Saturday, October 12, 2013

#PemilihanUMNO: KEPADA SEMUA PERWAKILAN, SILA BACA WARKAH INI!!


SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT BERSIDANG KEPADA SELURUH PERWAKILAN UMNO. 

INGATLAH BAHAWA ANDA TELAH  DIBERI AMANAH UNTUK MEMILIH PEMIMPIN YANG JUJUR DAN IKHLAS DALAM MEMPERJUANG DAN MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. 

SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PERWAKILAN

UMNO… DULU, KINI DAN SELAMANYA….

Hayati lirik dibawah...

Lagu UMNO

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia


#PemilihanUMNO: TUN M TAK RESTU AKHRAMSYAH JADI KETUA PEMUDA?


Semalam, kecoh di laman-laman blog dengan bangga mengatakan bahawa calon Ketua Pemuda, Akhramsyah bersama-sama Tun M turun berkempen. Ini kononnya untuk menunjukkan kekuatan yang dimiliki Akhram, dan mahu menimbulkan spekulasi bahawa Tun M merestui Akham.

Tup tup, agak terkejut sebenarnya, selepas Tun M secara terbuka mengumumkan mahu Penyandang Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin kekal ditempat sedia ada. 

Seperti yang diketahui umum, Tun M merupakan individu yang sangat berpengalaman dalam asam garam politik UMNO ini. Jika dia mahu KJ kekal, ini maknanya Akhramsyah masih TIDAK LAYAK untuk gantikan KJ. Disamping, Kekuatan yang ada pada KJ ini sangat utuh untuk menakhodai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal yang kedua.

SEBELUM ITU, TONTON VIDEO INI DAHULU:


Dipetik dari POLITIK HARIAN:

Memetik kenyataan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menunjukkan beliau mahu setiap perwakilan memilih calon yang boleh memenanggi PRU ke 14 akan datang!

Kenyataan ini memberi gambaran tepat dimana, YB Khairy Jamaluddin (KJ) adalah pilihan calon Pemuda UMNO yang dimaksudkkan oleh Tun M.
Bukan sekadar itu... Harus diingat juga bahawa KJ merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda UMNO yang bergelar "wakil rakyat' (YB) yang sudah pasti akan membawa kemenangan pada PRU ke 14 nanti.
"Calon yang menang dalam pemilihan UMNO kali ini menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan perwakilan supaya bijak membuat keputusan sebelum memilih pada 12 dan 19 Oktober.
“Ingat, ini bukan pemilihan di dalam UMNO saja. Kesan baik atau tidak (pada pemilihan ini) hanya akan dapat dilihat pada PRU-14 nanti.
“Kalau perwakilan pilih calon yang tak baik dan tidak sesuai, jangan harap PRU-14 kita akan menang,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas melawat Tapak Pembinaan Terowong dan Kerja Bawah Tanah Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Stesen Cochrane, semalam.
Justeru itu... Pemuda wajib memilih YB Khairy Jamaluddin untuk terus kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ini adalah kerana KJ satu-satunya calon yang terbukti diterima oleh rakyat.
Selama dua penggal KJ menjadi Ahli Parlimen Rembau, beliau telah membuktikan bahawa calon BN ini (PRU13) diterima baik oleh rakyat dengan kemenangan majoriti yang meningkat sebanyak tiga kali ganda.
YB Rembau ini juga mempunyai pengikut ratusan ribu di laman media sosial yang turut membuktikan beliau diterima baik oleh anak muda dari kawasan bandar dan luar bandar.
Akhir kata selamat bersidang kepada semua Perwakilan, ingatlah setiap undi anda akan membawa kemenangan di PRU-14.
SETERUSNYA

Friday, October 11, 2013

#PemilihanUMNO: LAST KOPEK!! KENALI @AzwanBro!!! #Pilih04 #AzwanBro4NKPUM @OneBro4NKP


Terbaik! Secara psikologinya, Infografik adalah merupakan salah satu teknik yang paling berkesan untuk tingkatkan daya ingatan seseorang. Konklusinya? CONFIRM! Nama KHAIRUL AZWAN HARUN diingatan setiap perwakilan! (Ingat No.04 tau)


Azwan diklasifikasikan sebagai Calon NKP yang 'invisible'/'underdog' semasa calon yang lainnya sibuk 'adjust' sana-sini sebelum ini, kini tampil memberikan kejutan yang boleh buatkan calon lain seperti duduk dikerusi yang diletakkan bara api.  


Tak sangka, Azwan mempunyai strateginya tersendiri dan bagi saya ini merupakan strategi yang terbaik dan persis seorang calon vateran yang punyai banyak pengalaman dalam bab tanding-bertanding ini.

Mari kita baca apa yang tersirat pada infografik tersebut. Sumber ini dipetik dari laman Facebook AzwanBro :

KENALI AZWAN BRO SIRI I :





KENALI AZWAN BRO SIRI II:




SO, DAH READY UNTUK [X | No.04] BAGI CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO PENGGAL INI??



















MY SLIDESHARE UPLOAD