Anwar Ibrahim telah membuat pusingan 'U' setelah mengubah pendiriannya apabila mengakui bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu sistem percukaian yang baik dan efisien.
Untuk pengetahuan, Anwar telah pun sedia maklum mengenai GST ini sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, iaitu pada tahun 1993 (yang juga Menteri Kewangan ketika itu).
"Saya setuju sistem GST efisien, tetapi saya tidak laksanakannya sampai 1998, ada sebab kenapa saya tidak laksanakan," katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Parlimen. - Anwar Ibrahim
No comments:
Post a Comment