Wednesday, November 13, 2013

BUKTI RAKAN PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK LARI TAK CUKUP TANAH!!!


Akaun facebook rakan pembunuh pegawai operasi Ambank, Joemar Omar atau nama palsunya Osman Saleh telah ditutup.


Joemar, pemilik 2 akaun bank, Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional. Sehingga kini pihak institusi kewangan mash membisu, belum lagi menjelaskan prosedur dipraktikkan sehingga pemegang MyKad palsu berpeluang membuka akaun bank.

Saya menulis mengenai penjenayah kini diburu polis itu pada 31 Oktober lalu, klik di sini dan banyak gambarnya saya dedahkan sebelum dipaparkan di media cetak dan elektronik, tengok di sini.


Ringkasnya, untuk menutup akaun facebook, Joemar memerlukan kemudahan internet samada diperolehi dari rumah kenalannya atau kafe siber. Mengapakah dia bertindak menutup akaun terbabit? Penjenayah beasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia itu sedar, pelbagai maklumat telah dikumpulkan oleh pihak polis melalui informasi dicatatkannya selama aktif di facebook. Maklumat itu barangkali amat berguna untuk polis mengesan lokasi dia bersembunyi pada masa ini.

Joemar kecut telur.

Kemaskini status terakhir bekas pengawal keselamatan HARAM itu dibuat pada 23 Oktober, hari kejadian Loade Ardina Loade Rasila, 35 tahun, menembak mati pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, di Subang Jaya, Selangor.

Menurut maklumat dikongsikan oleh polis, Joemar dipercayai masih memiliki RM428,200 wang hasil rompakan Loade Ardina tempoh hari, klik di sini. Loade diberkas di Kota Tinggi, Johor, selepas 19 hari cuba memboloskan diri ke negara asal.

Bayangkan, Loade kini meringkuk di lokap, Joemar pula bak cacing kepanasan diburu oleh pihak berkuasa dan dipercayai masih berada di Malaysia.


Saya percaya selain pihak polis, orang awam juga tidak keberatan untuk menghubungi pihak berkuasa sekiranya terlihat kelibat bajingan ini.

MP LENGGONG BANGUN MOHON BIL API SURAU DAN MASJID DIMANSUHKAN!

Tahniah!

Cadangan ini dibawakan di Parlimen semalam oleh Dato' Shamsul Anuar Hj Nasarah iaitu merupakan Ahli Parlimen Lenggong,  merangkap Pengerusi PTPTN dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

YB Shamsul menyatakan hal ini di laman FB nya.

Ini merupakan satu cadangan yang sangat baik dan murni. Satu pujian patut diberikan kepadanya.

Diharap kerajaan dapat meluluskannya tanpa berfikir dua kali.

Tuesday, November 12, 2013

APE CERR NI??! MALAYSIAKINI JANGAN JADI BODOH!!!!

Dipetik dari laman blog TAIPING WALKER

Seperti yang dketahui sebelum ini Kuil Sri Muneswarar ini adalah ingin DINAIKTARAF bukannya mahu DIROBOHKAN.. Ternyata "MALAYSIAKINI" penipu!.


Tinjauan Mykmu.net pada malam ini mendapati kuil tersebut masih kekal seperti struktur asal tanpa sebarang masalah. Sebaliknya apa yang diruntuhkan ialah bahagian tambahan kuil yang termasuk di bawah tanah Menara Hap Seng dan dibina tanpa kebenaran. Selanjutnya