Showing posts with label KJ4KP. Show all posts
Showing posts with label KJ4KP. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

#PemilihanUMNO: TUN M TAK RESTU AKHRAMSYAH JADI KETUA PEMUDA?


Semalam, kecoh di laman-laman blog dengan bangga mengatakan bahawa calon Ketua Pemuda, Akhramsyah bersama-sama Tun M turun berkempen. Ini kononnya untuk menunjukkan kekuatan yang dimiliki Akhram, dan mahu menimbulkan spekulasi bahawa Tun M merestui Akham.

Tup tup, agak terkejut sebenarnya, selepas Tun M secara terbuka mengumumkan mahu Penyandang Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin kekal ditempat sedia ada. 

Seperti yang diketahui umum, Tun M merupakan individu yang sangat berpengalaman dalam asam garam politik UMNO ini. Jika dia mahu KJ kekal, ini maknanya Akhramsyah masih TIDAK LAYAK untuk gantikan KJ. Disamping, Kekuatan yang ada pada KJ ini sangat utuh untuk menakhodai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal yang kedua.

SEBELUM ITU, TONTON VIDEO INI DAHULU:


Dipetik dari POLITIK HARIAN:

Memetik kenyataan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menunjukkan beliau mahu setiap perwakilan memilih calon yang boleh memenanggi PRU ke 14 akan datang!

Kenyataan ini memberi gambaran tepat dimana, YB Khairy Jamaluddin (KJ) adalah pilihan calon Pemuda UMNO yang dimaksudkkan oleh Tun M.
Bukan sekadar itu... Harus diingat juga bahawa KJ merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda UMNO yang bergelar "wakil rakyat' (YB) yang sudah pasti akan membawa kemenangan pada PRU ke 14 nanti.
"Calon yang menang dalam pemilihan UMNO kali ini menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan perwakilan supaya bijak membuat keputusan sebelum memilih pada 12 dan 19 Oktober.
“Ingat, ini bukan pemilihan di dalam UMNO saja. Kesan baik atau tidak (pada pemilihan ini) hanya akan dapat dilihat pada PRU-14 nanti.
“Kalau perwakilan pilih calon yang tak baik dan tidak sesuai, jangan harap PRU-14 kita akan menang,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas melawat Tapak Pembinaan Terowong dan Kerja Bawah Tanah Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Stesen Cochrane, semalam.
Justeru itu... Pemuda wajib memilih YB Khairy Jamaluddin untuk terus kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ini adalah kerana KJ satu-satunya calon yang terbukti diterima oleh rakyat.
Selama dua penggal KJ menjadi Ahli Parlimen Rembau, beliau telah membuktikan bahawa calon BN ini (PRU13) diterima baik oleh rakyat dengan kemenangan majoriti yang meningkat sebanyak tiga kali ganda.
YB Rembau ini juga mempunyai pengikut ratusan ribu di laman media sosial yang turut membuktikan beliau diterima baik oleh anak muda dari kawasan bandar dan luar bandar.
Akhir kata selamat bersidang kepada semua Perwakilan, ingatlah setiap undi anda akan membawa kemenangan di PRU-14.
SETERUSNYA

Friday, October 11, 2013

#PemilihanUMNO: @KhairyKJ PERLUKAN SOKONGAN UNTUK SEMPURNAKAN KATA SEPAKAT PEMUDA!!


PETIKAN STATUS DILAMAN FACEBOOK KJ:

"Tanggal 12 Oktober nanti, para perwakilan Pemuda UMNO akan melaksanakan proses demokrasi dalam parti dengan memilih kepimpinan Pemuda di peringkat bahagian dan juga pusat. Ini adalah satu anjakan monumental bagi parti keramat UMNO yang sentiasa menongkah cabaran agar sentiasa relevan dan kekal di kelok perubahan.

Saya akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebagai calon no 1 dan saya berharap rakan-rakan perwakilan akan dapat menyokong dan bersama-sama saya dalam kita meneruskan perjuangan sayap Pemuda UMNO demi agama, bangsa dan tanahair yang tercinta. Saya telah cuba melaksanakan amanah kepimpinan yang diberi dengan terbaik pada penggal lalu dan kini memerlukan anda untuk menyempurnakan apa yang telah kita azam dan rancangkan bersama."


#KJ4KP: FAKTOR KENAPA @KhairyKJ PATUT DIKEKALKAN. PIHAK LAWAN MAIN KOTOR? #PemilihanUMNO


Mengulas semula entri yang diterbitkan oleh Bro Jinggo Bertajuk - " #PemilihanUMNO - Last Bullet @Khairykj #KJ4KP " :
"Rugi kalau kita tukar dengan pemimpin yang baru nak cuba nasib jadi Ketua Pemuda! Buang masa beb!"
Saya SETUJU 110% dengan kenyataan yang dinyatakan dilaman Politik Harian ini, kerana seperti yang semua orang tahu, Pergerakan Pemuda sekarang sudah cukup kuat (mungkin) dan saya percaya banyak lagi misi dalam kerangkaan KJ yang perlu diselesaikan. Banyak aspek yang perlu dititikberatkan oleh perwakilan supaya KJ dapat dikekalkan sebagai Ketua Pemuda.

Pertama

Seperti apa yang diperkatakan tentang perancangan KJ jika dia berjaya kekal sebagai Ketua Pemuda pada penggal ini, iaitu mahu mencetuskan fenomena 'PEREMAJAAN UMNO'. Apakah Peremajaan UMNO ini? adakah semua faham dengan simptom ayat ini? 1=Satu sahaja jalan penyelesaian, perwakilan perlu berikan peluang sekali lagi padanya untuk tunjuk kepada kita maksud perkataan ini. Letak tepi dahulu calon KP lain supaya KJ dapat membuktikan bahawa perancangannya pada penggal ini bukan RETORIK


Kedua, 

KJ merupakan jenis pemimpin KAMIKAZE. Sebagai contoh, dia berdebat dengan pembangkang dengan isu-isu hangat, seperti berdebat dengan Rafizi Ramli dalam isu PTPTN dan berdebat dengan Ambiga dalam isu BERSIH. Terbukti, Selaras dengan perkataan 'Pemuda Berani' - iaitu fenomena yang pernah tercetus suatu masa dahulu. 

Mari kita sama-sama tonton video dibawah untuk fikirkan sejenak siapa Khairy Jamaluddin sebenarnya yang patut ada ditempat sekarang, jangan hanya dengan mendengar omongan negatif dari mulut orang, anda sudah tolak habis-habisan Si KJ ini :



----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukan calang-calang orang, KJ merupakan seorang yang digeruni di Parlimen oleh pemimpin pembangkang. Walaupun usia muda, tapi mampu bisukan mulut Anwar Ibrahim yang paling susah nak dibisukan oleh pemimpin vateran. Saya jamin, calon KP lain, belum tentu boleh buat seperti ini.
KEHEBATAN KJ DI PARLIMEN. TONTON INI PULAK!!




Berapa kerat pemimpin muda dari UMNO berani tampil seperti ini??

Sedangkan baru bertarung dalam gelanggang 1 kapal pun dah main kotor, serang peribadi KJ. Itu maknanya calon itu PENGECUT. Macam mana nak tampil macam ini? Nak serang peribadi musuh juga?

  " Bila ditanya tentang kehangatan Pemilihan UMNO kali ni... aku rasa suam-suam je... tak la seHANGGAT yang aku jangkakan.

Mungkin juga kerana kita tahu akan kekuatan atau kelebihan yang ada pada KJ?

Dan mungkin juga kerana pihak lawan KJ tak ada sengggaaaattttttt! (bacol) guna serangan peribadi terhadap KJ dan keluarga KJ bila tak ada isu!

Tapi kami tak main politik kotor beb! lu orang nak buat... buat la... Jangan malukan Dato' Sri Najib sudah la! Korang boleh baca di sini dan di sini...

OK....

Bukan nak cari pasal tapi nak cerita sikit pasal blogger tempang... (dah tua dah) OutSyed The Box! Beliau merupakan blogger yang menyokong Akhramsyah! Dan membuat serangan yang tidak sepatutnya kepada KJ! Haiiii Akhram dah terdesak sangat ke brader?

Kalau nak menang pun tak payah la nak buat fitnah dan buat serangan peribadi yang tak ada kena mengena dalam Parti... Perjelaskan la apa misi dan visi Akhram! buktikan la kekuatan yang Akhram ada dalam Pemuda! supaya jangan besok bila masuk ke gelanggang lawan/pembangkang kena gelakkan je! hehehe! Kat sini kita dapat perbezaan diantara KJ dangan Akhram! "


SELANJUTNYA

SERANG PERIBADI: Dalam politik, jika pihak lawan sudah mula serang peribadi, maka pihak lawan sudah kalah. Mati akal, sebab pihak sini sudah tiada apa-apa cacat cela lagi.

CONTOH: 

DIPETIK DARI DOUBLE-Y:

Di bawah antara contoh serangan politik bodoh, bangang. Banyak lagi jika hendak ditampal di sini, tapi cukuplah dengan satu contoh di bawah : 

 
Kenapa saya kata bodoh ditambah dengan perisa bangang? 
Sebab mula-mula dia beristigfar panjang-panjang tetapi selepas itu mengutuk (baca mengumpat) mengenai kangkang isteri kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. 
Seterusnya...

DIHARAP PERWAKILAN MEMBERI PELUANG KEPADA KJ UNTUK KEKAL SEBAGAI KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA. #KJ4KP

Tuesday, October 8, 2013

#PemilihanUMNO: EKSKLUSIF!! KUPASAN LENGKAP KENAPA PERLU KEKALKAN @KhairyKJ SEBAGAI KP!! #KJ4KP


Suasana di tingkat 17 bangunan Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya agak ceria petang Isnin ketika team wartawan Agendadaily tiba untuk sesi temubual dengan Khairy Jamaluddin.

Kebetulan waktu itu sebilangan pemimpin Pemuda UMNO datang mengunjungi Menteri Belia dan Sukan itu.Ada juga beberapa orang dari kawasan parlimen beliau di Rembau datang nak jumpa pegawai khasnya.

Santai saja.Tidak terasa suasana protokol di situ.Para pegawai di pejabat menteri itu datang bertegur sapa.

Kami menunggu sekitar 40 minit untuk bertemu Khairy.Setelah jumpa pemimpin Pemuda UMNO beliau terpaksa membereskan beberapa urusan penting.

Melangkah ke ruang utama pejabatnya yang agak simple antara yang jelas kelihatan gambar besar beliau dengan memakai baju colerang dan anak lelakinya Jibreil Ali memberikan tabik hormat.

Juga gambar Khairy bersama tokoh pembebasan Myanmar Aung San Syu Kyi.Ada juga dengan bekas Presiden Amerika Bill Clinton dan beberapa pemimpin dunia lain.

Di satu sudut khas, diframe dengan kemas, wajah isterinya, Nori Abdullah, anak bungsu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Walau dikenal sebagai pemimpin moden dari segi pembawakannya, namun dekorasi pejabatnya kontras, ada campuran antara hiasan tradisional dan perabot moden.


Dua tiga arca kayu di sofa utama selain serangkaian tombok yang menurut Khairy, cukup lama, bersusun cantik di tepi tingkap.

Fokus temubual dengan Agendadaily tentulah mengenai pemilihan UMNO.

Ahli Parlimen Rembau ini yang akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia menjawab satu persatu soalan dengan bersahaja.Ada yang serius dan ada yang diselit dengan gurau senda.

Berbeza dengan pemilihan sengit tahun 2009 dimana beliau terpaksa berentap dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo,kali ini Khairy berdepan dengan empat calon 'lightweight'.

Mereka ialah Syed Rosli Syed Harman,Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi,Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.

Ketiadaan nama besar yang mahu mencabar kedudukannya dikatakan sudah cukup untuk memberi gambaran jelas kepimpinannya dalam pergerakan itu diiktiraf.

Apapun atas nama demokrasi dan sistem pemilihan yang terbuka kali ini Khairy juga terpaksa lalui cabaran.

50 minit berlalu begitu sahaja. Dalam jawapan-jawapannya tidak berselindung.Beliau bercakap terus-terang dan tiadapun off record. Semua yang mahu diperkatakannya, diperjelaskan dengan terang, satu persatu. Orang kata straight forward saja.


Ikuti transkrip temubual Agendadaily bersama Khairy:

YB boleh kita mulakan temubual dengan ulasan YB berkaitan pemilihan UMNO kali ini.Selepas lebih dua minggu berkempen, macam mana YB rasa...?

Secara keseluruhannya saya lihat berjalan lancar, dengan hari ini saya baca kenyataan Lembaga Dislpin parti yang melonggarkan syarat-syarat kempen.Ini saya alu-alukan. Sebab banyak sangat rungutan daripada 'bawah' yang mengatakan syarat-syarat terlalu ketat.

Perkembangan terbaru ini saya fikir bagus.Ia memberi peluang sama rata untuk semua calon.

Untuk jawatan Ketua Pemuda, saya sudah ambil kesempatan untuk turun hampir setiap negeri, bertemu Pemuda-Pemuda di sana bagi meminta sokongan daripada mereka untuk saya melanjutkan tempoh sebagai Ketua Pemuda dalam penggal akan datang.

Alhamdulilah setakat ini maklum balas baik sekali, tetapi saya tidak ambil mudah cabaran yang datang dari pesaing saya...dan saya akan terus berkempen sehingga 12 Oktober ini.

Kenapa kesinambungan itu penting, YB sudah memimpin satu penggal dengan jayanya, kenapa perlu lanjut tempoh lagi?

Kita hendak teruskan usaha untuk memenangi sokongan daripada generasi muda, terutamanya pengundi muda Melayu. Rating kita masa pilihanraya umum lepas 54 peratus sokong kita.Ini survey yang dibuat oleh Merdeka Centre. Ia satu percapaian yang baik, tapi kita kalah pengundi muda bukan Melayu...ini kita perlu bantu rakan-rakan komponen kita untuk bangun semula.

Yang kedua soal kesinambungan ini adalah kita ada ramai ketua-ketua pemuda cawangan dan bahagian yang baru, yang memerlukan latihan dan motivasi supaya Pemuda di peringkat akar umbi dapat kita hidupkan dengan lebih hebat lagi.

Sebab tugas mereka penting untuk memenangi hati pengundi muda dalam PRU akan datang. Justeru saya percaya di peringkat Pemuda Pusat mesti ada kesinambungan, sebab soal nak sediakan pelapis...saya masih lagi tak dapat nak sediakan seramai mungkin.

Kalau kita lihat pembangkang, mereka ramai YB-YB mereka orang muda.Dalam UMNO ada, tapi tidak cukup. Pada PRU lepas kita dapatlah dua tiga orang muda yang masuk Parlimen.

Reezal Merican dari Kepala Batas, Anuar Manap dari Sekijang, Irmohizam dari Kuala Selangor, tapi saya hendak lebih ramai lagi.Jadi amat penting untuk kita ada kesinambungan dan saya menawarkan diri saya sebagai orang yang ada pengalaman dalam Pergerakan Pemuda.

Saya dah pegang Exco satu penggal, Naib Ketua satu penggal dan jika saya menang ini, Insyallah, penggal kedua saya sebagai Ketua Pemuda.Saya rasa saya sudah melalui segala-galanya dalam Pemuda.

Empat tahun yang lepas saya bawa Pemuda dalam keadaan yang begitu susah sekali, tanpa jawatan ( kabinet) selepas tsunama (politik) 2008.Walaupun begitu kita berjaya juga bawa Pemuda ke satu tahap yang baik dan kita nak buat lebih baik lagi.

Saya merayu kepada mereka berilah peluang kepada saya, lagipun saya ada pengalaman, dan calon-calon yang bertanding melawan saya, saya hormati keberanian mereka tetapi majoriti daripada mereka tidak pernah pegang jawatan di bahagianpun.

Bukan saya hendak perkecilkan pengalaman mereka, tapi dalam politik ini mestilah ada pengalaman bawa institusi yang besar. Daripada empat pencabar saya, seorang saja pernah jadi Ketua Pemuda Bahagian, yang lain semua diperingkat cawangan.

(Cabaran) Cawangan dan peringkat Pusat bagai langit dengan bumi. Bukan saya kata saya yang terbaik, tapi saya ada pengalaman untuk jaga pemuda di peringkat kebangsaan.


Bercakap soal nak sediakan pelapis, berdasarkan rekod, dari 191 bahagian UMNO, hanya ada kurang dari 10 orang Ketua Pemuda Bahagian yang menawarkan diri untuk bertanding Exco, macam wujud jurang, kenapa mereka ini tidak dapat menawarkan diri ke peringkat yang lebih tinggi...?

Sebab kita dapati bahawa lebih 70 peratus Ketua Pemuda Bahagian sudah habis umur, jadi dia tidak boleh pergi ke Exco Pusat. Tidak layak dari segi umur. Perkara ini kita dapat atasi hanya dengan kita meremajakan lagi kepimpinan Pemuda di peringkat bahagian.

Maksudnya bila dia jadi Ketua Pemuda Bahagian itu dia bukan penggal terakhirlah, Mungkin dia 34, 35, mungkin lebih muda lagi. Supaya dia ada dua tiga penggal lagi.Jjadi dia boleh bermula dapat pengalaman di peringkat bahagian dulu kemudian ke peringkat lebih tinggi.

Ini persoalan yang dari dulu dibangkitkan, soal justifikasi Ketua Pemuda pegang jawatan dalam kerajaan (menteri) . YB sendiri ada pengalaman dulu pegang jawatan Ketua Pemuda tanpa jawatan kerajaan, macam mana YB lihat perkara ini...?

Ini bergantung kepada individu itu sendiri, jika individu itu boleh bawa Pemuda tanpa jawatan, macam saya bawa empat tahun tanpa jawatan, tidak ada masalah. Pemuda masih bersatu, kita dapat menjalankan banyak program dan orientasi Pemuda itu sengaja saya ubah, dari kumpulan pendesak, kepada kumpulan yang lebih kepada penyelesaian.

Tetapi dengan adanya jawatan kerajaan, ia memberi kekuatan kepada Pemuda, dan apabila tiba masanya untuk kita cakap, saya tidak kisah ada jawatan ke tidak. Contohnya berkenaan soal nak senarai hitamkan peminjam PTPTN, saya sebagai Ketua Pemuda saya cakap tidak boleh, saya cakap di luar dan saya cakap dalam Kabinet juga.

Bagi saya tidak ada masalah. Jadi Pemuda UMNO ini dalam kerajaan pun boleh, luar kerajaan pun boleh. Tapi pada saya lebih berkesan di dalam kerajaan kerana kita boleh bersuara di meja rundingan utama negara, iaitu Kabinet.

Kenapa ada cakap-cakap Pemuda di peringkat akar umbi kurang mempunyai daya saing untuk menawarkan diri bertanding di peringkat Ketua Pemuda (bahagian)?


Saya melihat keadaaan sebaliknya, saya melihat banyak bahagian yang mana ramai bertanding, ada sampai empat lima penjuru, tidak ramai yang menang tanpa bertanding apa-apa juga jawatan dalam Pemuda di semua peringkat.

Di peringkat Exco ada 75 calon yang menawarkan diri. Bagi saya ini petanda yang baik. Ada yang kata ooo UMNO berebut jawatan, tapi bagi saya, UMNO dan Pemuda ini relevan, ramai yang hendak pegang jawatan.Bayangkan jika orang tak mahu terlibat lagi dengan pertandingan, itu petanda yang buruk bagi kita.

Ada satu lagi persoalannya apabila terlalu ramai ahli biasa yang bertanding jawatan utama, bagaimana jika mereka menang tanpa ada akar umbi yang kuat.Mampukah mereka meningkatkan kualiti Ketua Pemuda Bahagian dan juga di peringkat Pusat?

Itu yang saya risau tu, sebab kita buat sistem pemilihan yang terbuka ini, jika orang yang bertanding itu tidak ada pengalaman, dan menang, bukan saya kata tak bagus, tetapi kita kena akui mereka perlu dibantu, agar dapat bawa Pemuda Bahagian.

Kalau tidak pernah melalui bahagian dan tiba-tiba jadi ketua, dia tidak tahu hujung pangkal, macam mana hendak kendalikan mesyuarat, macam mana hendak jaga jentera.

(Contohnya) Saya risau sebab selepas pemilihan parti ini, kita ada pilihanraya kecil di Kedah.Bayangkanlah untuk jawatan saya, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, pilih orang yang tidak pernah bawa bahagian pun, tiba-tiba kena jaga jentera Pemuda UMNO Malaysia. Ini perkara yang serius.

Selepas itu kita kena buat Perhimpunan Agung UMNO Malaysia, jika tidak pernah anjurkan, bukan senang nak jaga floor ni. Macam-macam perangai kat floor ( masa perhimpunan) ni, jadi benda macam ini boleh menjejaskan institusi.

Tapi untuk peringkat bahagian, jika sekiranya ada antara yang tiba-tiba menang, yelah dah rezeki mereka, saya kena cepat-cepat buat program latihan dan kursus kepimpinan. Benda ini satu keutamaan pada saya.


Apakah YB lihat pemilihan UMNO kali ini 'try and error' atau bagaimana, sebab ada banyak perkara yang kita tidak jangka berlaku ( misalnya ramai persoalkan peraturan kempen terlalu ketat dan sebagainya) ...?

Saya ingat 'try and error', sebab ini kali pertama kita buat macam ini dan kita tidak akan balik kepada sistem lama iaitu (hanya) perwakilan pusat (mengundi) . Cuma mungkin kita 'fine tune' sikit dari segi kelayakkan bertanding dan syarat-syarat.

Sistem yang baru ini beri kelebihan pada penyandang, apa komen YB...?


Sistem yang lama pun beri kelebihan pada penyandang, kalau sistem lama untuk jawatan saya, kena dapat 58 pencalonan bahagian.Sistem yang ada kini siapa saja dari cawangan, ada penyokong, pencadang, isi borang boleh bertanding.

Sistem lama sebenarnya banyak membantu penyandang.Sistem baru ini hanya dari segi publisiti memihak kepada penyandang, tapi dalam mana-mana sistem pun secara semulajadinya akan memihak kepada penyandang.

YB, macam mana dengan ada dakwaan mengatakan kepimpinan Pemuda di era YB jadi ketua gagal mengumpulkan kekuatan generasi muda luar bandar terhadap UMNO berbanding di bandar?

Macam mana gagal, jika gagal kita tidak dapat 54 peratus (pengundi muda sokong BN masa PRU13 ).Itu bukan kita buat kajian, orang lain buat. Pengikut saya di facebook dan twitter memang ada dari bandar, tapi kebanyakkannya di luar bandar.

Dengan adanya kementerian ini pun saya banyak beri tumpuan di luar bandar, contoh dulu kita buat Hari Belia di Putrajaya, sekarang ini saya kata kita buat di seluruh negara, supaya orang luar bandar juga turut merasai, sebab inilah yang bagi sokongan pada kita.

Di Rembau, separuh bandar separuh luar bandar, saya menang dua-dua, peningkatan majoriti tiga kali ganda (banding PRU12).

Saya rasa dakwaan itu tidak betul, mungkin ia berpunca dari pendekatan saya yang moden, progresif... ada yang kata liberal.

Berkaitan liberal, ada kritikan terhadap YB, bawa kurang bawa Agenda Melayu dalam program, apa komen YB?

Agenda Melayu saya dari segi hasil bukan retorik. Saya mementingkan keputusan. Agenda Melayu saya dari segi pengisian kepada peluang pekerjaan, perumahan, gaji minimun, dari segi kita bantu mereka yang muflis. Itulah pengisian Agenda Melayu. Saya fokus kepada hasil. Kalau nak cakap saya liberal, cakaplah, tapi bagi saya nasib orang Melayu tidak tergadai semasa saya jadi Ketua Pemuda malah lebih kuat lagi.

Sabtu lalu ada dakwaan dari pesaing kata YB salah guna jentera kementerian untuk berkempen, apa respon YB?

Dia ini tak ada modal, itu jadi modal, kalau hendak bertanding, cakaplah tentang visi dan misi, tapi calon yang buat tuduhan tersebut modal dia adalah untuk memburukkan saya. Hari pertama dia dia hantar borang jadi calon, dia panggil saya 'bangla' sebab saya lahir dan dibesarkan di luar negara.

Saya tidak pilih siapa yang jadi bapak saya. Itu bukan pilihan saya, dia memang bapak saya yang kebetulan pegawai di Wisma Putra dan bertugas di luar negara. Tapi dia kata saya 'bangla' macam pendatang asing. Semalam dia buat tuduhan saya menyalah gunakan jentera kerajaan.

Saya jumpa orang muda setiap minggu, dan program yang kita buat semua, yang dia ni tidak faham adalah ramai dikalangan aktivis belia, kebetulan juga ahli UMNO. Sebab (NGO) belia dan Pemuda UMNO itu tidak boleh dipisahkan. 4B, GPMS semua orang UMNO. Tak akan saya nak kata kamu tak boleh datang sebab ini program kementerian.

Saya bercakap mengenai isu semasa, soal kementerian, tapi ramai yang tanya soal kementerian, kena jawablah. Kebetulan ada calon-calon Exco yang datang, sebab dia tahu ramai perwakilan, MC (pengerusi majlis) umum ya ini calon sekian-sekian... semua dibuat dalam suasana ceria, bukan nak sorok-sorok.

Kalau nak berkempen pun, carilah isu lain, kita tak kacau dia pun.


Mungkin YB nak ulas mengenai Irwan Ambak Khalid Izhar (calon Ketua Pemuda) ini, difahamkan beliau ada pertalian saudara dengan YB...?

Dia sepupu isteri saya, bapak dia dengan arwah ibu isteri saya adalah adik beradik kandung. Tiga bulan yang lepas, dia ada hantar email pada saya, beritahu hasrat hendak bertanding Ketua Pemuda, dia baru saja menang Ketua Pemuda Cawangan tiba-tiba hendak lawan Ketua Pemuda Malaysia.

Hendak kata saya rapat dengan dia, tidaklah sangat, tapi kita ada jumpa dalam majlis-majlis keluarga. Bila dia hantar email pada saya, saya pun tak tahu macam mana hendak respon, saya hantar (FWD) email pada isteri saya dan kata ini sepupu awak... dah buat kerja gila ni... (ketawa).

Pendirian saya, ini parti demokrasi, saya tak mahu pujuk dia, kalau nak lawan-lawanlah... saya beritahu Irwan, ini jawatan Ketua Pemuda Nasional, bebannya besar, saya tak mahu awak tersalah langkah, tapi dia kata hendak juga, saya kata tak apalah...

Untuk orang kata saya sengaja letak dia di situ untuk pecahkan undi... tak betul, tak perlu saya buat kerja begitu (ketawa).

Macam mana YB tengok pemilihan kali ini berbanding pemilihan yang dulu ketika lawan Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir?

Ya, bukan saya take for granted (cabaran kali ini) bahkan saya beritahu anak buah saya, mana-mana cabaranpun perlu dipandang serius. Tapi kalau nak banding dengan 2009 jauh bezalah. 2009 itu sengit sekali. Saya rasa kali ini tidak sesengit dulu.

Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda (NKP), antara Azwan, Jamawi, Lokman, Iruan ada kekuatan masing-masing, sayang sungguh perwakilan hanya perlu memilih seorang dari mereka, bagi YB sendiri, NKP yang macam mana YB idam-idamkan?.

Saya nak seorang yang boleh melengkapi saya, dia memahami visi saya dan boleh mengalas tanggungjawab bersama. Saya walaupun sudah jadi menteri tidak akan kurangkan aktiviti Pemuda saya. Saya memerlukan seorang Naib yang boleh berkongsi tanggungjawab dengan saya.

Dan saya lihat keempat-empat ini ada ciri-ciri yang saya mahukan itu, semua saya kenal. Mereka berpengalaman, tiga dari mereka adalah Exco Pemuda dan seorang Ketua Pemuda Negeri. Saya memahami mereka, mereka memahami saya, saya tidak ada masalah dengan keempat-empat mereka.

Semua ada kekuatan masing-masing. Contohnya Iruan adalah seorang aktivis akar umbi, dia dalam mesyuarat exco selalu bangkitkan soal akar umbi, dan style saya dalam mesyuarat saya bagi semua cakap, dan dia memang bawa suara dari akar umbi.

Lokman dia punya kelebihan adalah dari segi penghujahan, dia berani ke depan.

Jamawi dia adalah aspirasi pemuda dari luar bandar, dia memahami sebab dia datang dari Sabah, dia memahami soal pembangunan, peluang pekerjaan, bangunkan Pemuda.

Azwan Bro profesional, dia memahami soal pelajar-pelajar universiti, profesional di bandar. Kemepat-empat ini ada kekuatan masing-masing.


Memang betul, saya rasa amat rugi sebab kita akan kehilangan tiga daripada empat ini... melainkan saya lantiklah kemudian.... tengok macam mana... hahaha.

Tadi YB kata mahu kumpulan pelaksana, jadi antara empat-empat ini mana satu yang boleh melaksana...?

Keempat-empat boleh... tapi kita perlukan juga kumpulan pendesak, bukan saya kata kita tak perlu kumpulan pendesak, saya kata kita perlu jadi lebih sekadar kumpulan pendesak.

Mungkin hari ini sebagai menteri susah saya hendak panjat pagar kedutaan, mungkin kita perlukan naib yang saya boleh call dan kata "pagi ni you pergi panjat kejap pagar kedutaan itu..." dan kemudian yang boleh juga laksanakan kanival kerjaya kita. Kena ada orang yang boleh buat dua-dua itu.

YB kita beralih kepada Majlis Tertinggi UMNO, apakah empat calon yang ditonjolkan Pemuda, calon terbaik yang boleh mewakili suara orang muda (jika menang kerusi MT) ?

Dulu kita endorse satu saja, tapi kerana kini kita dalam proses peremajaan parti, kita endorse empat. Kita yakin kita menyahut suara akar umbi yang mahu meremajakan parti. Kita beri keutamaan kepada yang kanan dalam parti dan wakil rakyat, DRI dan RM (Datuk Razali Ibrahim) dan RM (Datuk Seri Reezal Merican), dua-dua wakil rakyat. Dua-dua memahami jiwa Pemuda dan sudah sampai tahap mereka gradute dari Pemuda ke alam dewasa.

Yang ketiga Sohaimi (Shahadan). Saya nampak dia banyak bawa isu ekonomi, termasuk isu kemuflisan yang kita pinda untuk bantu orang Melayu ini, ideanya daripada dia dan saya. Dia memang memahami isu agenda ekonomi orang Melayu sebab itu kita ketengahkan dia.


Tun Faisal sebab dia ada pengalaman dalam media baru, sekurang-kurangnya dia boleh beri in-put dalam perang kita di dunia siber. Kita ada sebab yang kukuh untuk ketengahkan keempat-empat mereka ke dalam MT. Masing-masing ada kekuatan dan saya harap MT akan beri sokongan kepada calon Pemuda ini atas semangat nak remajakan UMNO.

Mungkin tiga calon yang YB sebut tadi umum tahu, bila sebut soal Tun Faisal ada gosip-gosip yang kata ia kerana hubungan beliau dengan Datuk Seri Hishamuddin dan YB pun rapat DS Hiham dan kerana itu Tun Faisal dinamakan sebagai calon MT?

Tak juga, tak ada kena mengena dengan Datuk Seri Hishamuddin. Saya praktis open dalam mesyuarat exco, masa kita hendak endorse calon Pemuda untuk MT itu hanya tiga orang, Razali, Reezal dan Sohaimi, tapi saya kata kalau ada sesiapa yang lain yang hendak dipertimbangkan percalonannya oleh exco, sebelum kita endorse, sila cakap, dan dia (Tun Faisal) sendiri angkat tangan dan kata nak pergi.

Kita bincang dan semua setuju atas sebab dia ada pengalaman dalam dunia media baru ini. Jadi ini adalah endorsement dari seluruh Pemuda bukan saya sendiri.

Kalau kita boleh anjak ke depan sikit, ramai yang cakap untuk pusingan akan datang akan jadi pertembungan YB dan Datuk Mukhriz (kalau dia menang)... macam mana YB lihat ini?

Bagi saya, saya tidak simpan perasaan sedih atau tidak puas hati dari pemilihan yang lepas. Kita ini satu pasukan, kita perlukan semua orang dalam UMNO. Kalau kita sesama kita dah cuba menjatuhkan antara satu sama lain, yang rugi UMNO.

Soal pencalonan beliau, itu adalah keputusan peribadi beliau dan kita nilailah berdasarkan apakah misi dan agenda yang beliau hendka bawa. Tanpa berbelit-belit, untuk jawab soalan itu, saya tidak fikir tentang pemilihan akan datang.Bagi saya sekarang dan PRU14. Itu yang penting.


Ada yang kata Datuk Mukhriz terlalu awal untuk tawar diri tanding Naib Presiden... apa komen YB...?

Ini soalan nak pancing ni, kalau saya satu hari baru masuk politik bolehlah... (ketawa) ada yang cakap begitu, ada yang cakap kita perlu ambik kesempatan apabila masa mengizinkan. 'Pukul bila ada peluang'. Ada yang kata ambik masa, jadi terpulang pada perwakilan untuk buat pilihan.

Ada yang kata Datuk Mukhriz kena pergi (tanding) dulu sebelum KJ pergi (tanding jawatan itu)... macam mana tu?

Macam saya kata tadi, saya tak mahu 'layan' soalan begitu, sebab ia berbentuk andaian empat tahun akan datang, dan saya tidak mahu jawab berdasarkan andaian. Kita perlukan semua orang dalam UMNO sekarang ini.

Dari senarai 75 yang tawar diri bertanding Exco Pemuda, kita lihat ada kepelbagaian latar belakang, ada ustaz, artis, ahli perniagaan, pegawai khas, cikgu, bagaimana YB lihat fenomena ini?

Kita perlu pada kepelbagaian, bila saya berucap, saya tidak sebut nama, saya sebut kita perlu orang agama, supaya boleh jawab perkara-perkara berkaitan agama, kita perlu juga golongan profesional, berpendidikan tinggi, supaya boleh masuk ke universiti, berdialog guna bahasa-bahasa yang difahami oleh golongan profesional.

Dalam masa yang sama kita perlu aktivis masyarakat, yang tahu lapangan, saya tak letak syarat semua mesti ada ijazah, kita perlukan orang yang ada 'touch' dengan orang kampung, makcik-makcik, itu kadang-kadang yang profesional tidak ada 'touch' itu.

YB ada pengalaman kerja dengan ketiga-tiga Naib Presiden sekarang ini, macam mana YB melihat keserasian mereka?

Saya lihat istilahnya sekarang ini adalah 'keserasian' bukan pakatan. Memang saya boleh sahkan keserasian mereka bertiga ini. Saya melihat dari dekat sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan, sebagai ahli Biro Politik, ahli MT yang terlibat secara langsung dengan keputusan peringkat tertinggi parti sejak empat tahun lepas, saya lihat mereka mempunyai keserasian yang tinggi. Dan saya juga rasa perkara ini memberi keselesaan kepada Presiden dan Timbalan Presiden. Bukan saya kata ada endorsement atau ada pakatan, cuma saya lihat Presiden dan Timbalan Presiden selesa dengan tiga Naib Presiden yang sedia ada.



Boleh beri pandangan YB mengenai Datuk Seri Zahid, Datuk Seri Hisham dan Datuk Seri Shafie...?

Datuk Seri Zahid adalah seorang pemimpin yang tegas, datang dari kilang pemuda, seorang pemimpin yang dapat melaksanakan tugas dengan cepat dan tegas. Amat diperlukan dalam kepimpinan parti.

Datuk Seri Hishamuddin bagi saya mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan, seorang yang jujur, ikhlas dan berpandangan jauh. Dia mungkin sebab pegang jawatan Menteri KDN dalam keadaan yang mencabar sekali maka ada banyak persepsi. Bagi saya beliau telah mengimbangi antara keperluan rakyat dan ketegasan seorang Menteri KDN. Beliau pada saya seorang yang wajar kita berikan tempat...

Beliaulah Naib Presiden yang bertanggungjawab terhadap pindaan perlembagaan, kalau nak cakap soal kebebasan dan pemerkasaan demokrasi dalam UMNO, dialah yang buat benda itu, tapi... dia buat dalam keadaan di mana dia sendiri tahu mungkin kedudukan dia sendiri akan tercabar, tapi dia sanggup buat demi kebaikan parti, jadi saya rasa itu satu pengorbanan yang perlu kita ikftiraf.

Datuk Seri Shafie pula sentiasa on the ground sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, beliau banyak bawa pembangunan ke luar bandar dan sedikit sebanyak kemenangan kita di luar bandar kerana kekuatan beliau. Bagi saya bila tengok gandingan tiga orang ini, gandingan yang baik.

Sentuh pasal PRU13 dikatakan ibu segala pilihanraya, menjelang PRU14 disebut sebagai bapak segala pilihanraya... ramai yang kata kehangatannya akan tetap sama menjelang PRU14, macam tiada akhirnya... apa komen YB?

Saya yakin kehangatannya sama, cuma kita diberikan satu peluang keemasan empat tahun lebih akan datang, untuk kita buktikan pada rakyat, kitalah pilihan terbaik mereka. Bagi saya PRU13 adalah cukup penting, turning point, di mana kalau kita kalah habislah.

Tetapi rakyat masih bagi kita peluang, jadi kita tidak boleh sia-siakan rakyat. Kalau kita dapat laksanakan semua yang kita janji dalam manifesto, saya rasa kita akan dapat sokongan yang bertambah dalam PRU14.

Lima tahun akan datang (Datuk Seri) Anwar tidak sehebat hari ini, dia semakin berumur, sekarang ni nampakpun dia sudah meroyan sana-sini, dia bukan force lagi. Tapi kita ingat di bawah Anwar banyak lagi orang muda, anak dia (Nurul Izzah), Tony Pua, Rafizi, Chin Tong, DAP orang muda dapat undi paling tinggi. PRU akan datang adalah post Anwar... pasca Anwar.

Kedua selain kita melaksanakan semua janji kita, kita kena serius dalam isu ketirisan dan penyelewengan macam yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara. Saya tengok rakyat memang marah, orang UMNO pun marah, ini kita kena serius.

Saya pertahankan bila kita umum nak kurangkan subsidi, tapi bayangkan tiga minggu lepas itu keluar Laporan Audit Negara yang kita beli jam hargam RM3000, kasut kastam tak boleh guna, orang marah. Bagi kami dalam Pemuda, kita kena bersuara soal penyelewengan ini.


Kalau kita tengok soal pengundi ini, berkenaan daftar pemilih, kita kurang mendaftar macam pembangkang buat... YB setuju ke?

Kita lebih, kalau kita lihat statistik, UMNO paling banyak daftar pengundi...lepas tu DAP, PAS, PKR, baru MCA dan MIC.

Kita menang Melayu, tapi kita kalah bukan Melayu. Kawasan Melayu memang kita memang, cuma gambaran keseluruhan nampak macam kita kalah kerana kawasan-kawasan bandar.

Di kawasan bandar, luar bandar Melayu, kita menang 53 peratus pengundi muda, tapi bila masuk bandar, pembangkang menang sampai 70 peratus.

Untuk PRU akan datang kita cadangkan kerajaan jadikan pendaftaran pengundi secara automatik, umur 21 saja layak mengundi. Tak perlu buat kerja dua kali. Perkara tersebut sedang diperhalusi dan memerlukan pindaan pada perundangan.

Bagaimana YB menggunakan media sosial untuk tarik sokongan... YB antara yang paling ke depan dikalangan pemimpin muda berinteraksi dengan orang ramai menggunakan Facebook dan twitter... ulas sikit...?

Media sosial merupakan medium orang muda hari ini. Bukan bermakna media tradisi tak laku, tapi saluran paling popular media tradisi sekarang ini adalah media sosial.

Sebagai pemimpin dalam UMNO kita kena ada kekuatan dalam media sosial, ia akan membantu, macam saya ada ratusan ribu pengikut di facebook dan twitter, ia bukan untuk saya saja, tapi UMNO dan BN, sebab saya mewakili UMNO dan BN.

Tengok pembangkang masa PRU13 dulu, FB dan twitter kita dah okay, kita kalah mengenai youtube, video mereka lebih banyak, interaktif, dari kita. Ini yang kita kena buat sesuatu.


YB ulas sikit mengenai Ahli Parlimen BN... kita lihat dulu YB antara ahli BN backbencher ( yang ligat berbahas).Sekarang ada ahli baru, dua sesi sidang Parlimen ( selepas PRU13) ini macam mana keadaannya?

Saya lihat beberapa orang boleh jadi perisai kepada kerajaan, Antaranya Reezal, Azeez (Rahim) Baling, Aziz Sheikh Fadzir, telah mula ambil alih peranan kami di BNBBC ( backbencher) dulu. Kita juga ada orang lama, saya teruja lagi, saya tengok Tan Sri Annuar Musa bagus. Dia macam Tan Sri Shahrir Samad juga, mereka tiada ego, walaupun mereka bekas menteri.

Bila mereka bercakap sebagai bekas menteri, tak ada orang yang nak menyampuk...

Saya kecewa sikit dengan pembangkang, ingat mereka makin hebat, tapi tak lah sangat, Tony, Rafizi, dia lagi hebat masa dulu, masa dia buat sidang akhbar di lobi parlimen ...masuk dewan jadi mandul sikit.

( Rafizi) ini masalah bila orang masuk gelanggang sebenar, dia mula kecut.

Soalan akhir YB, jika dipilih semula jadi Ketua Pemuda, dan mungkin ini penggal terakhir, apa yang YB nak capai dalam penggal ini...?

Saya tak boleh meramalkan masa depan, tapi untuk empat tahun akan datang, saya hendak meninggalkan Pemuda dalam keadaan lebih baik dari apa yang kita ada hari ini. Kita dah berjaya fasa pertama. Fasa kedua ini untuk menyediakan pelapis, untuk kita latih kader-kader parti yang baru.

Tugas penggal kedua ini, bukan hanya mendamping pengundi macam yang kita buat penggal pertama, tetapi juga dalaman, iaitu meninggalkan pemuda yang ada motivasi, yang rajin, yang bersuara yang bersedia untuk mewarisi perjuangan ini.

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/50-minit-bersama-khairy.html
http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/50-minit-bersama-khairy.html

Sunday, October 6, 2013

#KJ4KP SOUND CALON KP, BUKTI @KhairyKJ TEGAS!!


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menyangkal tuduhan pencabarnya Syed Rosli Syed Harman Jamallulail yang mendakwa beliau menyalahgunakan jentera Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berkempen bagi pemilihan UMNO.

Beliau berkata tuduhan itu menunjukkan Syed Rosli tidak faham bahawa Pemuda UMNO dan belia tidak boleh berpisah kerana ramai di kalangan anggota-anggota persatuan belia juga adalah anggota Pemuda UMNO.

"Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya adakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia. Mereka ini juga kebanyakannya anggota Pemuda UMNO yang menjadi perwakilan.

"Tuduhan ini tidak betul kerana saya berjumpa dengan pemimpin belia yang kebetulannya anggota Pemuda UMNO (perwakilan) dan berjumpa untuk berbincang isu semasa yang kebetulannya sekarang adalah mengenai perwakilan....jadi ada juga saya terangkan mengenai beberapa perkara mengenai pemilihan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Syed Rosli yang mengadakan sidang media di Kuala Lumpur pada Sabtu. Khairy berkata Syed Rosli sepatutnya menggunakan bahan lain untuk berkempen seperti kebaikan dan rekod kepimpinan yang pernah beliau lakukan tanpa perlu memburukkan calon lain.

Mengulas mengenai 75 calon yang menawar diri sebagai Exco Pemuda UMNO, Khairy berkata ia bukti parti itu masih relevan dalam membawa aspirasi kerajaan kepada rakyat.

"Apa pun, saya mahu perwakilan memilih calon yang terbaik, yang sedia berkhidmat sepanjang masa, bukan hanya ketika kempen pemilihan parti sahaja," katanya.

Saturday, October 5, 2013

#PemilihanUMNO: LET'S SEE!! @KhairyKJ MAHU BEKERJA UNTUK PEMUDA LAGI!! #KJ4KP


"Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia: Tinggal lebih kurang seminggu sebelum perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara menentukan kepimpinan untuk penggal akan datang.

Sepertimana yang rakan-rakan sedia maklum, saya sekali lagi menawarkan diri untuk terus menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jawatan yang saya sandang sejak tahun 2009.

Selama empat tahun yang lepas, pelbagai program telah Pemuda UMNO-BN laksanakan dengan tema mendekati orang muda melalui politik khidmat bakti. Program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO-BN di bawah kepimpinan saya menyentuh isu-isu yang menjadi kebimbangan anak muda negara terutamanya yang berbangsa Melayu.

Hasil kajian yang telah kami buat dalam BN Youth Lab beberapa tahun dahulu, pendekatan Pemuda UMNO-BN telah diubah secara menyeluruh. Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik.

Oleh yang demikian, saya telah membawa Pemuda UMNO-BN kearah solutions-based politics yang mementingkan jalan penyelesaian dan bukan hanya tahu mendesak kerajaan tanpa cadangan atau pelan pelaksanaan sendiri.

Contohnya, kita mendapati orang muda risau dengan masa depan kerjaya mereka dan juga kos sara hidup yang meningkat. Pemuda UMNO-BN telah bertindak atas kebimbangan ini dengan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) yang sudah masuk tahun keempat penganjuran dan telah menjelajah ke seluruh negara. BN Youth Job Fair telah menerima hampir sejuta pengunjung sejak ia bermula dan telah membantu 140,000 orang - majoritinya anak muda - mendapat peluang pekerjaan.

Pemuda UMNO-BN juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menangani masalah perumahan untuk orang muda melalui BNY HOPE yang akhirnya menjadi polisi baharu melalui PR1MA, Skim Rumah Pertamaku dan rumah transit untuk orang muda. Jelajah 1Malaysia atau JOM dibawah Pemuda UMNO-BN pula telah berjaya membaik pulih ratusan rumah usang orang muda di seluruh negara.

Pemuda UMNO-BN juga telah memperjuangkan isu gaji minimum bersama kesatuan-kesatuan sekerja sehingga ia menjadi realiti. Pada akhir tahun ini Akta Kebangkrapan akan dipinda hasil daripada usaha kami untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang dibelenggu status muflis.

Banyak lagi program-program yang kami telah buat selama empat tahun lalu. Pemberian biasiswa untuk anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah untuk ke IPTS juga telah kita berikan melalui BNYES, lesen motosikal diberi dengan harga yang terendah melalui (BL1M) yang masih dalam pelaksanaan, gerakan sukarelawan dibayai melalui Dana Belia 1Malaysia (kini diambil alih 1M4U), profesional muda dilibatkan dalam politik melalui BNYV dan isu keadilan sejagat sering dibangkit terutama isu Palestin.

Ini tidak termasuk peranan Pemuda UMNO-BN sebagai suara orang muda. Sebagai contoh, baru-baru ini kami membantah cadangan PTPTN untuk menyenaraikan para peminjam yang lewat membayar atau tidak membayar hutang di bawah senarai CCRIS sehinggakan cadangan itu tidak diteruskan.

Inilah antara pencapaian kami selama empat tahun yang lepas. Memang betul, corak kepimpinan Pemuda UMNO sekarang berbeza dengan zaman dahulu.

Namun saya berpendapat gaya lama di mana Pemuda sinonim sebagai kumpulan pendesak semata-mata sudah tidak relevan lagi.

Insya'Allah sekiranya diberi mandat sekali lagi, saya akan terus memimpin Pemuda UMNO-BN supaya kami dapat membawa lebih banyak lagi idea penyelesaian atau solutions untuk orang muda. Semua orang boleh bercakap, tetapi bukan semua yang boleh melaksanakan.

Mohon sokongan rakan-rakan pada 12hb Oktober. Saya, KJ, sekali lagi menawarkan diri sebagai calon nombor 1 bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia".

Friday, October 4, 2013

#PemilihanUMNO: KENAPA @KhairyKJ PERLU DIPERTAHANKAN SEBAGAI KETUA PEMUDA? #KJ4KP


Mengapa KJ perlu dipertahankan sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Dipetik daripada BH:

Khairy membuat perbandingan mengenai zaman beliau bertanding ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden UMNO dan secara bersendirian sekarang. Ikuti temubual wartawan BH, Razak Rashid Ghows dengan beliau.

Wartawan: Kenapa saudara menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan tidak bertanding jawatan lebih tinggi?

Khairy: Saya melihat kerja saya dalam Pemuda UMNO masih lagi belum selesai. Saya sudah meletakkan fasa pertama ketika menjadi Ketua Pemuda di mana kita beri tumpuan kepada langkah menstrukturkan semula Pemuda UMNO. Tujuannya bagi menjadikan Pemuda badan yang fokus kepada masalah orang muda dan penyelesaian seperti isu pekerjaan, pendidikan, perumahan, iaitu lebih berorientasikan isu berbanding dulu. Sebelum ini ia lebih retorik politik, sekarang lebih kepada penyelesaian. Fasa kedua bagi memastikan perubahan ini dapat diinstitusikan melalui program pendidikan politik baru di mana kita mahu lahir ramai lagi pelapis yang mempunyai pandangan moden dalam politik di mana perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air tetap menjadi teras kita. Ahli politik dan pemimpin politik muda yang memahami cabaran yang dibawa politik baru, soal isu tadbir urus yang baik, hak asasi manusia, hubungan kaum dan sebagainya supaya kita dapat kembalikan sokongan orang muda kepada Barisan Nasional (BN) dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.


S: Apakah itu bermakna saudara tidak berpuas hati dengan pencapaian Pemuda UMNO sejak mengambil alih jawatan itu pada 2009?

J: Saya puas hati dengan pencapaian setakat ini, cuma kita kena melanjutkan prestasi kita. Kita kena pastikan apa yang kita dapat buat selama ini dapat ditanamkan ke akar umbi. Ada pelbagai cabaran untuk kita gerakkan Pemuda dari segi pentadbiran, dari segi semangat ahli. Kita kena beri tumpuan lebih kepada soal kepemimpinan. Bila kepemimpinan pada peringkat bahagian itu kuat dan punyai idealisme tinggi, kita dapat lahirkan lebih ramai pemimpin berkaliber peringkat bahagian dan kita dapat meningkatkan prestasi keseluruhan. Saya menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebab penggal pertama, saya tidak ada jawatan dalam kerajaan. Penggal kedua sudah dapat amanah menjaga Kementerian Belia dan Sukan. Saya nampak kita boleh bawa agenda ini bersama di mana saya jaga belia negara dan juga Pemuda dalam UMNO itu sendiri. Kekuatan itu saya akan guna untuk tingkatkan lagi prestasi Pemuda UMNO.

S: Ke mana hala tuju Pemuda UMNO yang saudara akan bawa atau agenda Pemuda UMNO selepas ini sekiranya terpilih semula?

J: Agenda saya ialah untuk menjadi tempat pertemuan atau ‘interface’ utama bagi UMNO dan generasi muda. Kita tahu bahawa generasi muda menjadi kuasa besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan juga akan menjadi kuasa besar dalam PRU-14. Kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan pengundi muda Melayu antara umur 21 hingga 30 tahun, kira-kira 54 peratus menyokong BN pada pilihan raya lalu. Itu petanda baik bagi kita, tetapi pengundi muda daripada kaum lain tak berapa menyokong BN. Itu cabaran untuk kita, macam mana UMNO boleh memainkan peranan bagi meningkatkan sokongan daripada orang muda Melayu dan macam mana boleh bantu BN untuk cuba meyakinkan yang lain juga. Jadi hala tuju saya masih lagi ‘politikal’, macam mana untuk bawa undi pada pilihan raya akan datang.


S: Ternyata saudara sudah melalui pelbagai dugaan dan jatuh bangun dalam politik. Bagaimana saudara melihat peluang kali ini?

J: Setiap kali bertanding saya serah kepada perwakilan atau pengundi, cuma kita boleh buat yang terbaik dengan menawarkan idea atau wawasan yang jelas. Yang selebihnya kita serah kepada perwakilan. Saya menang pada 2009 dalam keadaan yang susah. Waktu itu orang kata menantu Presiden UMNO dan sebagainya, tetapi presiden yang hendak keluar, Pak Lah (Abdullah) pada waktu itu hendak meletak jawatan. Jadi ia tidak beri apa-apa kelebihan kepada saya. Tapi dalam keadaan itu masih lagi boleh menang, lawan bekas menteri besar, lawan seorang yang ada nama besar dalam UMNO tetapi dapat mengatasinya, Alhamdulillah berkat sokongan daripada kawan-kawan. Jadi kali ini pun saya buat yang sama, bukannya saya mahu kekalkan jawatan ini untuk diri saya, tetapi saya menjawab panggilan perjuangan. Jadi saya serah kepada perwakilan sebab saya sudah tahu jatuh bangun dalam politik, peritnya bila kita jatuh, apa perasaannya selama empat tahun. Saya tidak tahu peluang saya macam mana dan saya serah pada budi bicara perwakilan. Saya yakin perwakilan boleh menilai sebab nak jaga Pemuda dengan keahlian hampir 650,000 dan jaga pentadbiran bukan perkara senang. Kita menghormati setiap calon yang menawarkan diri, tetapi kalau tak ada pengalaman jadi Ketua Pemuda bahagian atau cawangan, macam mana nak jaga organisasi nasional yang ada 650,000 ahli.


S: Dulu saudara bertanding dalam bayangan ‘Perdana Menteri’, kali ini bertanding sebagai Khairy Jamaluddin tanpa bapa mentua. Kini saudara menghadapinya bersendirian?

J: Saya tidak melihatnya sebagai masalah sebab pemilihan lepas pun tidak bawa apa-apa kelebihan kepada saya (sebagai menantu Perdana Menteri). Sebabnya, pada pemilihan lalu beliau adalah Perdana Menteri yang akan melepaskan jawatan, presiden yang akan melepaskan jawatan, jadi tak ada apa-apa pengaruh pada saya.


S: Persepsi orang ramai mungkin lain, saudara dikaitkan dengan Perdana Menteri?

J: Mungkin persepsi itu membawa masalah kepada saya pada waktu dan ketika itu. Kali ini bila tidak ada apa-apa kaitan dan saya bertanding atas diri saya sendiri, mungkin mereka boleh nilai. Selama empat tahun saya menjadi Ahli Parlimen biasa dan penyokong kerajaan, sering kali berentap dengan pembangkang, bawa Pemuda UMNO selama empat tahun tanpa apa-apa jawatan, tetapi masih lagi bertahan. Ramai yang kata dia tidak akan sampai satu tahun bawa Pemuda UMNO dan akan mengaku kalah dan ada orang yang akan buat undi tidak percaya. Dalam keadaan ini, saya dapat bertahan selama empat tahun, Alhamdulillah saya diberi rezeki ini dan saya harap dapat gunakan rezeki ini untuk bantu Pemuda supaya lebih baik lagi.


S: Cara saudara dan beberapa orang dalam Pemuda atau UMNO sendiri berlainan daripada orang lama, khususnya dari segi pemikiran. Saudara lebih terbuka dan kerap kali dilihat sebagai menentang arus. Bagaimana saudara boleh menyesuaikan diri dan mengimbangi antara lama dan baru?

J: Apabila kita menyahut agenda transformasi Presiden parti yang juga Perdana Menteri, kita kena buktikan melalui pemikiran baru. Itu yang dituntut oleh transformasi. Kalau kita cakap soal transformasi tetapi tidak bawa transformasi dalam pemikiran, kita tidak akan bawa apa-apa perubahan. Yang penting walaupun pemikiran saya kadangkalanya berbeza dengan pemimpin lain lebih senior, penghormatan itu tetap ada dan kita akan bertemu dengan mereka. Saya selalu suka berbincang dengan pemimpin lebih senior, dalam kalangan menteri dan menteri besar, saya akan jelaskan pandangan daripada generasi saya. Bukan bermaksud kita nak lari daripada perjuangan asal UMNO nak bantu Melayu dan pastikan agama dan bangsa pelihara. Itu tetap mesti ada, tetapi soal politik baru yang saya sebutkan tadi, urus tadbir baik, pemikiran lebih terbuka, termasuk kepada kebebasan bersuara dan sebagainya, itu kita kena jelaskan. Ini tuntutan generasi saya, mungkin bukan generasi anda, tetapi generasi kami. Saya melihat diri saya sebagai pembawa obor generasi saya seperti mana mereka satu ketika dulu bawa aspirasi generasi mereka. Saya nampak penghormatan itu ada, tiada masalah.


S: Dalam pemilihan ini, ada empat calon lain akan mencabar saudara.

J: Saya terbuka sebab sistem kita yang sama-sama pinda empat tahun lalu (2009) yang mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO adalah parti yang terbuka. Kita buka kepada perwakilan di peringkat bahagian untuk memilih jawatan tertinggi dalam UMNO. Yang kedua, kita buka seluas-luasnya, dengan sedikit syarat kepada ahli kita untuk bertanding, hatta jawatan tertinggi dalam parti. Bila sudah buat pindaan itu, takkanlah sebagai antara pemimpin yang menyokong pindaan itu, saya nak kata oh tak boleh bertanding lawan saya. Bila ada orang nak bertanding Ketua Pemuda kita mengalu-alukan atas semangat keterbukaan dalam parti. Tetapi bagi saya untuk perwakilan, dia kena fikir sedalam-dalamnya, ini bukan pesta populariti sekelip mata saja. Ini adalah soal masa depan parti, mesti bertanggungjawab.


S: Bagaimana pandangan saudara berhubung kesediaan Datuk Mukhriz Mahathir untuk bertanding jawatan Naib Presiden?

J: Beliau adalah seorang pemimpin generasi muda dalam parti kita yang ada masa depan cerah dan berjaya menjadi Menteri Besar Kedah. Kita berharap beliau dapat membangunkan Kedah dengan baik dan kekalkan kekuasaan BN di Kedah. Soal dia nak bertanding jawatan apapun dalam parti, terpulang kepada dia sebab dalam semangat keterbukaan, kita tidak boleh halang. Kita perlu semua pemimpin memainkan peranan dalam UMNO. Saya tidak mahu lihat pemimpin kita bergaduh sampai kita kerugian seorang pemimpin yang boleh membantu pasukan UMNO.


S: Andainya masa depan ini adalah hak anda dan Mukhriz sebagai pelapis, boleh saudara bekerja sebagai satu pasukan?

J: Saya tidak ada masalah, kita pernah bekerja sebagai satu pasukan ketika saya menjadi Naib Ketua dan beliau EXCO Pemuda UMNO. Saya sudah kenal beliau begitu lama. Saya rasa dalam UMNO, saya antara orang yang kenal beliau paling lama sejak umur saya enam tahun lagi. Dia lebih tua daripada saya 11 tahun dan saya kenal dia daripada kecil lagi. Jadi saya tidak ada masalah dengan dia, untuk kebaikan parti.


S: Apa pandangan saudara mengenai sistem baru pemilihan UMNO ini?

J: Tiada siapapun tahu sebab kali pertama nak buat. Insya-Allah saya berharap tiada pertikaian sebab kita semua bersetuju dengannya. Saya harap ia berjalan lancar.


S: Terdapat banyak seruan, saranan, gesaan daripada banyak pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang mahu golongan muda diberi laluan untuk mengambil alih kepemimpinan UMNO di semua peringkat.

J: Itu saranan yang baik dan sebagai Ketua Pemuda takkan saya tak sokong saranan itu. Saya nak melihat lebih ramai lagi orang muda diberi tempat. Tetapi yang penting ialah kombinasi yang baik. Kita perlu juga yang berpengalaman, sebab itu Pemuda UMNO kita tawar empat orang untuk bertanding dalam Majlis Tertinggi (MT). Saya harap mereka dapat tempat dalam MT. Kita nak tunjuk bahawa proses peremajaan dalam UMNO bukan hanya terhad pada Pemuda dan Puteri, tetapi juga dalam arus perdana, parti induk dan kalangan orang dewasa ada kepemimpinan orang muda.


S: Mengenai Wanita UMNO pula, bagaimana saudara melihat tindakan kompromi Datuk Seri Azalina Othman dalam perebutan jawatan Ketua Wanita?

J: Saya lihat mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sekiranya Azalina bertembung dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kita akan kehilangan salah satu daripada dua orang itu. Saya lihat Shahrizat masih lagi kuat dalam Wanita dan Azalina mungkin tidak berjaya. Kita akan kerugian sebenarnya sebab Azalina adalah pemimpin yang ada bakat dan masa depan. Dengan kompromi, kita dapat kekalkan kedua-duanya, sudah tentunya lebih baik untuk kita. Shahrizat akan terus jadi Ketua Wanita, kestabilan pada Wanita UMNO dan dapat menyediakan Azalina untuk ambil alih kepemimpinan Wanita satu hari nanti.


S: Apa pandangan saudara mengenai penyertaan orang lama dalam pemilihan ini?

J: Itu keputusan mereka dan mesti dihormati. Prinsip sekarang ialah keterbukaan, sesiapapun boleh menawarkan diri. Yang penting perwakilan perlu pilih dengan bijak siapa akan menjadi wajah UMNO empat lima tahun akan datang apabila kita berdepan dengan rakyat.


S: Apa pandangan saudara mengenai UMNO selepas pemilihan ini?

J: Selepas pemilihan kita kena bersatu semula dan rapatkan barisan. Sudah pasti dalam pemilihan, walaupun dalam semangat kekeluargaan, mesti ada yang terguris, terasa dan terpinggir apabila kalah. Kita kena fokus balik pada usaha PRU-14, itu penting. Ini soal hidup mati UMNO. Pemilihan UMNO ini adalah untuk kita pilih wajah UMNO yang akan berdepan dengan rakyat. Pilihlah mereka yang diterima oleh rakyat dan ahli, jangan kita pilih hanya mereka yang popular dalam kalangan ahli, malah mereka mesti diterima rakyat.





MY SLIDESHARE UPLOAD