Monday, October 14, 2013

#PemilihanUMNO: KEPUTUSAN NKP TUKAR IKUT UNDI POPULAR PULAK?! WTF!!


Keputusan mutakhir berhubung pemilihan UMNO 2013 yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2103, Tan Sri Tajol Rosli hari ini memperlihatkan keputusan seri bagi dua calon jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar dan juga Khairul Azwan Harun di mana masing-masing memperolehi jumlah kemenangan yang sama sebanyak 73 undi.

Menurut tan Sri Tajol, berdasarkan situasi tersebut, pihak jawatankuasa pemilihan akan menggunakan kaedah pengiraan undi popular seperti mana yang telah diputuskan sebelum ini bagi menentukan pemenangnya.

“Seperti mana yang kita beritahu di dalam taklimat sebelum ini, kita akan menggunakan kaedah undi popular bagi menentukan siapa pemenangnya. Kita akan jumlahkan kesemua undi yang diperolehi oleh dua calon ini dari 189 bahagian di seluruh negara.

“Setelah itu, barulah kita akan dapat menentukan siapa pemenangnya bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru,” ujarnya kepada pemberita di sidang media bertempat di Aras 4, Menara Dato Onn di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Jusuh, Ibu Pejabat UMNO akan memanggil calon atau wakil calon tersebut dalam masa yang terdekat untuk menyaksikan perjumlahan semula undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon Naib Ketua Pemuda UMNO itu.

“Pihak ibu pejabat akan memanggil kedua-dua calon atau pun wakil calon selepas hari raya Aidiladha ini untuk melihat sendiri kertas undi yang diterima ini oleh kedua-dua calon ini.

“Oleh yang demikian, kedua-dua calon bolehlah datang atau menghantar wakil apabila dipanggil oleh ibu pejabat UMNO untuk melihat proses perjumlahan semula kertas undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon ini bagi menentukan siapa pemenangnya,” ujarnya.

Menurut beliau, keputusan rasmi berhubung pemenang bagi jawatan Naib Ketua Pemuda akan diberitahu kepada media setelah urusan penjumlahan semula undi untuk undi popular selesai dilaksanakan.

Manakala bagi keputusan sayap wanita pula, Datuk Seri Shahrizat mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia dengan memperolehi undi daripada 172 bahagian. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia pula dimenangi oleh Azizah Mohd Dun yang memperolehi 127 undi bahagian.

Keputusan bagi sayap pemuda pula memperlihatkan Khairy Jamaluddin terus mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia apabila 189 memberikan undi kepada beliau. Manakala bagi jawatan pengerusi tetap Pemuda UMNO Malaysia pula di menangi oleh Zubir Zabidi dengan memperolehi sebanyak 89 undi.

Bagi pemilihan di peringkat sayap puteri UMNO pula, Mas Ermieyati telah terpilih sebagai ketua Puteri UMNO Malaysia yang baru apabila memperolehi sebanyak 138 undi, manakala bagi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia pula dimenangi oleh Zahida Zarik Khan yang memperolehi 99 undi. - UMNO ONLINE

Sunday, October 13, 2013

KEPUTUSAN RASMI TERKINI #PemilihanUMNO, TAHNIAH @KhairyKJ #UMNO2013




PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 
exco: 


PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA 
exco: 


PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
exco:

Saturday, October 12, 2013

#PemilihanUMNO: JANGAN LUPA DENGAR KEPUTUSAN TUIGA SAYAP MALAM NI. MUKTAMAD! #UMNO2013



Keputusan pemilihan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan diumum secara berperingkat malam ini sebaik keputusan dari bahagian-bahagian tiba seawal pukul 7 malam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya menjangka keputusan awal tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini sekitar waktu itu.

"Pengerusi Tan Sri Tajol Rosli akan mengumumkan dari semasa ke semasa yang dijangka berlarutan sehingga awal pagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Ditanya mengenai perjalanan mesyuarat perwakilan dan pemilihan yang bermula sejak 8 pagi, beliau berkata sehingga kini semuanya berjalan dengan lancar.

"Masalah kecil yang dilaporkan juga berjaya diselesaikan dengan kadar segera," katanya.

Azmi berkata bahagian-bahagian yang tidak mempunyai banyak anggota perwakilan mungkin menutup proses pemilihan seawal 1 tengah hari manakala bahagian yang besar seperti di Sabah, dijangkakan agak lewat.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bermula serentak di 191 bahagian pagi tadi.

Kira-kira 230,000 anggota perwakilan diberi hak memilih pemimpin sayap masing-masing di peringkat bahagian dan pusat berbanding 2,500 anggota perwakilan sebelum ini.

Pemilihan kali ini menyaksikan 110,765 anggota perwakilan Wanita, kira-kira 70,000 Pemuda dan kira-kira 50,000 Puteri akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memilih kesinambungan kepimpinan sayap parti itu bagi penggal 2013 hingga 2016.

Bagi Pergerakan Pemuda, 94 calon disahkan layak bertanding di peringkat pusat manakala 7,125 calon di peringkat bahagian.

Bagi Pergerakan Wanita pula, 51 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 6,758 calon di peringkat bahagian.

Sebanyak 35 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 4,955 calon di peringkat bahagian Pergerakan Puteri. - BERNAMA

MY SLIDESHARE UPLOAD