak akan mengamalkan sikap menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada musuh politiknya.

- Pas pula begitu mudah menghukum pemimpin-pemimpin UMNO. Malah tanpa mengkaji kebaikan kerjasama mereka dengan DAP dan PKR. Pas menuduh kerjasama UMNO dalam BN adalah haram.

l Pentas Ceramah

- UMNO menggunakan pentas ceramah untuk menyampaikan dasar kerajaan dan membuat penjelasan.

- Pas pula menggunakan pentas yang sama untuk memaki hamun pemimpin UMNO dan kerajaan serta menyebarkan dakyah dan fitnah.

l Dominan Dalam Kerjasama

- UMNO adalah parti dominan dalam BN, namun kedudukan itu tidak pernah disalah gunakan untuk menunjukkan siapa lebih kuat. Sebaliknya kelebihan itu digunakan oleh UMNO untuk tegas memperjuangkan orang Melayu dan memartabatkan Islam, di samping membela nasib kaum lain.

- Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang. Parti itu dilihat sekadar ‘pak turut’ dan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk membantah kehendak PKR dan DAP.

Demikianlah serba sedikit perbezaan antara dua parti Melayu itu. Sebenarnya, banyak lagi yang membezakan antara UMNO dan Pas. Sebab itulah, orang Melayu perlu mengkaji, meneliti dan menimbang kenyataan Najib bahawa UMNO menjadi sandaran golongan itu.

Apatah lagi, Presiden UMNO itu juga secara tegas sudah menyatakan dalam ucapan dasarnya bahawa, ”Kita (UMNO) tak boleh bersegan silu lagi dalam terus memperjuangkan nasib bangsa.

Dan Najib juga sudah memberi jaminan bahawa, ”…Selagi hayat dikandung jasa, bercerai nyawa dari badan! Islam akan terus UMNO junjung.”

Oleh itu, sudah jelas kini orang Melayu tidak perlu lagi berasa gusar atau bimbang, tidak perlu lagi gusar untuk memilih dan tidak perlu takut untuk menentukan parti mana yang harus diberikan amanah bagi membela untung nasib mereka.

Ia memandangkan sejarah perjuangan UMNO telah membuktikan bahawa parti itulah perjuang Melayu, pembela Islam dan pelindung rakyat Malaysia.

Tuesday, November 26, 2013

PANAS: AKHIRNYA, PAS BERSETUJU UNTUK BERMUZAKARAH DENGAN UMNO!!!


Agak terkejut dan tidak sangka bahawa Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi buka mulut untuk bermuzakah bersama UMNO. Alhamdulillah, syukur.

TONTON VIDEO DIBAWAH:


Ini adalah satu permulaan yang baik dan diharap ia dapat membuka mata kepada segelintir penyokong melayu "taksub pakatan" bahawa ini adalah nilai yang patut dibuat bagi mengekalkan majoriti melayu di negara kita.

SOKONG!!

Friday, November 22, 2013

PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS PENAMBAHBAIKAN BUKTI #TransformasiUMNO TERLAKSANA.. TAHNIAH!!


UMNO mewujudkan jawatankuasa baru sejajar dengan transformasi yang mahu dilaksanakan di dalam parti tersebut. Ini membuktikan bahawa TRANSFORMASI UMNO yang diperkenalkan Tuan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah terlaksana.

VIDEO:

Saturday, November 16, 2013

#HududKelantan: PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS TERKEDU DAN MASIH DIAM TANPA RESPON? #TukarKelantan


Kenyataan TSAM dipetik dari laman facebook beliau sendiri, selepas Jabatan Kehakiman Syariei Kelantan bersedia untuk melaksanakan Hukum Hudud di Negeri ini.

Beliau yang merupakan seorang pemimpin UMNO telah menyatakan sokongan secara terbuka untuk Hukum Hudud itu dilaksanakan secepat mungkin di Kelantan.

Sehingga kini Kerajaan Pas Kelantan masih belum memberi sebarang respon/keputusan mengenai pelaksanaan Hukum Hudud di negeri Cik Siti Wan Kembang atau lebih dikenali dengan negeri Serambi Mekah.


Jika sebelum ini mereka lantang berkata bahawa UMNO menolak Hukum ALLAH, bagaimana pula dengan mereka? Adakah mereka hanya pandai berkata-kata tetapi takut untuk melaksanakannya? Walhal Jabatan Kehakiman Syariei Kelantan telah pun bersedia untuk melaksanakan Hukum Hudud di negeri ini. - Cheif Atiq


ISU NI PUN TAK JAWAB LAGI, PATUT LA DIAM.. HEHEHEHE


Thursday, October 3, 2013

TATAETIKA OH TATAETIKA!! #PemilihanUMNO

Pindaan terhadap perlembagaan parti bukan sahaja memberi dimensi baru kepada proses transformasi UMNO, tetapi tanpa disangka turut mengelirukan calon berikutan format baharu tersebut.

Ramai antara calon keliru sama ada mereka boleh memberi kenyataan kepada media atau tidak dan kenapa perlu ada peraturan melarang daripada berjumpa terus dengan perwakilan selagi tidak mendapat kebenaran ibu pejabat.

Meskipun Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali telah menjelaskan bahawa calon boleh memperkenalkan diri di media konvensional dan sosial, kekeliruan itu masih wujud.

Bahkan, kekeliruan itu bukan hanya membabitkan calon muka baharu, tetapi 'pemain lama' yang menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi yang sepatutnya tahu selok-belok tataetika pun menghadapi masalah serupa.

Ini kerana antara syarat yang harus dipatuhi ketika membuat kenyataan akhbar bukan sahaja jangan memfitnah, mencela atau membuat tuduhan palsu tetapi calon tidak dibenar berkempen sehingga kelihatan 'menjual diri'.

Akibatnya, petugas media yang membuat liputan mengenai pemilihan UMNO kali ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kenyataan daripada calon-calon yang bertanding khususnya untuk menjawab isu-isu tertentu.

Mereka sebaliknya mengelak untuk ditemubual petugas media dan kerap kali memberi alasan perlu merujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO terlebih dahulu, kerana bimbang akan dituduh berkempen secara terbuka.

Situasi tersebut melanda calon Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Beliau yang dikenali mesra media dan mudah didekati untuk mendapat ulasan mengenai sebarang isu keberatan untuk berbuat demikian.

Ketika ditemui Utusan Malaysia di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU) di Janda Baik bagi mengulas isu pemilihan kali ini, beliau menolak dengan sopan kerana ingin mendapat kepastian daripada Tajol Rosli terlebih dahulu.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pemilihan UMNO dan lembaga disiplin parti perlu memberi penjelasan lebih terperinci apa sebenarnya yang boleh dan apa pula larangan yang mesti dipatuhi calon agar tiada sesiapa teraniaya.

Sekadar memberi jawapan bahawa semua ahli UMNO sudah cukup maklum mengenai tataetika parti tidak memadai kerana pemilihan kali ini melibatkan sejumlah 33,682 calon di peringkat bahagian dan 158 di peringkat pusat.

Penjelasan berterusan itu penting bagi mengelakkan terjadinya 'rumah siap pahat berbunyi' meskipun hasrat dan objektif transformasi yang dilakukan cukup murni iaitu memastikan UMNO kekal relevan. - UTUSAN

Friday, September 13, 2013

JIKA AKAR UMBI GAGAL. MAKA, GAGAL LA SELAMANYA #TransformasiUMNO #TF4MT @Zahid_Hamidi @tunfaisal


TRANSFORMASI UMNO DINILAI DI BAHAGIAN DAN CAWANGAN, BUKAN DI PUSAT

Ahli di peringkat cawangan dan bahagian yang menentukan pemimpin macam mana yang akan diangkat ke dalam `pool' kepimpinan UMNO di peringkat negeri dan pusat. Jika mereka memilih pemimpin yang baik di bahagian, maka, pemimpin yang baik yang akan mengisi tampuk kepimpinan negeri dan pusat. Jika pemimpin yang bermasalah yang mereka pilih, maka, Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak mempunyai banyak pilihan bagi mengisi kepimpinan negeri dan ahli-ahli UMNO tidak mungkin mempunyai pilihan yang banyak dalam pemilihan di peringkat Pusat. Ahli UMNO dari bahagian lain tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tiada undi melainkan di bahagian mereka sahaja. Pilihan untuk mengangkat dan menyingkirkan pemimpin di peringkat bahagian adalah hak dan pilihan ahli-ahli di peringkat cawangan dan bahagian. Maka gunakanlah pilihan itu sebaik-baiknya.... - TUNFAISAL DOT COM-

WAWANCARA BERSAMA ANTARA POS

Perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian perlu bijak dalam membuat pilihan mereka kerana ia akan menentukan kestabilan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan mereka di peringkat akar umbi akan menentukan kekuatan serta perubahan tonggak kepimpinan Umno dalam menghadapi pelbagai cabaran yang sedang dilalui.
"Di peringkat bahagian, di peringkat cawangan, orang yang ada kuasa mengundi ini mereka boleh memilih orang yang bawa perubahan, yang amanah dan sebagainya.

"Cuma mereka kena buat pilihan sama ada pilihan mereka menaikkan seseorang pemimpin itu adalah kerana parti dan perjuangan agama bangsa dan negara, ataupun kerana pemimpin itu boleh memberi pulangan dari segi material, sumbangan dan sebagainya.

"Maksudnya mereka kena bezakan, di peringkat cawangan sekalipun, adakah pemimpin yang mereka pilih beri nilai tambah kepada parti atau sebenarnya mereka pilih calon ini kerana kepentingan mereka sendiri,"katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau diminta mengulas gesaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ang meminta perwakilan parti menolak pemimpin “warlords” atau “demang politik” yang membolot wang, kuasa serta bertelagah sesama sendiri pada pemilihan Umno Oktober depan.

Zahid dalam akhbar New Straits Times hari ini berkata, golongan demang politik berkenaan adalah duri dalam daging kepada perjuangan parti serta menjadi penghalang kepada usaha Umno untuk memperkukuhkan diri.

Tun Faisal yang bersetuju dengan pandangan Zahid berkata, perubahan dalam Umno hanya boleh dilakukan di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin parti itu untuk mengutamakan perjuangan parti berbanding kepentingan peribadi.

Katanya lagi, pemimpin yang mengutamakan jawatan dan kuasa memang seharusnya ditolak kerana akan memberikan implikasi yang buruk kepada parti seterusnya menjejaskan usaha parti untuk mencapai kemenangan dalam PRU-14.

"Kerana dikhuatiri ianya akan menjadi wabak yang akan memperlihatkan Umno terlalu sinonim dengan politik wang sedangkan realitinya kebelakangan ini pembersihan demi pembersihan dibuat yang mana boleh dikatakan hari ini imej Umno agak bersih dari segi imej politik wang.

"Jadi kalau ada elemen yang sebegini, sewajarnya perwakilan menolak pemimpin yang mempunyai pendekatan yang sedemikian,"katanya. - ANTARA POS

Thursday, August 29, 2013

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ISU-ISU AKHBAR CINA DI MALAYSIA?



Henti mimpi perpaduan melalui pendidikan

AKHBAR China Press bertarikh 28 Ogos 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Shao Xue berkaitan masalah pendidikan negara.

Tujuh tahun lagi tibanya tahun 2020, kerajaan penuh yakin menjadi negara maju. Mempunyai infrastruktur hebat dan luar biasa, pendapatan rakyat meningkat tetapi adakah Malaysia akan mencapai apa yang dimaksudkan negara maju itu?

Adakah ia begitu mudah dicapai? Selain teknologi dan infrastruktur yang tinggi, perlu mempunyai kekayaan budaya terutama sekali sistem pendidikan yang lengkap dan terbuka. Melatih dan mendidik pelbagai jenis pendidikan asas penting mencapai negara maju.

Kita telah 56 tahun merdeka, dari segi infrastruktur memang membanggakan rakyat tetapi masalah dan isu sistem pendidikan umpama termasuk ke dalam tempayan kicap, bercampur aduk kembali ke jalan yang asal.

Dibincangkan selama puluhan tahun, dianggap membantu perpaduan, pihak berkenaan memerah otak agar lebih ramai kaum bukan bumiputera masuk ke Sekolah-sekolah Kebangsaan. Akhirnya bagaimana? Semua orang sudah jelas dan faham sendiri, tidak perlu lagi bermimpi untuk membincangkan perkara ini supaya semua kaum dapat bersatu padu.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah berkata ramai ibu bapa bukan kaum Cina yang tidak suka hantar anak ke Sekolah Kebangsaaan, orang Melayu juga lebih suka menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) SJKC. Ini pilihan ibu bapa itu sendiri kerana mereka mahukan kualiti dalam pendidikan. Beliau menegaskan pendidikan perlu tumpu kepada kualiti, bukannya perpaduan.

Ramai kakitangan dan pegawai pendidikan yang berfikiran kaku, masih berpegang kepada satu aliran, mereka anggap ia akan membantu perpaduan. Pemikiran kaku dan berdolak dalik bukan sahaja tidak dapat bersatu padu sebaliknya menyebabkan pengetahuan murid-murid semakin merosot sehinggakan mereka tidak mahir bahasa Inggeris dan majikan sukar ambil bekerja.

Selain itu, pertelingkahan Dong Zong dengan pihak pelajaran dalam isu Pelan Induk Pendidikan 2013-2025 begitu sengit. Dong Zong tidak setuju waktu pembelajaran bahasa Melayu ditambah sebaliknya waktu bahasa Inggeris dan bahasa Cina disingkatkan, dalam jangka panjang ia tidak memihak kepada pendidikan bahasa Cina.

Negara kita telah merdeka lebih setengah abad, isu pendidikan masih di takuk satu aliran dan waktu pembelajaran bahasa dipanjangkan atau dipendekkan. Jika barah ini tidak dibuang segera, bagaimana mahu dapatkan khidmat cerdik pandai untuk menjadi negara maju?

Cegah rasuah termasuk dalam parti politik


AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 26 Ogos 2013 melalui ruangan Pendapat Yuan Lun memaparkan tulisan editorial akhbar tersebut berkaitan usaha mencegah rasuah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu sebuah pasukan berjumlah 400 anggota polis khas dari Bukit Aman telah bergerak sejak dua bulan lalu untuk mengawal keselamatan tanpa pengetahuan balai polis setempat, terus masuk dan menggempur tempat-tempat jenayah berat.

Pasukan khas ini adalah tanggungjawab dan dikendalikan terus oleh polis Bukit Aman, satu strategi jangka panjang kerajaan.

Keyakinan kerajaan membanteras jenayah kini menjadi perhatian ramai, angka jenayah di negara ini ada pasang surutnya menyebabkan isu ini sering dipertikaikan. Ia bukan sahaja melibatkan imej kerajaan secara langsung, ia juga melibatkan keyakinan rakyat dan orang ramai terhadap kerajaan pusat.

Mengikut sebuah laporan antarabangsa, dalam jiwa rakyat Malaysia beranggapan agensi yang paling kuat rasuah ialah pihak polis, seterusnya yang kedua ialah parti politik.

Tidak dinafikan soal selidik ini satu tamparan hebat kepada polis dan parti politik. Jenayah dan rasuah itu ada pertalian dan soalan ini rakyat yang lebih memahaminya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan pada Jumaat lepas telah menubuhkan jawatankuasa pengawasan ketelusan yang dipertanggungjawabkan mengawasi setiap kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam kendalikan pembelian.

Dalam beberapa tahun lalu, pihak audit secara berani melaporkan perbelanjaan membeli barang setiap jabatan, kementerian dan agensi kerajaan. Di mata rakyat, pegawai yang membeli barang mahal dibongkar setiap tahun tetapi ia masih berlaku dan langkah-langkah kerajaan hadapkan mereka ke muka pengadilan tidak nampak positif dan jauh daripada apa diharapkan.

Apabila rasuah berleluasa, mana-mana jabatan tidak akan berfungsi dengan baik. Apabila wang ringgit mampu menutup keburukan, tidak kira sama ada kumpulan cerdik pandai hebat macam mana sekalipun, mereka tetap akan terjerumus menjadi hamba kepada kebendaan dan akhirnya mereka tidak akan dapat berpatah balik lagi.

Walaupun dikatakan angka rasuah hanya di belakang pasukan polis, rasuah dalam parti politik juga perlu ditangani dan diperbaiki segera. Jika sesebuah parti itu sendiri tidak betul, bagaimana mereka mampu jaga ahli-ahli parti di bawahnya?

Rasuah dalam parti politik perlu diambil serius, hanya parti yang bersih sahaja dapat tubuhkan kerajaan yang bersih, hanya kerajaan yang bersih sahaja mampu kendalikan kementerian yang berkesan.

Tidak dinafikan, bukan semua ahli politik dan anggota polis terlibat dengan rasuah tetapi jika segelintir pelaku-pelaku ini terlepas daripada undang-undang, ia akan menjejaskan pembasmian rasuah yang sering dilaungkan dan menjadi slogan di mulut sahaja.

Rasuah adalah racun dan barah yang menjejaskan pembangunan dan kestabilan sesebuah negara. Apabila sesebuah agensi ataupun bahagian dalam kerajaan sering terbongkar berlakunya rasuah, pihak penguatkuasa pula buat tidak faham dan tidak nampak, bermakna keadaan rasuah akan semakin berlipat ganda berlaku kerana ia akan memberi laluan kepada orang baru untuk lakukan perkara yang sama kelak.

Demi kuasa dan duit sejak zaman Dr. Mahathir?


AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 23 Ogos pula, juga melalui ruangan Pendapat YuanLun memaparkan nukilan penulis bebas, Chew Siew Siang berkenaan pejuang di dalam UMNO.

Pemerintahan pakatan pembangkang di Kedah dengan kedegilan dan pentadbiran melawan arus oleh Pas, PKR pula tidak dapat mempertahankan serta DAP tiada kekuatan, maka rakyat terpaksa kembali kepada UMNO.

Ada yang ambil kesempatan bangkit kembali ketika keadaan sedang teruk, di mana Datuk Mukhriz anak Tun Dr. Mahathir Mohamad memungut saki baki sokongan itu menjadi tonggak kekuatan diri, pergunakan keadaan itu untuk hebahkan ke seluruh negara bahawa orang Melayu undi UMNO, bukan kerana UMNO kuat tetapi kerana orang Melayu tidak sukakan pakatan pembangkang.

Jika benar orang Melayu tidak sukakan pakatan, kenapa pembangkang peroleh lebih 50 peratus undi (seluruh negara)? Bukankah itu bermakna baru menang sedikit sudah terlalu ghairah?

Dr. Mahathir memahaminya lebih jelas lagi. Usia pemimpin-pemimpin UMNO semakin hari semakin tua, beliau berkedudukan tinggi di zaman itu sehingga turun daripada jawatannya tetapi masih tidak mahu tinggalkan bekas lubang jamban yang bau busuk itu.

Nama-nama mereka dinaikkan sejak zaman pemerintahan Dr. Mahathir, selepas zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) masih lagi kekal berjawatan, tiada sebarang kemajuan. Mereka masih lagi pantang melihat orang cerdik pandai dan tekan orang-orang golongan cerdik pandai. Akhirnya, golongan orang cerdik pandai ini kembali ke kampung halaman mereka, tetapi kemudian dianggap sebagai golongan orang-orang berpendidikan rendah yang masuk parti Pas.

Hari ini, golongan doktor, peguam, jurutera serta pensyarah-pensyarah di universiti tidak dapat masuk ke dalam pintu-pintu sempit UMNO dan mereka juga tidak nampak masa depan untuk berada di sana kerana sudah tentu pandangan mereka tidak dapat direalisasikan di situ.

Masuk parti Pas, tidak semestinya ada kepentingan, tetapi sekurang-kurangnya keadaan boleh secara berterusan menjadi teruk dan kita dapat hidupkan perjuangkan Kristian yang sepatutnya mampu terus dikembangkan.

Masuk UMNO semata-mata mahukan kuasa dan duit. Dr. Mahathir yang berfikiran begitu teliti dan jelas, setiap hari cakap yang bukan-bukan, sebaliknya beliau telah lupa pemikiran orang-orang hari ini yang masuk UMNO kerana mereka hanya mahukan kepentingan, tetapi sebenarnya siapakah yang menjadi “penciptanya"?

Sejak zaman Tunku sehingga ke zaman Tun Hussien Onn, rakan seperjuangan UMNO memperjuangkan nasib kaum, agama dan negara sebagai perjuangan utama mereka. Pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir, mulanya penswastaan projek-projek kerajaan untuk membangunkan ekonomi, mencipta banyak projek dan ramai kroni-kroni.

Barulah timbulnya pemimpin-pemimpin UMNO kerana ada sesuatu tujuan maka berebut-rebut jawatan. Pemimpin di peringkat cawangan sehingga peringkat Bahagian berharap dapat berjuang dalam parti untuk diri sendiri, sehingga banyak yang telah salah guna kuasa dan berlaku penyelewengan. Semua dan segala ini dicipta di zaman Dr. Mahathir, kini kita mahu burukkan siapa pula?

Thursday, August 22, 2013

TAJUDDIN PASIR SALAK TAK LAYAK JADI PEMIMPIN UMNO! SILA GUGURKAN SEGERA!


Tajuddin Pasir Salak ini pernah dibuang UMNO sebanyak 2 kali iaitu pada 1988 (selepas penubuhan UMNO baru), dia dibuang kerana dikatakan menyertai SEMANGAT 46, tapi pada tahun 1990 dia diterima semula.

Kali kedua pula pada tahun 1995, dikatakan terlibat dengan POLITIK WANG sebanyak RM 6 Juta. 3 tahun selepas itu  dia diterima balik menjadi ahli UMNO. 

Manusia seperti Tajuddin seeloknya dibuang segera dan digantikan dengan orang baru. Cukup! UMNO akan cacat dengan keperibadian yang ada pada Tajuddin!



Siapa tidak kenal Tajuddin...?

Tanya saja di Pasir Salak, hatta anjing jika boleh berbicara - anjing pun akan kata Tajuddin kaki judi, kaki mabuk, kaki betina, kaki rasuah. 

Saya berani berkata secara terang-terangan begini kerana maklumat yang saya perolehi bukan datang daripada orang lain sebaliknya daripada ahli akar umbi serta beberapa bekas-bekas kakitangan Tajuddin sendiri.

Malah Tajuddin pada tahun 1995 Tajuddin pernah dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib sebelum diterima semula tanpa syarat pada tahun 1998 dan dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian pada tahun 2000.

Aneh sungguh UMNO, ahli yang terlibat salah laku politik wang sebanyak RM6 juta pada awalnya dipecat selepas itu diterima semula tanpa syarat?

Tajuddin Ugut Ketua Cawangan!

Selain mengatur perjalanan politik anak-anaknya di mana anak lelaki diletakkan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Pengarah War Room Bahagian, anak perempuan sebagai Setiausaha Bahagian, menantu diletakkan pula sebagai SUS Pejabat Timbalan Menteri dan anak saudaranya Ramli pula sebagai pegawai khas parlimen.

Terbaru saya dimaklumkan beberapa Ketua Cawangan telah diugut oleh Tajuddin, menurut sumber salah seorang Ketua Cawangan tersebut dia diugut menerusi panggilan telefon oleh Tajuddin agar terus menyokong Tajuddin dan anak-anaknya. Jika terdapat mana-mana Ketua Cawangan yang ingkar kehendaknya cawangan tersebut tidak akan diberikan apa-apa peruntukkan.

Wowww..!!!

Daripada bahagian hingga ke pejabat Timbalan Menteri Tajuddin meletakkan kroninya, apakah Tajuddin sedang giat menyusun atur bagi memastikan tampuk pemerintahan negeri Perak dikuasai oleh anak beranaknya?

CREDIT TO YY

Orang macam ini Najib dengan ahli UMNO nak simpan?

Tuesday, August 20, 2013

MELAMPAU!! TAJUDDIN PASIR SALAK TAMPAR PEMUDA KETIKA MAJLIS KERAMAIAN! #UbahUMNO


Melampau dan kurang ajar!

Itulah perkataan yang sesuai buat Tajuddin Abdul Rahman iaitu Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak kerana bertindak menampar seorang ahli pemuda akar umbi dalam satu majlis Rumah Terbuka Hari Raya beberapa hari lepas.

Perbuatan biadap dan ala samseng Tajuddin dengan menggunakan kekerasan bukanlah perkara baru bagi ahli UMNO di peringkat akar umbi bahagian tersebut. Malah tahun lalu Tajuddin turut pernah bertindak menampar seorang wartawan di hadapan orang ramai.

Apakah dengan jawatan selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Tajuddin merasakan dirinya boleh melakukan apa saja terhadap ahli UMNO diperingkat akar umbi dalam bahagian berkenaan?

Bukan sahaja menggunakan kekerasan kepada ahli akar umbi dari sayap pemuda, Tajuddin dilihat mengamalkan kronisme dengan meletakkan dua anaknya memegang jawatan dalam UMNO bahagian Pasir Salak.

Apakah tiada orang lain yang layak menjadi setiausaha dan AJK di bahagian tersebut?


Jika Ketua UMNO Bahagian sendiri dilihat tidak mesra malah bertindak biadap dengan menggunakan kekerasan ke atas anak muda - apakah pemimpin samseng tua keparat bernama Tajuddin mengharapkan anak muda 'sembah' dan 'sujud' kepada parti UMNO?

Kalau itu dalam kepala Tajuddin, saya hanya mampu tunjukkan satu jari tengah untuk Tajuddin!

Wahai ahli UMNO Pasir Salak...!

Jika mahu ubah UMNO, jika mahu UMNO relevan di kalangan anak muda pastikan pemimpin yang mengamalkan politik anak-beranak, pemimpin yang suka menggunakan kekerasan fizikal disingkirkan dalam pemilihan kelak.

Ada berani...?

Monday, January 14, 2013

[VIDEO] : Setiausaha BN Kelantan Che Alwi Akui Minat @Abby_Abadi112?


Cantik jugak Abby Abadi ni, tapi kasihan kerana selepas bertaubat Abby Abadi mencari Islam dan syurga melalui parti PAS kerana Nik Aziz dikatakan mahu membawa pengikut PAS ke syurga.

Tapi adakah gerenti syurga akan ditemui dengan menyertai parti PAS PIS PUS?

Kahkahkah....

Ikuti ceramah yang hebat dari Dato'Che Alwi Setiausaha BN Kelantan yang menyampaikan ceramah ketika majoriti pemimpin PAS meninggalkan Kelantan untuk berhimpun di KL.




Monday, March 19, 2012

Kadir Sheikh Fadzir keluar #UMNO ?


NONE
Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.

Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.
abdul kadir sheikh fadzir quits 140206 tearsPemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.
Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.
17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya. - malaysiakini




MY SLIDESHARE UPLOAD