Wednesday, October 2, 2013

RM320K UNTUK KEMPEN DI #FB DAN #TWITTER? KESIAN MENTERI KENA KENCING


Beberapa kelemahan dikesan dalam aktiviti pendidikan kesihatan termasuk kos pembangunan laman sosial Facebook dan Twitter bernilai RM320,000 yang tidak wajar, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurut laporan itu, kos kempen 'Tak Nak Merokok' dibuat oleh sebuah syarikat melibatkan akaun Facebook bernilai RM199,068 bagi tempoh Julai hingga Disember 2011 dengan bilangan 100,000 'like/fans'.

Bagi kempen 'Intervensi Penyakit Tidak Berjangkit', ia dilakukan melalui akaun Facebook dan Twitter oleh syarikat lain berjumlah RM120,500.

Skop kerja kedua-dua kontrak hampir sama namun harga yang ditawarkan berbeza.

"Selepas kontrak tamat didapati kandungan dalam laman sosial tidak dikemas kini KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)," menurut laporan itu.

Ketua Audit Negara berkata KKM seharusnya menimbangkan kewajaran kedua-dua sebut harga bagi kempen melalui Facebook dan Twitter kerana terdapat persamaan maklumat dalam sebut harga dan memastikan laman sosial berkenaan sentiasa relevan dan kemas kini.

Ketua Audit Negara turut menegur kempen KKM menerusi pengagihan barangan dalam bentuk cenderahati seperti beg galas dan penanda nota bermesej yang tidak diagihkan kepada golongan sasar disebabkan penggunaan perkataan tidak sesuai.

"Beg galas dan pelekat penanda yang memaparkan slogan 'Smoking, A Stupid Habit for Stupid People' tidak sesuai diagihkan kepada golongan sasar," menurut laporan itu.

Jabatan Audit Negara turut mendapati poster dan risalah di mana karya seni yang siap disediakan secara dalaman dan cetakan dibuat syarikat percetakan mengandungi beberapa kesilapan laras bahasa dan ejaan melibatkan kos melebihi RM31,200.

Pada satu kempen, penggunaan bait perkataan 'KE ARAH ELIMINASI TRANSMISI VERTIKAL' pada papan iklan kempen HIV/AIDS di sebuah klinik kesihatan di Kelantan memaparkan mesej yang sukar difahami masyarakat setempat.

"Pada pendapat audit, KKM hendaklah menekankan penggunaan laras bahasa, ejaan yang betul dan penyampaian mesej yang mudah difahami," menurut laporan itu. - awani

APA CER NI NAIK JADI KP TANPA BERTANDING?

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zakaria dilantik mengetuai pergerakan itu di negeri ini.

Difahamkan, pelantikan Zainuri itu dibuat atas dasar membolehkan beliau memangku tugas Ungku Salleh Ungku Jamal yang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri sejak tahun 2011.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Johan Abdul Aziz menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan perkara tersebut malam tadi.

Menurut Johan, pihaknya telah menerima surat daripada Pergerakan Pemuda UMNO pusat pada Jumaat lalu yang memaklumkan mengenai perubahan jawatan dalam Pemuda UMNO negeri itu.

Beliau memberitahu, antara perkara yang terkandung dalam surat itu ialah Pemuda UMNO pusat melantik Zainuri untuk menjalankan tugas-tugas Ungku Salleh sebagai Ketua Pemuda UMNO Selangor.

Utusan Online difahamkan keputusan itu diambil ekoran Ungku Salleh telah digantung keahlian partinya ekoran kes mahkamah.

Berikutan itu, beliau berkemungkinan hilang kelayakan untuk bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Serdang dalam pemilihan parti bulan ini.

UTUSAN

Tuesday, October 1, 2013

#PemilihanUMNO: KENALI @NazliahAli, DARI JAUH MERANTAU DEMI PERUBAHAN #NazliahAli4NKPUM



Nazliah Ali, seorang Ahli Puteri akar umbi berusia 35 tahun dari Sabah ini menawarkan diri untuk turut serta dalam pertandingan tiga penjuru bagi mengisi kekosongan sebagai Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Sudah 3 Penggal dia bertahan sebagai Ketua Pergerakan Puteri Parlimen Tawau. 

JAWATAN YANG DIPEGANG:

2004 – sehingga kini : KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU (Menang tanpa bertanding sejak 2004 hingga kini)

2009 – sehingga kini: KETUA PENERANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH.
Pengerusi Biro Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Sabah.- Pengerusi Penganjur Program Bengkel Gerak Kerja Transformasi (GTP) & Pelancaran Puteri Prihatin Peringkat Negeri Sabah yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah pada 9 Oktober 2011.

2004 – 2009 : PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH.
- Pengerusi Penganjur Program Menyusur Akar Puteri UMNO Sabah yang dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Panglima Najib Bin Tun Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Ogos 2005.

2002 – 2003: PENGERUSI BIRO ANTARABANGSA PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH.
- Mewakili Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama YB Datuk Rosnah Abdul Rashid ke Kabul, Afghanistan meninjau tapak cadangan sekolah untuk misi Tabung Pendidikan Puteri UMNO Malaysia.


Siapa sangka seorang yang berstatus Puteri seperti Nazliah ini pernah menjadi Pengurus Pusat Pengajian Al-Quran di Tawau, iaitu Al-Baghdadi Learning Centre? Dengan perrwatakan seorang muslimah dan menanam hasrat mahu menceriakan lagi corak islamik dalam Pergerakan Puteri supaya Pergerakan Puteri menjadi sebuah pergerakan yang disegani dan dihormati. Pada pandangan saya, medium yang dibawakannya ini tepat dan penuhi intipati yang diperlukan oleh Pergerakan Puteri masa kini. Oleh itu, atas 'restu' Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman. Dia umumkan bertanding.



Walau bagaimanapun , biar Perwakilan sendiri yang tentukan yang terbaik buat jentera mereka. Saya harap Nazliah dapat dipertimbangkan oleh Perwakilan semua untuk diberi ruang mengisi kekosongan Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.








MY SLIDESHARE UPLOAD