Wednesday, October 30, 2013

#PRKSgLimau: WANITA DI SUNGAI LIMAU "Swing" UNDI KEPADA @barisannasional #BeraniHijrah


Pergerakan Wanita UMNO yakin 54 peratus pengundi wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kawasan itu, 4 November ini.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, keyakinan itu diperolehi setelah berkampung di kawasan Sungai Limau sejak beberapa hari lalu dan beliau melihat sendiri peralihan sokongan pengundi wanita kepada BN.

"Setelah berkampung di sini saya nampak kembali semula semangat dan azam daripada pengundi wanita untuk memberi sokongan kepada BN dan ramai antara mereka yang menaruh harapan tinggi kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

"Saya yakin wanita akan sokong BN dan saya percaya pengaruh seorang wanita adalah kuat di dalam keluarga.

"Sebelum ini mereka di sini tidak ada peluang untuk berjinak dengan lebih dekat kepada BN mungkin kerana otak mereka telah dibasuh kata UMNO, BN ini jahat dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) di Dataran Mahsuri, Sungai Limau Dalam di sini hari ini.

Dalam majlis itu seramai 20 usahawan wanita dari kawasan Parlimen Jerai menerima pinjaman berjumlah RM200,000 daripada TEKUN bagi memajukan perniagaan mereka.

Menurut Shahrizat, pendekatan berjumpa pengundi wanita dari rumah ke rumah yang digerakkan oleh jentera Wanita UMNO membuatkan banyak maklumat yang sahih tentang kerajaan dapat disebarkan kepada mereka.

"Mereka rasa takut dengan kita, oleh itu dengan adanya PRK ini kita masuk serta duduk berbincang pelbagai perkara dengan kaum wanita.

"Saya sendiri terkejut apabila mendapati pengundi wanita yang dikatakan tinggal di kawasan hitam di DUN Sungai Limau ini sebenarnya menunggu kehadiran Wanita UMNO berjumpa mereka," jelasnya.

Dalam pada itu, Shahrizat memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai jentera Muslimat Pas yang memakai tudung merah sewaktu memasuki kawasan-kawasan kampung untuk berkempen.

"Saya dapat tahu ada jentera mereka pun pakai tudung merah masuk dalam kawasan menyamar sebagai Wanita UMNO.

"Kita tahu mereka bukan ahli Wanita UMNO, tapi tak apa saya tidak mahu besarkan hal remeh begini sebab kita nak fokus pada soal pembangunan di sini sahaja," katanya. - UTUSAN

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive