Monday, November 11, 2013

PELAWAK PI MAI PI MAI TANG TU MENINGGAL.. AL-FATIHAH


Alfatihah... baru terbaca status di FB MHI berita kematian pelakon komedi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu Ahmad Busu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang akibat penyakit strok selepas magrib.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.

"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak. - MTK

Sunday, November 10, 2013

KESIAN.. MUDA LAGI SUDAH MATI DITETAK....


Seorang lelaki berusia 22 tahun mati setelah mengalami kecederaan parah akibat ditetak sekumpulan empat lelaki bertopeng yang bersentajakan parang di kediamannya di Taman Desa Chandan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu mangsa, Susidaran a/l Sukumaran meninggal dunia di tempat kejadian akibat setelah ditetak pada bahagian depan dan belakang kepala, kaki, tangan dan beberapa bahagian anggota badan lain.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Suprintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, tidak lama selepas menetak mangsa, kumpulan sama dilaporkan menyerbu masuk sebuah rumah di Taman Song Choon, dekat sini.

"Kumpulan berkenaan dilaporkan cuba mencari seseorang di Taman Song Choon pada pukul 3.15 petang, tidak lama selepas menetak mangsa di Taman Desa Chandan," katanya.

Menurutnya, pihak polis percaya kejadian tersebut bermotifkan dendam -  UTUSAN

Friday, November 8, 2013

TERIMA KASIH!! REMAJA CINA YANG HINA ISLAM DIBEBASKAN!!

Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka pada Khamis bagi membantu membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah SWT dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini. 


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan. 

Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam ini dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan.
Zainuddin berkata remaja tersebut sudah berhenti sekolah selepas peperiksaan PMR dua tahun lepas dan ketagih dengan permainan komputer - Bernama.

MY SLIDESHARE UPLOAD