Thursday, October 31, 2013

#PRKSgLimau: SYABAS @WanitaUMNOMsia KERANA TAK JEMU BERJUANG DI BUMI JELAPANG PADI!! @ShahrizatJalil


Saban PRU dan PRK sejak sekian lama,jentera Wanita Umno lah yang memainkan peranan yang begitu besar dalam memastikan Umno/BN terus memerintah negara ini.Wanita Umno baik dari peringkat mana pun mereka berada tetap bersungguh sungguh dengan gerak kerja mereka mendekati para pengundi dalam program Jalinan Rakyat yang tidak pernah berhenti walaupun setelah tamat PRU.

Tapi agak malang bila melihat "Tenaga Tenaga Wanita Kental" ini ramai ditolak dalam Pemilihan Umno 2013 yang baru berlalu untuk beberapa kerusi Majlis Tertinggi yang mereka tandingi,seolah olah tiada tempat untuk mereka yang selama ini menabur bakti untuk parti tanpa mengira masa dan tenaga.Bahkan lebih malang lagi bila melihat"Jantan Jantan Umno" yang jasa dan bakti mereka tak setara mana dipilih kejawatan ini untuk memanaskan kerusi Majlis Tertinggi.


  Contoh paling nyata adalah Kak Midah (Dato Hamidah Osman) yang ditimpa kekalahan demi kekalahan.Bermula dengan tewas di Dun Sg.Rapat dalam PRU13 yang lalu,dia juga gagal mempertahankan jawatan Ketua Wanita Bahagian Gopeng dan merebut salah satu kerusi Majlis Tertinggi dalam Pemilihan Umno baru baru ini.Namun begitu bagai seorang SRIKANDI yang tidak mudah mengalah dan berputus asa kelibat Kak Midah tetap kelihatan dalam PRK Sg.Limau bertungkus lumus bersama sama Jentera Wanita yang lain yang dipimpin DS Sharizat berusaha mencari kemenangan untuk calun Barisan Nasional untuk kali ini.

Sampai bila "tendang terajang politik Umno" akan terus memangsakan Calun Calun Wanita Umno saperti Kak Midah dan ramai lagi yang lain?

Sedangkan mereka mereka inilah Wira Wira Tak DiDendang yang tanpa rasa jemu terus berbakti terhadap parti yang memungkinkan "Jantan Jantan Haprak Umno" terus selesa dikerusi kuasa mereka.Siapakah yang aku maksudkan dengan "Jantan Jantan Haprak Umno"..?

Sendiri telanjang depan cermin sendiri tenguk dan sendiri jawap.......


Ada yang cuba diluahkan Kak Midah bila melihat raut wajahnya..

SELANJUTNYA BLOG APA


MAI KITA TENGOK APA PANDANGAN @anwaribrahim TENTANG #GST!! #Bajet2014 @NajibRazak

Anwar Ibrahim telah membuat pusingan 'U' setelah mengubah pendiriannya apabila mengakui bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu sistem percukaian yang baik dan efisien.

Untuk pengetahuan, Anwar telah pun sedia maklum mengenai GST ini sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, iaitu pada tahun 1993 (yang juga Menteri Kewangan ketika itu).

"Saya setuju sistem GST efisien, tetapi saya tidak laksanakannya sampai 1998, ada sebab kenapa saya tidak laksanakan," katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Parlimen. - Anwar Ibrahim

Wednesday, October 30, 2013

#PRKSgLimau: WANITA DI SUNGAI LIMAU "Swing" UNDI KEPADA @barisannasional #BeraniHijrah


Pergerakan Wanita UMNO yakin 54 peratus pengundi wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kawasan itu, 4 November ini.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, keyakinan itu diperolehi setelah berkampung di kawasan Sungai Limau sejak beberapa hari lalu dan beliau melihat sendiri peralihan sokongan pengundi wanita kepada BN.

"Setelah berkampung di sini saya nampak kembali semula semangat dan azam daripada pengundi wanita untuk memberi sokongan kepada BN dan ramai antara mereka yang menaruh harapan tinggi kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

"Saya yakin wanita akan sokong BN dan saya percaya pengaruh seorang wanita adalah kuat di dalam keluarga.

"Sebelum ini mereka di sini tidak ada peluang untuk berjinak dengan lebih dekat kepada BN mungkin kerana otak mereka telah dibasuh kata UMNO, BN ini jahat dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) di Dataran Mahsuri, Sungai Limau Dalam di sini hari ini.

Dalam majlis itu seramai 20 usahawan wanita dari kawasan Parlimen Jerai menerima pinjaman berjumlah RM200,000 daripada TEKUN bagi memajukan perniagaan mereka.

Menurut Shahrizat, pendekatan berjumpa pengundi wanita dari rumah ke rumah yang digerakkan oleh jentera Wanita UMNO membuatkan banyak maklumat yang sahih tentang kerajaan dapat disebarkan kepada mereka.

"Mereka rasa takut dengan kita, oleh itu dengan adanya PRK ini kita masuk serta duduk berbincang pelbagai perkara dengan kaum wanita.

"Saya sendiri terkejut apabila mendapati pengundi wanita yang dikatakan tinggal di kawasan hitam di DUN Sungai Limau ini sebenarnya menunggu kehadiran Wanita UMNO berjumpa mereka," jelasnya.

Dalam pada itu, Shahrizat memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai jentera Muslimat Pas yang memakai tudung merah sewaktu memasuki kawasan-kawasan kampung untuk berkempen.

"Saya dapat tahu ada jentera mereka pun pakai tudung merah masuk dalam kawasan menyamar sebagai Wanita UMNO.

"Kita tahu mereka bukan ahli Wanita UMNO, tapi tak apa saya tidak mahu besarkan hal remeh begini sebab kita nak fokus pada soal pembangunan di sini sahaja," katanya. - UTUSAN

MY SLIDESHARE UPLOAD